CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5807|Reply: 82

Rindu Sangat Terhadap Adik, Kakak Tergerak Baca Diari Allahyarham Prebet Iman - “Kepala Aku Dihayun Jurulatih”

[Copy link]
Post time 2-3-2023 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Perasaan rindu membuak terhadap adik yang telah lima bulan meninggal dunia membuat hati seorang kakak tergerak membaca diari Allahyarham.


Katanya, kematian mengejut adiknya sebelum ini memberi pelbagai tanda tanya.




Zihan berkongsi coretan diari adiknya, Allahyarham Prebet Muhamad Iman.





Namun, kekuatan Noorzihansafira Arbain yang mesra disapa Zihan menyelak helaian demi helaian catatan diari adiknya, Muhamad Iman menemui luahan yang tidak disangka-sangka.


Namun, coretan tulisan tangan itu tidak dinyatakan tarikh dan masa kejadian itu berlaku.




Luahan Allahyarham Iman menerusi catatan diari.




Terdahulu, mStar pernah menyiarkan kisah Allahyarham Muhammad Iman yang meninggal dunia pada 21 September 2022 ketika berusia 23 tahun selepas rebah ketika menjalani latihan ketenteraan iaitu kursus orientasi asas komando pada 19 September tahun lalu.


Dia yang dimasukkan ke hospital kemudian disahkan meninggal dunia akibat strok haba dan kegagalan fungsi organ.


Bercakap kepada mStar tentang penemuan diari tersebut, Noorzihansafira berkata ia sebenarnya sudah lama dijumpai iaitu selepas adiknya meninggal dunia.




Allahyarham Iman meninggal dunia pada 21 September 2022.




"Sebelum ini, saya buka macam tu je, tak tengok secara terperinci. Baru-baru ini baru tergerak hati nak tengok sebab rindu sangat kat dia (arwah Iman).


"Saya buka dan baca satu demi satu muka surat, kebanyakannya yang ditulis ialah tentang rutin arwah iaitu apa aktiviti yang dia buat. Bagaimanapun saya benar-benar terkejut apabila saya terbaca satu luahannya pada bahagian tengah," katanya ketika dihubungi mStar.


Wanita berusia 31 tahun itu berkata, kejadian tersebut mungkin didakwa berlaku pada 2021 ketika arwah menjalani latihan sebelum bergelar prebet.




Zihan (tengah) bersama bapa (kiri) dan Allahyarham Iman ketika menunaikan umrah di Tanah Suci.




Sebagai kakak, dia yang lebih mesra disapa Zihan tidak dapat menyembunyikan kesedihannya ketika membaca luahan adiknya.


"Saya terbayangkan situasi yang berlaku, terbayangkan dia memang tak akan melawan... sebab apabila ayah marah pun, dia tak akan melawan.


"Terutamanya part dia tulis 'ujian untuk aku', bermakna dia reda. Saya berlinang air mata kerana rasa sedih dan sakit hati," ujarnya yang turut menegaskan bahawa luahan di dalam diari tersebut tiada kaitan dengan kematian adiknya lima bulan lalu itu.




Antara lain kandungan diari Allahyarham Iman yang memperuntukan gaji bulanan untuk mengembirakan ahli keluarga.




Menurut Zihan lagi, dia menegaskan bahawa perkongsian mengenai diari adiknya sekadar untuk memberi kesedaran kepada semua pihak.


"Kesedaran apabila seseorang jurulatih itu diberikan tanggungjawab, dia seharusnya memikul amanah itu sebaik-baiknya.


"Setiap latihan kena telus. Kita tak mahu budaya ragging berlaku dalam mana-mana badan beruniform mahupun asrama.


"Jangan gunakan title (jawatan) untuk menunjukkan diri ada kuasa, menindas orang yang berada di bawah. Jangan melakukan sesuatu yang melampaui batas," katanya dengan nada sebak merindui Allahyarham Iman yang merupakan adik bongsu daripada tiga beradik.


Dalam pada itu, Zihan memberitahu dia tidak menyangka kekuatannya untuk membaca diari arwah adiknya turut menemukan luahan lain yang menyentuh hati.




Kerinduan Zihan (kanan) terhadap adiknya, Allahyarham Iman begitu menebal.




"Dalam diari tu dia juga sebut tentang impian dia setelah tamat latihan. Tapi tak kesampaian seperti nak hias dan ubah suai biliknya sendiri.


"Ini termasuklah kiraan bajet dia nak bagi duit kat ayah, adik-beradik dan anak-anak saudara.


"Tapi syukur ada juga pencennya yang ditinggalkan untuk ayah," katanya yang merancang untuk menyambung hasrat arwah adiknya dengan mengubah suai bilik tidur di rumah bapa mereka di Rawang, Selangor.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiknya arwah
Bekerja untuk ibu ayah
Semoga ditempatkan di syurga ye dek
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 06:07 PM | Show all posts
Edited by Lauralju at 3-3-2023 12:13 PM

Glad you like it. We have been using this for a colossal piece of a time now and it is clearly going charmingly. My Payments Plus
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriusss lah…org yg me ragging ni x rasa bersalah ke sepanjang hidup dia sampai mati…ko bunuh org lain indirectly kot. X kisah lah apa alasan yg nak digunakan…nabi pon x ajar mcm ni tau
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 06:13 PM | Show all posts
tiba2 iols sebak baca planning duit dia utk family dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 2-3-2023 06:13 PM
Seriusss lah…org yg me ragging ni x rasa bersalah ke sepanjang hidup dia sampai mati…ko bunuh org  ...


Kalau org yg di ragging tu x mati pon, mental n pysical dia sampai bila2 akan ingat…tu belum lagi kesan ragging tu, mangsa sambung me ragging junior or anak isteri pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Insya Allah, semoga tempat mu di syurga dikk
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih nya baca helai yg dia buat bajet dari gaji utk parents dia..


Semoga yang membunuh itu dapat hukuman


Diary ni valid ok utk bukti kes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebak kaka baca budget dia .. emas untuk ibu dan kakak.. untuk anak buah pun ada bahagian.. Ya Allah baiknya anak ini..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn nak jaki kdng2 askar msia atau jurulatih ni berani sbb dia rmi, ada backup. Kalo 1 by 1 dgn askar israel ntah2 merayu mintk nyawa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak baik yg suka gembirakan family ni...mau kakaknya tak rindukan dia...prebet ni berapa sgt gaji but ngk planning dia siap utk mak pak anak buah semua...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Org baik Allah ambik dulu kn…
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 2-3-2023 06:13 PM
Seriusss lah…org yg me ragging ni x rasa bersalah ke sepanjang hidup dia sampai mati…ko bunuh org  ...

Jangan ikut ajaran nabi, sister. Tak baik sis.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang yang bangga sangat dengan RAMD - ni la realitinya jika anak2 korang masuk RAMD sebagai prebet bawahan ye. Memang jadik punching bag babi2 yang konon tak makan babi dari lahir.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 2-3-2023 11:29 AM
Bkn nak jaki kdng2 askar msia atau jurulatih ni berani sbb dia rmi, ada backup. Kalo 1 by 1 dgn aska ...

Tu pun nak kecam Cina, Yenna, tak patriot takdw yang masuk askar. Eh kalau aku pun tak nak anak join geng kelas blakang kaki pembuli dalam RAMD tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Lajuuuuu ATM tutup cerita. Keluar yang indah indah. Yang pernah makan/paw duit junior/trainee ni tenang tak tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnya arwah.


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit pencen tu memang wajib dpt eh?ke utk....
Xpelah,nanti kena panggil pulak
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 2-3-2023 12:39 PM
Duit pencen tu memang wajib dpt eh?ke utk....
Xpelah,nanti kena panggil pulak

Memang wajib sis. Kalau belum kawin, automatik dapat kat mak/bapak sebab biasanya yang bujang2 ni letak nama mak bapak sebagai waris.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 2-3-2023 08:41 PM
Memang wajib sis. Kalau belum kawin, automatik dapat kat mak/bapak sebab biasanya yang bujang2 ni  ...

Iols baru je nak fitnah duit pencen tu utk tutup kes arwah
Tq ticer selamatkan iols dari dosa fitnah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.516027 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list