View: 4744|Reply: 68
|
Anak Stres Mak Ayah Kawal Duit- Buat Simpanan ASB Kena Marah, Wang Hantaran Kena Sapu, Duit Salam Kaut Pun Lesap
[Copy link]
|
|
Seorang wanita mendakwa ahli keluarga sendiri mengambil hak dan mengawal perbelanjaan peribadinya.
Menurutnya dia mendapat tentangan daripada ahli keluarganya kerana membuat pelaburan ke dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Ibu bapanya mengatakan wang yang disimpan itu sepatutnya digunakan dengan cara yang lebih bermanfaat.
 Gambar Hiasan
"Selama ni mak, ayah dan kakak-kakak saya selalu kawal apa yang saya nak. Kewangan dan segalanya. Sampai saya terpaksa curi-curi simpan duit dalam ASB. Masa belajar tak boleh buat pinjaman ASB.
"Jadi duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan duit pendapatan sampingan saya masukkan dalam ASB.
"Apabila keluarga tahu, mereka kata saya membazir. Kata mereka lebih baik beli emas," ujar wanita itu kecewa kerana tindak-tanduknya dikekang keluarga.
Isu wanita itu bersama keluarganya meruncing apabila mereka turut campur tangan dalam urusan perkahwinannya.
"Sebulan sebelum kahwin, mak ayah saya guna duit hantaran sampai saya terpaksa minta bantuan suami. Saya juga kena keluarkan simpanan ASB untuk bayar baki majlis semua tu.
"Lepas tu, duit salam kaut yang tetamu bagi kepada tuan rumah pun mereka pakai pergi bercuti dan beli emas.
"Saya tak dapat apa pun. Sedih saya. Saya dengan suami kena cari lagi duit nak bayar baki majlis," kata wanita itu luluh hati apabila haknya dirampas keluarga sendiri.
Tidak cukup setakat itu, wanita tersebut juga mendakwa keluarganya berang kerana dia membuat pinjaman ASB sebanyak RM30,000 untuk membiayai pelaburannya.
"Saya buat pinjaman ASB supaya ada simpanan akan datang. Suami saya pun dah lama buat pinjaman ASB. Saya buat RM30,000 dan sebulan bayar RM150.
"Tiba-tiba surat sampai dekat kampung dan mak ayah call tanya kenapa buat personal loan sampai RM30,000, dikatakan membazir buat simpanan tu.
"Mereka cakap dekat saya lebih baik pakai duit tu untuk bayar hutang majlis atau bagi sikit dekat mereka.
"Mereka ada juga cakap lebih baik beli emas boleh pajak, depan suami saya mereka boleh cakap macam tu," ujar wanita itu seperti tidak percaya ibu bapanya sanggup berkata sedemikian.
Wanita itu mengakui dia berasa sedih dikongkong oleh ibu bapanya walaupun sudah memasuki alam dewasa dan berumah tangga.
"Saya sedih sangat apabila ibu bapa saya marah sebab saya buat pinjaman ASB tu.
"Umur saya 27 tahun, dah kahwin dah pun, cuba untuk bina kehidupan sendiri perlahan-lahan.
"Tapi mungkin sebab saya kerja biasa, mak dengan kakak-kakak kerja kerajaan, gaji cuma RM1,500," kata wanita itu menutup perkongsian dengan rasa rendah diri.
Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berbincang mengenai siapa yang mempunyai hak ke atas wang sumbangan atau sering disebut sebagai 'duit salam kaut'.
"Duit salam kaut adalah milik siapa yang keluarkan wang untuk bayar kos kenduri.
"Since memang itu tujuan salam kaut kan? Bantu ringankan kos kenduri, sebab kita dah datang makan, hulur la duit.
"Duit salam kaut jatuh kepada siapa yang banyak keluarkan perbelanjaan untuk kos kenduri.
"Orang dulu, mak ayah yang dapat salam kaut sebab mak ayah raikan anaknya kahwin dengan adakan kenduri.
"Tapi sekarang ramai pengantin yang keluarkan belanja sendiri guna wang simpanan atau wang hantaran, jadi salam kaut patut dapat ke pengantin," kata sebahagian warga maya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
toksiknya family
apakata ko pindah mana2 xbgtau...
tuko no phone semua
xsanggupnya aku duk dlm family gtu |
|
|
|
|
|
|
|
memang ada ye mak bapak tarah anak selagi boleh..
guna keyword derhaka  |
|
|
|
|
|
|
|
memang buat anak tu plan untuk penghasilan duit ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Matilanak dapat kuarga ceni...banyak cekadak.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang ada org mcmni macam singa lapar tgk duit. dapat plak org jenis tak berkira lesap mcm asap. aku pun malas nk amik tau..senyap2 je diorg ya. haaa..tahla manusia tamak ni bersepah ada keliling iols. lagi satu semua duit dia hadap. skrg dia try nak belek duit iols yg ratus2 k itu hamboi. aku perati je dia masa arwah hdiup dia laki bini kemain rancak mengutip hasil bisnes arwah meninggal dan2 dia jadi tukang simpan duit arwah lagi satu meniggal pon dia sebok jaga pdahla org yg paling layak diam2 je.. dan2 dia ngaku aku jdi kakak paling tua kena dengar ckp aku..eh pesen aku ni tak hadap reta org waima duit makpak aku..bukan mcm jenis lakibini tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
dengar cerita macam ni rasa tak percaya tapi jadi kat depan mata
hantaran barang kemas semua kena rembat lepas nikah.
nasib baik amount hantaran yang sepatutnya dah diakadkan mas kahwin |
|
|
|
|
|
|
|
masa aku kwen dlu..duit hntaran mak ayah aku xkacau..aku byr pelamin skit..yg lain beli emas..kenduri mak ayah aku buatkan..salam kaut mak ayah aku punya..aku xpnah tau dpt berapa..dan xmau amik tau pun..mak aku slalu pesan suh hidup berjimat..belanja berpatutan.. |
|
|
|
|
|
|
|
toksik nye mak bapak dia...slmt aku nikah semua mak abah aku sediakan...aku siapkan diri je..tu pun rasa nak lari xnak kawen.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pulak sis pernah terbaca.. biasa awal2 masuk uni dpt zakat and then mak dia mintak duit sbb katanya nk tolong print semua tp bdk tu rasa marah sbb yg tolong sedara mara dia sebenarnya. Kesian jugak sebenarnya dpt fam gini. Kesian bdk tu. Masuk uni ni banyak duit kena keluar nk mkn nk beli buku. |
|
|
|
|
|
|
|
Sama la aku, duit hantaran parents ambik. Salam kaut pun dia ambik. Duit hantaran logikla sebab buat makan2. Kenduri adik aku dpt 15k salam kaut, aku punya rasanya lebih lagi.
Aku memang tak kisah pun, cuma bila kawan2 cerita duit hantaran dapat kat diorang, dan aku sesen pun tak dapat rasa macam kena jual pulak????
Sebab tu sekarang aku takde perasaan nak balik kampung, balik buat cukup syarat je. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kata mereka lebih baik beli emas”
Tpi ade yg jenis mcm ni serious letih
|
|
|
|
|
|
|
|
family tradisional yang beranak ramai, ada yang mindset macam ni
anak tu bukan tanggungjawab dia, tapi untuk perah duit dah besar nanti. macam orang kampung aku, anak berbelas orang. habis je sekolah, dia suruh diorang keje. bagi mak ayah RM200 sorang tiap bulan. darab anak berapa belas? haaa
tak bagi, dia cop derhaka, sila masuk neraka. jangan balik waktu raya
|
|
|
|
|
|
|
|
wehh, kejam giler tu sampai tak boleh balik beraya. dalam ramai2 anak tu buatnya sorang dua hidup sendiri pun cukup-cukup makan je mcm mane lah kan. kalau anak lelaki kita tak payah berhujah apa lah dah itu memang tanggungjawab nya tapi kalau yang perempuan?
macam yang aku kenal, anak semua perempuan. walau laki mampu tetap kena kerja. sebab mak dorang dah cakap "aku bagi ko sekolah belajar bagus-bagus bukan untuk ko kawin & duduk terperap kat rumah". semua anak perempuan kena hulur. anak sulung janda ada anak, hidup tak berlaki semua dia kena tanggung so logik lah dia bagi yang paling sikit & itu lah yang dicop kedekut..
|
|
|
|
|
|
|
|
buat kenduri kahwin - tanggungjawab bapa pengantin perempuan (kalau ada duit boleh buat besar, takda duit buat ikut mampu je)
salam kaut - parent pengantin ler since dia yg keluarkan duit.
wang hantaran - hadiah dari pihak lelaki pada pengantin perempuan, supposely belong to bride.
kalau dapat bapak toxic, tak mampu tak nak buat grand jemput sampai 1000 org, pastu no 1 tu pakai duit anak yg nak kahwin 100%, no 2-3 tu mmg suppose belong pada pengantin perempuan. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai makpak yang jadikan anak2 sebagai atm machine or 'duit pencen' mereka. jijik! masa persekolah, takde pun nak sediakan dgn sempurna. beli rokok barang kemas lebih penting daripada buku sekolah or segala yuran dan peralatan sekolah anak2. bila anak2 dah besar, kemain mintak duit anak2 or expect anak2 sediakan duit ubat2an dan makan minum....puiiiii... |
|
|
|
|
|
|
|
gitu lerrrr nasib anakkkkk
tak mintak dilahirkan ke donyaaaaa
dah besar kena jadik atm mak pakkkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko pegi je la pindah daerah / negeri dik
Esok2 diorg dh mati, ko balik je rumah tu
Sbb diorg hidup ni pun buat ko mental je kan |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya perasaan kena jual, adoii sabo je lah. Patutnya parents faham lah kan
|
|
|
|
|
|
|
|
dik,nt ko dah ada anak sendiri jgn la ikut budaya mcm tu,
besarkan anak dgn iklas dan tgwb,
anak nk kawin nt raikan,jadikan pengalaman sebagai pengajaran,jgn ulangai buat kat anak sendiri,
budaya yg baik ambil,yg x elok buang..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|