Remaja Singapura berusia 15 tahun menjadi individu termuda ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkaitan dengan aktiviti keganasan.
BH Online melaporkan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) republik itu berkata, remaja lelaki yang meradikalkan dirinya sendiri itu merupakan pelajar tingkatan tiga sekolah menengah ketika ditahan mengikut ISA pada November 2022 dan menerima Perintah Tahanan (OD) pada Disember 2022.
Gambar hiasan
"Siasatan mendapati dia terpengaruh dengan propaganda pengganas dalam talian dan menyokong kumpulan militan Daesh," menurut kenyataan jabatan itu dikeluarkan di laman sesawang Kementerian Dalam Negeri.
Dia juga merancang untuk melakukan serangan di Singapura dan menyimpan hasrat untuk menubuhkan khalifah Islam dengan cara keganasan.
"Dia individu paling muda setakat ini yang ditahan mengikut ISA untuk aktiviti berkaitan keganasan," menurut jabatan itu.
Remaja itu akan menjalani kaunseling agama intensif dengan dua kaunselor agama dari Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).
Sebelum ini, seorang lelaki juga rakyat Singapura berusia 16 tahun terpengaruh dengan ideologi pelampau dan merancang untuk melakukan serangan menggunakan pisau terhadap umat Islam di dua masjid di Singapura dan ditahan mengikut ISA pada Disember 2020.
Pelajar tingkatan empat sekolah menengah itu menerima Perintah Sekatan (RO) mengikut ISA pada Januari lalu.
Menurut ISD, siasatan mendapati pemuda itu juga meradikalkan diri sendiri oleh propaganda kumpulan militan Daesh dalam talian dan mempercayai penggunaan keganasan bersenjata untuk menubuhkan sebuah khalifah Islam.
Dia menyertai platform permainan dalam talian Roblox, permainan maya yang meniru zon konflik seperti di Syria dan bandar Marawi di selatan Filipina.
Kedua-dua remaja itu adalah kenalan dalam talian warga Singapura berusia 18 tahun yang ditahan di bawah ISA pada Disember 2022.
Sejak 2015, ISD sudah menangani 11 kes membabitkan golongan muda Singapura berusia 20 tahun ke bawah dengan kesemuanya meradikalkan diri mereka menerusi dalam talian.
Post time 23-2-2023 09:03 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Nana_Man replied at 23-2-2023 08:40 AM
Sting…. U noe the answer tapi tanya.. Mesti lah not anak didik si mas tak selamat tu. Org tua tu ...
Mana ler aku tahu...? Setakat yg aku tahu memang bang tak berapa nak selamat dah masuk dlm cell, finally...tapi tak mustahil sewaktu dia belum masuk many yrs ago , dia mungkin adacconduct classes utk rekruit budak budak kheunz? Dan iniler hasilnya sekarang?
Hmmmm...
Anyway since you are here...aku nak tanya ko....anak jiran aku yg 3 tahun ngoyok aku utk fly down with him to spore this weekend to go uss......so can you give me your rekomendation of tempat2 makanan yg ko would highly recommend?
1) Antara ZamZam atau Victory for murtabak...
2) Antara Warong Pariaman, Rumah Minang, Hjh Maimunah atau Ratu Sari for good authentic nasi padang....?
Post time 23-2-2023 09:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
stingerbumpy replied at 23-2-2023 09:03 AM
Mana ler aku tahu...? Setakat yg aku tahu memang bang tak berapa nak selamat dah masuk dlm cell, f ...
Masa si tua tak selamat tu kene tangkap, budak 2 ni masih tgk upin ipin lah sting.. dorang learn abt ni semua online…
Ok pasal tmpt makan:
1 zam2 atau victory: I can’t tell the diff lah. Hahaha. Tapi ada org prefer victory. Tekak masing2.
2. Kedai2 nasi padang tu: aku ni bkn jenis lantak nasi padang kt kedai fofuler ni. Kalau ko ada few days, ko try kt semua kedai yg ko mentioned tu. Then ko bilang mana ko suka. Pasal org2 msia ni suka complain makanan kt spore tak sedap. Jd aku tak berani lah nk ckp.
Post time 23-2-2023 03:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
stingerbumpy replied at 23-2-2023 09:55 AM
Ko ni kategori daif in spore kewww? Mustahil ko tak pernah langgani eateries nasi padang yg among ...
Siol lah kau… tmpt aku ada better eateries lah dari situ…. Skadar nasi padang je pun. Baik aku support kedai2 dekat ruma atau workplace aku.
Raffles hotel to those makan places not really tat near tapi kalau jalan kaki pun takkn mati.
Kat Spore budak 15 tahun dah pandai nak berperang bagai sementraa di Msia budak 15 tahun rogol adik kandung sendiri sampai terberanak budak tu dibuatnya.. huhuhu
Post time 23-2-2023 06:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nana_Man replied at 23-2-2023 03:17 PM
Siol lah kau… tmpt aku ada better eateries lah dari situ…. Skadar nasi padang je pun. Baik aku s ...
Raffles hotel ,ritz carlton, shangrila....the only 3 hotels that aku will reside.....kalo aku pop by.....and maybe st regis.......and hyatt...thats it....
Yg lain macam tak begitewww ngam dgn selera aku....even your fourseasons tak boleh lawan dgn fourseasons kl....
Anyway.....anak jiran aku yg 3 tahun kata...dia nak try jugak ayam bakar opor , limpa goreng, sotong gulai warna oyen, dan the terong cili berlado from warong pariaman.....and tahu teloq from rumah minang and their rendang....
Budak 3 tahun punya taste bud....i am just speechless.....
So this weekend kalo ko ronda2 cari makan nampak dua insan weirdos di warong pariaman....tegur je.....you will never know...