CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8974|Reply: 128

Gempak Habis! Bulan Bintang Berhabis RM2 Juta Buat Pertunjukan Fesyen, Guna 350 Unit Dron

[Copy link]
Post time 21-2-2023 09:29 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Jenama Baju Melayu tempatan, Bulan Bintang yang mencetuskan kontroversi pada Ramadan pada tahun lalu kini kembali menjadi perhatian.


Kali ini pihaknya mengadakan pertunjukan fesyen yang  memecahkan Malaysia Book Of Records dengan bilangan dron terbanyak digunakan sebanyak 350 unit di sini baru-baru ini.


Pengasasnya, Azzim Zahid Azmi mengakui syarikatnya telah membelanjakan RM2 juta untuk merealisasikan pertunjukan yang turut menjadi tular di media sosial.




Foto: MG




Jelas beliau, menerusi pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky di Menara Kuala Lumpur (KL Tower) itu, pihak telah membawa formasi dron yang didatangkan khas dari United Kingdom (UK) yang berpengalaman terlibat dalam pelbagai acara antarabangsa.


Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh The Walt Disney Company (Malaysia) dengan mempersembahkan 300 buah dron bagi membentuk logo Avengers dan watak adiwira filem berkenaan seperti adiwira seperti Iron Man, Captain America, Thor, serta Hulk.


“Untuk Bulan Bintang Takes The Sky kita belanjakan minimum RM2 juta, khas untuk kita buat skala pertunjukkan fesyen sebegini, Malaysia tak pernah tengok pertunjukan fesyen yang sebegini.


“Saya rasa belum ada mana-mana jenama yang buat lagi, jadi kami sudah adakan satu pertunjukkan fesyen level yang baharu, jadi untuk kita bawa level tu, inilah kos yang harus dikeluarkan,” katanya yang berusia 25 tahun.




Foto: MG




Ditanya sama pelancaran yang mewah dan gah itu akan menyebabkan nama Bulan Bintang dipersoalkan lagi oleh netizen, Azzim menjelaskan, dia sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan sejak menyertai dunia bisnes bermula usia 16 tahun lagi.


“Nombor satu, saya sudah lali dengan benda itu, sebelum Bulan Bintang ini famous, saya meniaga apa pun orang cakap macam-macam. Saya jual baju, t-shirt di sekolah, kata bolehlah emak saya kaya, padahal emak saya cikgu.


“Untuk tahun kelapan ini, saya sudah cukup matang untuk kendali kontroversi lagi. Apa yang akan buat, setiap tahun saya akan tunjuk dengan tindakan bagi orang diam.


“Saya mahu Bulan Bintang ke depan, jadi kebanggaan sampai orang tidak boleh cakap apa lagi. Tak kan cakap pasal saya sahaja,” katanya kepada MalaysiaGazette.


Azzim turut menegaskan, apa yang dilaburkan pada majlis pertunjukan itu adalah hasil dana syarikatnya sendiri melalui perancangan yang rapi sejak tahun lalu.


Foto: Harian Metro




“Saya punya bisnes ada menggunakan pelabur juga iaitu rakan kongsi strategik mustahil saya ada di sini. Netizen cakap aku sudah meniaga lima tahun, tidak boleh pun jadi macam itu kalau buat sendiri.


“Kena ada pelabur tapi jangan ingat saya kaya. Daripada 100 peratus saham kena pecah saham itu. Jadi macam bisnes itu berjalan dan akan berjaya,” kongsinya lagi.


Sementara itu, pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky itu menampilkan koleksi Raya Ready To Wear (RTW) sedondon seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan dan 326 pilihan warna eksklusif.


Ia didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz dari umur 0-1 tahun sehingga 5XL bagi golongan plus size.


Pada masa sama, Bulan Bintang juga turut menampilkan barisan duta untuk tahun ini seperti Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar, Beto Kusyairy, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha.


Ramadan tahun lalu, Bulan Bintang menjadi trending di seluruh negara kerana menggunakan 3D billboard di hadapan KLCC iaitu antara billboard terbesar selain 3D billboard di Pavilion.


Pemasaran menggunakan 3D billboard adalah yang terbaik kerana ilustrasi 3D sebenarnya lebih menarik perhatian kerana mempamerkan iklan hidup seperti boleh disentuh.


Pada masa sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Tengku Zafrul Abdul Aziz merupakan salah seorang pelanggan Baju Melayu Bulan Bintang.


Mula bertapak di Uptown, kini Azzim berjaya membuka butik Bulan Bintang sendiri selain beberapa buah cawangan lain yang difrancaiskan di Semenanjung Malaysia.


Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2023 09:32 AM | Show all posts
memang agak wow jugak la. merdeka pun tak sehebat nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 09:58 AM | Show all posts
..68 rekaan? Sama je rekaan semua baju-baju dia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 10:13 AM | Show all posts
harap bulan bintang tak termasuk dalam baju raya tak sampai..
ada yang pernah beli ke?
macam mana kain and jahitan dia?
kalau elok boleh juga shopping..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat winner china got talent drone show
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
"...bolehla emak sy kaya,padahal mak sy cikgu..." xsilap org bagitau memang famili kaya, ayah org umno
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang gempak aa dia punye show ingat pakai laser rupanye dron....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-2-2023 10:13 AM
harap bulan bintang tak termasuk dalam baju raya tak sampai..
ada yang pernah beli ke?
macam mana ka ...


nanti aku tanya member, dia baru je beli dkt bangi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2023 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 21-2-2023 10:37 AM
"...bolehla emak sy kaya,padahal mak sy cikgu..." xsilap org bagitau memang famili kaya, ayah org um ...

Abg dia owner hausboom kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 10:48 AM | Show all posts
mmg gempak.
ada la g butik dia kat bangi, baju melayu not bad. hsbd ada berkenan.
baju kurung perempuan, cantik la jgk. cuma kami ni petite orgnya. ssh nk alter sbb hujung lengan ada lace/sulam huhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 10:49 AM | Show all posts
nikaido replied at 21-2-2023 10:37 AM
"...bolehla emak sy kaya,padahal mak sy cikgu..." xsilap org bagitau memang famili kaya, ayah org um ...

oh.. geng anak orang politik la ye..
tak jadi nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 11:05 AM | Show all posts
camne brand baru setahun da gah gila ni?kalu cm korang cakap dia anak somebody mmg x heran la
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 21-2-2023 10:37 AM
"...bolehla emak sy kaya,padahal mak sy cikgu..." xsilap org bagitau memang famili kaya, ayah org um ...

Bapak dia Dato sayammm
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak orang kaya mengaku anak orang tak kaya
Kejayaan hasil titik usaha sendiri

Yang anak orang tak kaya
Sanggup sewa Lambo nak buat konten kata kaya raya jutawan

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh macik lupa komen
Macik ok aje dengan baju nya
Dia nak menega tu dah ok

Tapi macik tak berkenan
Tiap kali nak raya
Akan ulang story sama
Saya dulu jual tshirt jeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 21-2-2023 11:10 AM
Bapak dia Dato sayammm

anak menteri ke u, party kjaan ke pembangkang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2023 11:48 AM | Show all posts
baju melayu rege rm199 dapat free butang baju bentuk logo bulan bintang, semalam meols nampak kat twitter ejen diorang. Tapikan semua design sama je pon tetiap tahun sama je beza dia tahun ni lengan ada zip, tahun depan zip kat belakang pulak lah kot yang baju kurung tak perasan pulak berapa harganya
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 02:12 PM | Show all posts
ok je delivery bajunya dah 2 kali raya anak2ku shopping baju melayu kat sini..baju sama je kain pun biasa je..bebudak baru nak up begitulahh, iols bayar kan aje..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 02:17 PM | Show all posts
Lawa jugak baju yang Hannah Delisha tu pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermmm ok
Yang pasti tak beli la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.451509 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list