Lelaki dari India pulang dengan rasa hampa selepas lamaran untuk memperisterikan kekasihnya ditolak ibu bapa wanita itu.
Kosmo melaporkan, Asib Ali Bhore sanggup berhabis duit dengan melakukan perjalanan terbang ke Wajo, wilayah Sulawesi Selatan.
Berdasarkan hantaran yang dikongsikan di laman Facebook, Asib dari negeri Uttar Pradesh itu dikatakan berlepas ke Indonesia untuk melamar teman wanitanya, Syarifah Khaerunnisa, lapor Liputan6.
 Asib terpaksa akur dan pulang ke India selepas ‘terbang’ ke Indonesia demi melamar kekasihnya. – Gelora
Lelaki tersebut dikatakan sudah membelanjakan wang 52 juta rupiah (RM15,184) untuk kekasihnya sepanjang menjalinkan hubungan sejak 2021.
Bagaimanapun, niat murninya untuk memperisterikan Syarifah Khaerunnisa ditolak ibu bapa gadis berkenaan yang telah menjodohkan dirinya dengan lelaki pilihan mereka.
Situasi itu membuatkan Asib akur lalu pulang ke India meskipun berasa kecewa kerana telah mengeluarkan wang yang banyak demi memenuhi keinginan kekasihnya.
Walaupun ibu bapa gadis itu mahu menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan ke atas anak mereka, namun Asib memilih untuk menolak.
Sumber: Kosmo |