CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2829|Reply: 34

Wanita Tertekan Dengan Ibu Ayah Sampai Hidap MDD- Disuruh Sara Adik-Beradik, Yang Lelaki Dibiar Tak Kerja

[Copy link]
Post time 20-2-2023 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Seorang anak perempuan yang menghidap penyakit Major Depressive Disorder (MDD) akibat berdepan tekanan daripada keluarganya.


Tanpa mendedahkan identiti, wanita itu berkata dia dan tunangnya bakal berkahwin pada tahun hadapan memandangkan wang yang dikumpul bersama sudah mencukupi, tetapi dia tertekan kerana merasakan dirinya dijadikan 'tulang belakang' keluarga selepas mempunyai pendapatan tetap.


Gambar Hiasan




"Saja nak kongsi sebab rasa perlukan seseorang yang tak kenal untuk baca dan dengar luahan. Dah lama tak rasa suicidal semenjak bahagia. Tapi sejak kebelakangan ni rasa macam nak mati semula. Sebelum tu, nak bagitahu yang saya disahkan menhgidap penyakit MDD awal tahun ini.


"Saya dah tunang dan nak kahwin tahun hadapan. Tunang sangat ambil tahu tentang keadaan saya dan dia yang sokong saya pergi buat pemeriksaan. Saya dengan tunang banyak persamaan dan kami dibesarkan dengan susah masa kecil sampailah kami dapat capai cita-cita masing-masing.


"Saya ada adik-beradik lelaki. Tapi nak dibandingkan, saya lebih stabil. Kerja ada slip gaji. Adik-beradik ada seorang tak kerja dan seorang kerja sendiri tak ada slip gaji.


"arents saya bukan ibu bapa yang paksa anak untuk belajar bagi mendapatkan keputusan baik. Tapi saya suka belajar dan saya ada impian. Jadi saya belajar sampai ijazah," luahnya.


Bagaimanapun, pengadu berasa ibu bapanya tidak berlaku adil kerana dilihat seolah-olah lebih mementingkan adik-beradik yang lain berbanding dirinya.


Tambahnya, adik-beradiknya juga suka mogok dan memberontak jika permintaan mereka tidak dapat ditunaikan.


"Adik beradik saya hidup senang. 'Merentan' sahaja dah boleh dapat apa yang mereka nak. Mengamuk, buat muka, terus parents saya sanggup bergolok gadai nak bagi mereka dapat.


"Tapi sedangkan saya anak perempuan. Saya nak beli kereta, guna duit sendiri. Sampai sekarang tak pernah minta bantuan mereka untuk bayarkan kereta walaupun bayaran pendahuluan sekali pun.


"Tapi adik-beradik saya nak beli kereta, sanggup keluarga pinjam duit nak bayar wang pendahuluan. Alasan sebab tak ada slip gaji. Adik-beradik saya lain. Tak boleh dibandingkan kesenangan yang ada dengan mereka. Tapi sampai bila?" ujarnya.


Apa yang membuatkan wanita itu berasa tidak puas hati apabila diminta oleh ibu bapanya untuk menukar pinjaman perumahan sedia ada kepada pinjaman baharu untuk rumah keluarganya.


Memandangkan pengadu yang bakal membuat pinjaman kerana mempunyai pendapatan lebih stavil daripada adik-beradik lain, maka dia meminta namanya diletakkan sebagai pemilik rumah dan keputusan itu tidak dipersetujui oleh ibu bapanya.


Tambahnya lagi, dia juga perlu menanggung bayaran untuk membaiki rumah, begitu juga bil air dan bil elektrik walaupun jarang pulang ke rumah.


Wanita itu turut bertanya pendapat daripada pengguna Twitter yang lain tentang tanggungjawabnya sebagai anak perempuan dan juga seorang anak.


"Nak baiki rumah, keluarga suruh saya tambah duit. Bil air dan elektrik, saya yang kena bayar walau saya duduk rumah berapa kerap sahaja. Bagi mereka gaji saya RM3,000 ni dah boleh tanggung keluarga kami semuanya.


"Tapi tak pernah sekali saya dengar parents minta daripada adik-beradik lelaki. Kenapa saya?


"Saya rasa beban. Tapi pada masa sama saya rasa bersalah. Saya nak kahwin. Kami nak beli harta sendiri. Kalau kahwin nanti siapa nak jaga kewangan keluarga saya?


"Sebagai anak perempuan, boleh ke saya lepaskan tanggungjawab sebagai anak ni?" ujarnya.


Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan bahawa bukan menjadi tanggungjawab anak perempuan untuk memberi nafkah kepada ibu bapa kerana pengadu mempunyai adik beradik lelaki.


"Anak perempuan tak perlu bertanggungjawab terhadap keluarga. Atas ihsan awak sahaja. Sebab awak bukan wajib tanggung mereka pun. Baik awak berhenti bagi duit sebelum mereka jadikan awak sebagai bank.


"Bukan tanggungjawab awak nak jaga adik-beradik awak nak tanggung semua. Tu tanggungjawab mak ayah awak. Mak ayah tu yang tak patut pilih kasih. Tak perlu layan pun sebab tak berdosa.


"Anak perempuan adalah tanggungjawab parents sampailah dia berkahwin dan serahkan kepada suami. Jadi tiada tanggungjawab pun. Melainkan atas ihsan anak perempuan sendiri. Parents tu tanggungjawab anak lelaki sampailah dalam kubur. Jadi patutnya parents awak didik anak lelaki mereka supaya bertanggungjawab.


"Bukan tanggungjawab awak pun untuk tanggung semua tu," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2023 11:46 AM | Show all posts
sampai terkena MDD...bertabahlah
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 11:52 AM | Show all posts
INI lah ibu bapa cemerlang kerana berjaya mengejar impian mereka yang berpegang pada tali "ANAK ANAK ITU REZEKI"



Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak adik2 tak reti2 ke, ni gaji 3k tahun 2023, bukannya 2000. Inflasi makin mengembang. Kasi je anak2 jantan tu.


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal mne tuuu..
Neg serambi mekah keee...
Fil iols didik yg atas² kna berkorban, yg bwh² leh nganga menikmati pengorbanan org lain.
Gitohhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Situasi macam ni adalah perkara biasa dalam keluarga yg besar tp serba kekurangan. Yg selalu kena adalah kakak yg sulong.

Ada yg terpaksa kawin lambat, atau tak kawin lansung sbb perlu ambil sama tanggungjawab ibu-bapa membesarkan adik-adik.

Ianya sesuatu yg tidak patut berlaku, tp dah mmg niat mak bapak besarkan anak yg atas utk tolong jaga anak-anak lain yg bawah.

Utk yg dalam situasi ni, butakan hati saja, kawin dan jaga rumah tangga sendiri. Mak bapak sepatutnya jaga rumah tangga mereka sendiri, anak2 jantan yg tak bawa faedah tu sepatutnya dihalau keluar supaya berdikari.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2023 01:17 PM | Show all posts
biasa denga ni esp family mulayu.. yg serba serbi anak laki tu ditatang mcm minyak yg penuh.. sbb itu yg dianggap zuriat.. penyambung nama si bapak

maka anak pompuan mmg selalu dianaktirikan


bg meols, ko cecepat kawen dhekk.. whoryuskan sajork mak pak ko tu.. ko bina kuarge sendiri sudehh, dan aman2 hidop bahgia ngan laki ko tu

mak pak adik beradik ko toxic dhekkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 01:46 PM | Show all posts
gaji rm3k je..ingatkan gaji rm30k or above rm10k ke yg parent suruh tanggung whole family. kalo aku pun boleh kena depression dpt parent mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2023 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur family aku & suami parents ada pencen masing2, semua anak2 belajar elok2 dan ada sumber kewangan sendiri, tak de istilah pinjam2 duit ni… ada yg tak belajar tinggi pun tak de susahkan adik beradik, hidup sederhana dan selesa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 02:28 PM | Show all posts
bila terjadi benda2x susah...ank ppuan yang tanggung. ank lelaki hilang tanpa kabar berita wpun mak meninggal tak balik.
sampai kubur pun tak tau.

tup2x muncul....terus si ayah buang anak ppuan disebabkan anak ppuan membela diri sendiri dan persoalkan ketidakadilan si ayah terhadap anak ppuan (tunggal).
jadilah anak yatim piatu wpun masih ada ayah
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu i jd dia dah mls nk layan dah family sendiri tu. Biarlah kne cop ank derhaka pun.
Mental sendiri lebih penting kot.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini ke maksud anak adalah rezeki? Tak takut ke mak bapak tu akan di tanya kat sana. Tanggungjawab pada anak tak di jalankan dengan sepatutnya.
Ingat senang ke nak klim syurga nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 20-2-2023 01:17 PM
biasa denga ni esp family mulayu.. yg serba serbi anak laki tu ditatang mcm minyak yg penuh.. sbb it ...

Kalu meols dipihak bakal suami...meols cancel kawen...bahaya family toxic mcm nie, nanti tak pasal2 kita terbabit sama....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 03:29 PM | Show all posts
biforti anak-anak tu kan rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk: sampai terkena MDD...bertabahl ...


Antara punca mental illness ni bila parents abuse anak2 sendiri. X kisah apa jenis sama ada fizikal, seksual, mental ke emosi ke all of t above ke

The worst is mental & emotional abuse
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 20-2-2023 11:52 AM
INI lah ibu bapa cemerlang kerana berjaya mengejar impian mereka yang berpegang pada tali "ANAK ANAK ...

Anak2 lelaki la rezeki anak2 prempuan pulak liabiliti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2023 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 20-2-2023 02:33 PM
Klu i jd dia dah mls nk layan dah family sendiri tu. Biarlah kne cop ank derhaka pun.
Mental sendiri ...

Ya i stuju. Slalunya kalau kes toxic family t best thing to do is unkena jauhkan diri dari they all & at same time cuba build healthy relationship dgn kwn2 ke sape2 la yg ikhlas. At least sebahagian hidup u bleh  bahagia dgn kwn2.

Kalau x sampai ke liang lahat la toxic tu...x worth it
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg rugi lelaki melayu m ni...kau hempuk je adik btadik lelaki kau..biar mampus
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 03:44 PM | Show all posts
tlg mana termampu je, kalau dari 3k gaji boleh bagi 300 pun dah okey. dan tlg keluar dari rumah parents tu, duk jauh sikit
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Last2x ending die.. Pak mak mati.. Anak lelaki dapat banyak portion dr faraid.....apebendelaaaaaa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.062680 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list