- 1- Ruang bilik itu tegang.Sesusuk tubuh yang segak berbaju Melayu berdiri di penjuru hujung bilik sebelah situ,manakala sesusuk tubuh yang ayu berbaju pengantin berdiri di penjuru hujung bilik sebelah sana.Masing-masing yang memakai baju pengantin sedondon berwarna biru laut hanya memandang satu sama lain sambil berpeluk tubuh.
Lantak!Nak jadi apa pun jadilah!Dia dah tak peduli.Dah tak nak ambil tahu!
+Eh..kau ingat aku nak sangat ke kau jadi isteri aku?
- Habis kau ingat aku nak sangat ke kau jadi suami aku?
Mata masing-masing saling berpandangan.Saling tak nak mengalah.Masing-masing kelihatan seperti “berperang”tanpa membuka mulut.Cuma membiarkan sahaja bicara berperang itu didalam hati.Hanya mata sahaja yang saling jegil-menjegil.
+ Ingat muka kau tu cun sangat ke?
-Macamlah kau tu pun muka macam Tom Cruise..
Grrr…Zakif membuntangkan biji matanya.Geram betullah dia.Sudah masuk sepuluh minit,dia bersambung pandang dengan makhluk Allah yang sudah pun sah menjadi isterinya ini.Tak takut langsung bertentang mata dengan dia.
Hana tidak berkelip sedikit pun membalas pandangan mata Zakif.Elehh..ingat orangtakut sangat ke tengok muka dia yang ala-ala tegang macam kena cucuk dengan botox tu?Tolonglah!Ini Hana tau!Setakat buat muka macam tu,ala tengok-tengok muka bungs bunny aje.
“Jangan nak melampau eh..”Zakif membuka mulut.Nada suaranya cuba dikawal sebaikmungkin.
“Siapa yang melampau?”Hana menyoal.
“Kalau orang kata pakai,pakai ajelah.Yang degil sangat ni kenapa?”
“Suka hatilah.Kaki I.Bukannya kaki you..”Hana membalas balik.Ikut suka hati aje nak arah aku buat itu ini.Mentang-mentanglah aku dah sah jadi isteri dia.Tapi agak-agaklah kalau yea pun.Tak pernah seumur hidup aku pakai stiletto 4 inci lebih tu.Mahu jatuh tersembam aku nanti.
Lagi sekali Zakif jegilkan biji mata.Keteqak!Keras hati!Kuat melawan!Nasib..nasib..Apalah yang ma dia pandang pada makhluk Allah dihadapannya ini pun dia tak tahu.
“Put this stiletto on..”Zakif ulang balik arahan yang sama untuk kali ke-dua.Ditunjukkan stiletto hitam yang berada dipenjuru bilik sederhana besar itu.Hana buat derk.Sedikit pun dia tidak membuang pandangan pada stiletto tersebut.Malah selamba sahaja dia buat-buat membelek kukunya yang memang sudah sedia pendek itu.
Zakif bengang.Aku cakap dengan dia,boleh dia buat selamba aje muka sambil belek-belek kuku.
“Hana…you jangan melampau.”
Lalalala..tak dengar.Tak dengar..
“You jangan nak uji kesabaran hati I..”
Eh?Ada bunyi macam orang bercakaplah.Tapi kat mana yea?
Okay!Zakif tarik nafas dan hembus.Perangai memang tak boleh blah betul!Zakif mara kehadapan.Lengan Hana terus dipegang kasar.Ditarik menuju ke katil dan dengan sekali tolak sahaja,Hana sudah terduduk di atas katil.Gulp!Hana telan air liur yang terasa kelat.Dia terkejut.Pucat rasa muka bila Zakif buat tarikan ala-ala tarik tali.Dipandangnya Zakif yang melangkah menuju ke penjuru bilik,mengambil stiletto tadi dan kembali menghampirinya.
|