View: 9393|Reply: 104
|
Makanan Tak Sedap, Pelayan Pula Lebihkan Artis! Restoran Danial Zaini Dikutuk Hauk
[Copy link]
|
|
Susulan teguran oleh seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan layanan diterima semasa mengunjungi restoran Paku & Pontianak 2, Danial Zaini tampil meminta maaf.
Pihaknya berjanji untuk menambah baik mutu perkhidmatan dan kualiti makanan di restoran miliknya itu.
Foto: IG
Menurut Danial, isu makanan lewat dihidangkan kepada pelanggan berlaku disebabkan restoran menerima dua tempahan majlis tertutup.
"ertama sekali kami minta maaf atas kelewatan dalam menyediakan makanan untuk pihak tuan. Pada hari kejadian kami mempunyai dua acara hari jadi yang berjalan serentak. Kami akan memperbaiki dan menambahbaik servis dari masa ke masa.
"Sepanjang majlis berlangsung, kami telah menyediakan tiga staf untuk melayan setiap tetamu di bilik VIP, dua untuk menjalankan servis dan satu sedia sebagai back-up yang berada di luar demi menjaga privasi," jelasnya.
Sebelum ini, seorang pelanggan dikenali sebagai Zizan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan diterima semasa meraikan sambutan ulang tahun rakannya.
Antara yang dibangkitkan ialah isu makanan dihidangkan telah sejuk akibat lewat dihantar ke meja pelanggan sehingga terpaksa menunggu lebih dua jam.
Bukan itu sahaja, Zizan juga mendakwa terdapat perbezaan layanan apabila ada satu majlis berbeza melibatkan seorang artis turut diadakan dalam waktu yang sama.
Dia juga menyebut tentang kualiti makanan yang mana daripada sudut selera peribadinya kurang memuaskan.
"Dalam masa yang sama ada function birthday artis di tingkat bawah restoran, kami di tingkat atas belah atas. Tapi artis makan bufet. Kami ala-carte.
"Mereka nampak lebih-lebihkan artis daripada kami. Kami pun bayar kot. Entah-entah artis makan percuma," tulisnya.
Dalam pada itu, Danial turut menjawab keluhan pelanggan mengenai isu ruangan parkir terhad di restoran miliknya yang terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur itu.
"Berkenaan dengan isu parking, pihak kami memang menyediakan parking khas untuk para tetamu tetapi pada malam tersebut parking telah pun penuh dan dua parking yang ada telah di reserve sebelum hari majlis berlangsung," ujarnya.
Mahu menebus kesilapan, Danial terbuka hati untuk menjemput semula pelanggan berkenaan ke restorannya itu.
"Secara peribadi,dengan berbesar hati saya ingin mempelawa pihak tuan untuk datang kembali ke restoran saya dan memberi peluang kepada kami untuk menebus semua kesalahan kami kepada pihak tuan," jelasnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
sorry aku mcm x kenal retis sendu ni |
|
|
|
|
|
|
|
Yg gigih tertebeng2 kat produk2 artis ni sapa suruh... Dari tahun 90 an retis2 meniaga kedai makan tapi kesudahannya melingkup hauk. Banyak lg kedai makan yg btul2 sedap dari kedai retis |
|
|
|
|
|
|
|
bkn dia collaborate dgn broku? |
|
|
|
|
|
|
|
Nama Paku & Pontianak tapi tema kononnya romantik. Entah apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
yang ni la mengekek i tengok fish and chips keli dia |
|
|
|
|
|
|
|
Gi celebrate kat de'wan je lah. Tapi kena set appointment. |
|
|
|
|
|
|
|
ikan keli celop tepung hahaha fusion kot? |
|
|
|
|
|
|
|
red_velvet replied at 15-2-2023 02:37 PM
Yg gigih tertebeng2 kat produk2 artis ni sapa suruh... Dari tahun 90 an retis2 meniaga kedai makan t ...
kat tmpt i kedai mkn khaty ibrahim tutup, pastu kedai aida aris tutup, la ni ada kedai ruminah sidek sendu |
|
|
|
|
|
|
|
baca komen lagi la..
hadoi.. gelak tak habis
|
|
|
|
|
|
|
|
kaka pun ada baca kt twitter x igt mlm td ke pg ni dan mmg layak mamat tu merempan sbb dia dah byr Rm300 utk bilik then dah order awal dan minta pelayan htr bila birthday boy dtg dlm lbg kurang 8.30 mlm sekali hah amekaw ada yg smp pkl 10.30 br dpt food dan tuan bdn plk mknan dia x dpt2 jd dia cancel aje. Paling lawak "fish" & chip dia iaitu dia guna keli, mmg dia ada tulis dlm menu tp bila smp wow keli celop tepung jer
|
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 15-2-2023 03:22 PM
kat tmpt i kedai mkn khaty ibrahim tutup, pastu kedai aida aris tutup, la ni ada kedai ruminah sid ...
Masa ak duk k.dmnsra, serina cep1 dtg mkn kt kedai m.cik ak. Pdhl dia bukak kdai mkn gak masa tu. Pastu rita tu, pkije dy dtg kedai m.cik ak jugak. Tp ak rasa dua2 ni kedai dh ttop skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
keli chip? |
|
|
|
|
|
|
|
Restoran retis dah banyak kes camni. Xpayah la beriya pegi. |
|
|
|
|
|
|
|
buat bisnes barang timbang kilo jer la dik oiii |
|
|
|
|
|
|
|
Sape ingat lagi dulu ada Celebrity Corner dekat area Desa Pandan? Ramai artis meniaga makanan konsep gerai-gerai tapi kejap je la bertahan |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana heols boleh terfikir buat fish and chips guna ikan keli? |
|
|
|
|
|
|
|
artis ke? eh tak kenal pon.. and fish n chips tu kenapa mcm tikus.. |
|
|
|
|
|
|
|
selalu je iols pg makan, makanan dah siap lama tapi kene sidai...
makan mamak je kot jarang kene sidai |
|
|
|
|
|
|
| |
|