Seorang guru meluahkan rasa kecewa apabila menerima kertas soalan peperiksaan yang dijawab murid dengan jawapan salah.
Lebih menyakitkan hati, tiga soalan dalam tulisan jawi itu dijawab dengan ayat "kamu nanya??? berulang kali.
Jawapan yang ditulis murid itu meraih perhatian netizen di Twitter. (Gambar Hiasan)
Difahamkan, ayat berkenaan merupakan slanga popular di TikTok.
Guru mana tidak marah, sedih dan kecewa apabila penat lelahnya mengajar bagai sia-sia apabila melihat jawapan berkenaan.
"Buat set soalan bukan senang ya anak-anakku.
"Bukan mengeluh sebab tu memang tugas guru. Tapi di mana letaknya tanggungjawab awak sebagai pelajar?" ciapnya dipetik mStar.
Netizen yang melihat sikap murid berkenaan juga kecewa, malah ada yang menyifatkannya sebagai perbuatan biadab terhadap guru. - CARI |