View: 7180|Reply: 86
|
Video Tular: Ahli Keluarga Bergaduh, Abang Botak Maki-Maki Terus Makan Penumbuk, Suami Isteri Dibelasah Berjemaah
[Copy link]
|
|
Tular sebuah video pergaduhan sekumpulan individu di laman Twitter sejak pagi Selasa.
Dalam video itu, dapat dilihat suasana kecoh di mana beberapa lelaki dan wanita, dipercayai sekumpulan ahli keluarga seperti sedang bertikam lidah antara satu sama lain.
Pada permulaan video, kelihatan seorang lelaki botak sedang memberi amaran kepada wanita bertudung kelabu dan pemuda yang memakai baju Foodpanda, dipercayai suaminya.
"Eh jangan kurang ajar. Ajar bini kau. Faham tak? Ajar bini kau," ujar lelaki botak itu dalam nada yang berang kepada pasangan suami isteri berkenaan.
Sambil dikelilingi beberapa individu, lelaki botak itu turut bertanya kepada pemuda berkenaan tentang penyelesaian kepada satu masalah yang berlaku antara mereka.
"Kau tahu tak, kita nak settle, apa lagi masalah?" soal lelaki botak itu sebelum pemuda berkenaan melepaskan satu tumbukan ke arah wajahnya.
Tindakan pemuda itu menyebabkan beberapa individu lain dari kumpulan ahli keluarga tersebut membalas tumbukan serta menerajangnya sehingga dia terjatuh di atas tanah.
Isteri kepada pemuda itu turut disepak apabila dia cuba melindungi suaminya yang sedang dipukul beramai-ramai.
Antara yang menjadi persoalan adalah kehadiran wanita berbaju merah yang sedang memegang mikrofon, sekali gus membuatkan netizen beranggapan mereka sedang menjalankan program hari keluarga di satu lokasi yangt idak dapat dipastikan.
Pada penghujung video, lelaki botak itu sekali lagi muncul dan bertanyakan kepada pemuda berkenaan mengenai provokasi yang dimulakannya.
"Siapa yang tumbuk siapa?" soal lelaki botak itu.
Bagaimanapun, pemilik video tidak menyatakan lokasi serta punca sebenar kejadian.
Rata-rata netizen turut menyelar tindakan kumpulan itu yang dianggap memalukan dan menggesa agar mereka dikenakan tindakan undang-undang.
"Kalau aku pun bagi sedas kat pakcik botak tu. Tengking depan-depan. Puas hati kot.
"Masa hari keluarga ke ni? Baju sama je semua.
"Kalau betul couple tu salah tapi agak-agak la wey isteri dia dah peluk suami dia macam tu nak bantai lagi dah kenapa?
"Harap macik yang pakai mikrofon kekal pakai mikrofon bila disoal siasat polis nanti.
"Lelaki yang pukul tu satu kesalahan, lelaki yang provokasi pun satu kesalahan dan memukul berjemaah pun satu kesalahan. Ada tiga kesalahan.
"Dengan makcik tu pun kena terajang kenapa?" tulis beberapa netizen.
Sebagai peringatan, perbuatan ini salah dari segi undang-undang dan semua pihak perlu menjauhinya.
Mereka yang terlibat boleh disiasat mengikut Kanun Keseksaan (Akta 574) Seksyen 321 - dengan sengaja menyebabkan cedera.
Hukuman pula diperuntukkan mengikut Seksyen 323 - Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dengan hukuman penjara sampai setahun, atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Jika berlaku salah faham, cuba berbincang dan berbincang dengan cara baik, bukannya mengikut emosi atau bertindak melulu.-CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Pakcik pun macam mencabar jua, anak muda darah panas bergelegak
Takkan sampai ada nyawa hilang, beramai ke penjara baru nak sedar. Kalau pihak betul skali pun dah ke penjara apa gunanya. |
|
|
|
|
|
|
|
sesetengah orang tua memang kurang ajar dan layak kena penumbuk..
yang ramai-ramai jadi nasik tambah tu, bila masuk balai nanti, telo dia la paling kecut.. |
|
|
|
|
|
|
|
selayaknya orang tua botak tu kena debik... dia ingat dia tua dia boleh maki depan orang gitu ke..
sebab tu meols tak suka berkumpul family besar (bukan adik beradik) ramai gini..sebab tak serapat ngan kawan-kawan sendiri yang duduk dekat-dekat...kekadang jenis bertanding siapa paling bagus & paling layak dihormati tu buat rengsek je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan serius,
---> kalau dah ada fizikal contact ni, bole tak kita saman org yg pukul kita sampai RM1 juta? |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka si tua botak laknat tu. acah2 samseng sgt pastu attack ramai2.. |
|
|
|
|
|
|
|
puas ati si botak dpt penumbok, mulut kau lancang sgt smpai nak menyembur air liur basi kat muka org tu, memintak sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kapel tu suka menunjuk bahagia kat socmed takpelaa nak pukul.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah abang Foodpanda tu kena herdik nak disuruh ajar bini, maunya heols tak baran kena provoke sebegitu rupa. Yang lain pun kemain, bukan nak lerai. Pergi bantai sekali pukul.
Malu betul kalau ada family sangkak macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat website jepun, dia ada kotak2 censored mcm ni,
|
|
|
|
|
|
|
|
Tolong ingat ye muka sekor2 ni takut jadi menantu/besan korang pulak nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Apa ganas2 ni?
Bincang elok2 xleh ke
Malu la semua bkn budak2 lg |
|
|
|
|
|
|
|
masukkan semua dalam penjara sungai buloh. boleh iftar dengan najib super ring |
|
|
|
|
|
|
|
geng botak ramai.. x ingt kroyok couple laki bini tu..
apa pn jgn la sampai mcmtu.. bkn budak2.. semua dh berbulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu sama melayu gaduh takpe..ummah maafkan |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgh search video asal psl kes ni |
|
|
|
|
|
|
|
144x144 dpi. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Bongoknya lahai melayu sesket nak bertumbuk. Hujung-hujung ke dalam. |
|
|
|
|
|
|
|
apa sensor2 ni, kasi tgk la rupa paras org boleh elak jd bf,gf or mertua |
|
|
|
|
|
|
|
punca nya si bini tu laaa.. ko dah salah terjah majlis org, blah diam2 mintak maap sudah laa... ni dia blah, pastu dtg balik heret laki dia pulak. memang mendapat laaa..... and bodoh gak geng family day tu, kau pegi keronyok mamat tu ramai2 kenapa? skrg semua sama2 dapat pakej masuk lokap |
|
|
|
|
|
|
| |
|