Anak penyanyi rap terkemuka, Eminem, Hailie Jade Mathers kini bergelar tunang kepada Eksekutif Pembangunan Perniagaan Scout, Evan McClintock.
Hailie mengesahkan perkara tersebut menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di Instagram, semalam.
IG
Antara yang dikongsikan adalah gambar cincin pertunangan yang tersarung pada jari wanita berusia 27 tahun itu.
“Imbasan hujung minggu… 4.2.2023 saya cinta padamu @evanmcclintock11,” tulisnya pada bahagian kapsyen.
Hailie adalah pempengaruh media sosial yang membesar di Detroit, Amerika Syarikat. Dia dan Evan merupakan graduan Michigan State University.
Pasangan itu mula menjalin hubungan istimewa sejak 2016, namun sebelum ini menyembunyikan status percintaan mereka dan jarang berkongsi kemesraan di media sosial.
Post time 8-2-2023 09:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
alesandra replied at 8-2-2023 02:46 PM
Kim tu jaga ke hailie ni?not surelah.tapi hailie ni mmg duduk rumah eminem.
Oh, haah. Mmg Eminem yang jaga. Bukan setakat Hailie, anak adik kembar Kim (kembar Kim ti Dawn Scott) bernama Lainie , dan anak Kim dgn bekas teman lelaki Kim, Whitney, pun dia jaga, adopt bila Kim asyik keluar masuk penjara dulu.
Kira dia ni agak penyayang gak dgn anak2. Dgr kata yg boipren anak perempuan dia ni pun dia welcome.
Post time 8-2-2023 10:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Teringat dia story pasai hailey nmpak proud giler bila anak dia dapat msuk college.. tak sangka dh nak kawen..dulu2 minat giler dengan Eminem nieh smpai biler baca lyric lagu dia Mocking Bird rasa sedih plak..masa event Superbowl kot last year yg dia perform skali dengan Dr Dre, Snoop Dog, ada lah nmpak comment bbnu “who is this fucking granpa” amboi rude betol.. tapi yerlah colleague yg baru msuk kejer budak muda pun biler kiter sembang pasai Linkin Park pun dorang tak kenal..
jap ..baru kejap tadi google.situasi deyols mcm ni..kim ngan eminem joint custody hailie.mksudnya mmg kim ada jaga jugak.dan eminem ni xtau la kot kesian ke atau mmg sifat dia sayang kat bdk2.. adopted pulak niece kim dan ank kim dgn org lain lps bercerai dgn eminem.kiranya hailie ni ada half sister.
Post time 9-2-2023 10:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
alesandra replied at 8-2-2023 11:02 PM
jap ..baru kejap tadi google.situasi deyols mcm ni..kim ngan eminem joint custody hailie.mksudn ...
Haah. Pastu ada berbalas diss rap dgn Machine Gun Kelly sbb Kelly ada sentuh psl Hailey dlm rap dia. Mmg dia protective gak la dgn anak2 dia. And didikan kira bagus gak. Walau dia dan Kim x abis skolah dia jaga anak dia sampai grad, didik anak dia tak pakai nepotism / popularity bapak dlm hidup.
Post time 10-2-2023 06:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kechikchomel replied at 9-2-2023 12:00 PM
hailey ni macam budak baik je. tak pernah lak dengar/baca citer buruk pasal dia.
ke iolss yg tak per ...
Mcam tak ada dengar jgak you.. rasenya mmang tak ada buat prangai kot.. sbb nama bpak dia besar jgak lah, kalau buat prangai confirm the whole world tahu..
Post time 10-2-2023 06:21 AMFrom the mobile phone|Show all posts
orangbiasaje replied at 9-2-2023 10:13 AM
Haah. Pastu ada berbalas diss rap dgn Machine Gun Kelly sbb Kelly ada sentuh psl Hailey dlm rap di ...
Machine Gun Kelly tu tak padan dengan budak mentah nak diss2 senior yg mmg talented..dh la kawan tu tak kacau dorang.. tapi smpai sekarang i msih teringat kjadian eminem-mariah carey smpai MC bwak keluar lagu Obsessed..
Post time 10-2-2023 06:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kechikchomel replied at 9-2-2023 12:00 PM
hailey ni macam budak baik je. tak pernah lak dengar/baca citer buruk pasal dia.
ke iolss yg tak per ...
Xde. Semua anak ( even adopted) eminem xde skandal dan kontroversi. Even tak abis belajar eminem tegaskan pendidikan untuk anak2 dia.
Tapi I rasa eminem bukannya dia takmau belajar, cuma educational system, environment dia membesar tu bermasalah. Ikutkan org yg pandai rap cepat cm eminem ni, otak cerdas. Kalau dia amik linguistik mau jadi profesor.