CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5089|Reply: 85

"Buat Apa Nurul Izzah Malu-Malu Nak Ambil Gaji?"-Sanusi

[Copy link]
Post time 1-2-2023 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Pelantikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa kerana tidak pernah dilakukan mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.


Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, timbul pelbagai persoalan dalam pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana ia membabitkan pelantikan pegawai yang berkhidmat kepada kerajaan tanpa mendapat bayaran.


Jelasnya, tindakan itu dibimbangi akan dijadikan penanda aras kepada pemimpin politik lain dalam melantik ahli keluarga terdekat menjawat jawatan penting dalam kerajaan selepas ini.




Foto: Harian Metro




"Amalan ini tidak pernah dilakukan selama ini, ia nampak luar biasa. Saya tak tahu sama ada perkara ini akan dijadikan penanda aras kepada semua orang politik untuk anak mereka boleh terbabit dalam kerajaan tanpa ambil gaji.


"Kalau dia (Nurul Izzah) tak ambil gaji, perjawatan dia macam khidmat sosial pula, lebih baik dia pergi buat kerja badan bukan kerajaan (NGO). Kerja NGO tak dapat bayaran.


"Tetapi dia kerja untuk menasihati polisi kerajaan, jaga perolehan, nak memastikan tender diurus dengan betul. Itu kerja pegawai kerajaan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di sini, malam tadi.


Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi turut mempertikai, adakah boleh seseorang yang dilantik ke jawatan kanan di Kementerian Kewangan tidak mengambil bayaran mengikut yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.


Katanya, setiap perkhidmatan kepada kerajaan sepatutnya mempunyai bayaran gaji dan elaun tertentu bagi memastikan ia tertakluk mengikut ikatan undang-undang.


"Saya rasa tak ada perjawatan macam itu, perjawatan itu apabila buat perkhidmatan maka ada bayaran. Kalau perkhidmatan diberi, bayaran tak ada maka itu bukan pekerjaan.


"Setiap pegawai kerajaan yang dilantik dalam skim perkhidmatan perlu ada skim saraan, setiap pegawai ada ikatan undang-undang supaya setiap kerja dan pandangannya tertakluk kepada undang-undang serta berkuatkuasa kepada kerajaan.


"Kita sebenarnya sudah ada Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan bahagian audit untuk buat semua urusan itu, tak perlu tambah lagi jawatan. Tetapi kalau dia (Nurul Izzah) nak kerja kena ada skim saraan, buat apa dia nak malu-malu ambil gaji," katanya.


Sebelum ini, Nurul Izzah mendedahkan beliau dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri berkuatkuasa 3 Januari lalu.


Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, anaknya itu tidak akan menerima sebarang elaun atas khidmatnya selepas beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah membantunya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.-CARI


Sumber: harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 03:39 PM | Show all posts
Nurul bukan malu...

dia x mau ambik..

Nurul MP Permatang pauh berapa penggal sblm ni?

kalo pernah 2 penggal berturut turut..

ada pencen kott walaupun x lagi jadik ahli parlimen
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
"Wah bagus nya nurul izzah tak ambil gaji.. "

Kata acik B40 yang kagum dengan keikhlasan anak pmx
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 04:06 PM | Show all posts
'Saya tak tahu sama ada perkara ini akan dijadikan penanda aras kepada semua orang politik untuk anak mereka boleh terbabit dalam kerajaan tanpa ambil gaji.'  Iols setuju part nih...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dia bukan malu tapi kerajaan tak nak membazir mcm syaiton seperti yg pernah dibuat kerajaan lepas bayar duta khas pemontengan, penasihat review mee kari, bolot segala jawatan berelaun besar utk kroni. biarlah dia sanggup bekerja dgn ikhlas, dia bukannya takde income langsung
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 04:31 PM | Show all posts
walopon aku x setuju ngan lantikan nurul aku lebih bencikan sanusi, geng kg kedah boleh la ko kencin, last penuh org kedah kerja kat penang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2023 04:33 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 1-2-2023 08:34 AM
kemaruk replied at 1-2-2023 07:59 AM
"Wah bagus nya nurul izzah tak ambil gaji.. "

Kata acik B40 yang kagum dengan keikhlasan anak pmx

Ikhlas katanya uols, tak membazir, manadi lagik okehhhhhhhh.  Pasti la terkagum...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha...lawak....good one sanusi...kalau pasai perli hang memang terer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 05:23 PM | Show all posts
iols pun tak setuju ijah jd punahsihat tapi iols mmg x suka si sanusi ni..... yucks
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 05:24 PM | Show all posts
sakit ati benor ngapenye?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Percaya la sangat tak ambik gaji.

Tapi sebagai businesswoman, aku rasa orang yang tak ambik gaji atau volunteer work ni mostly pemalas. Nanti kerja pun sambil lewa. You get paid for what you work gitu. Tengok government Singapore semua high class sebab gaji pun paling tinggi. Ko nak kerja bagus, ambik CEO company besar2 yang dah tentu boleh deliver. Gaji mahal tapi kerja tip top. Kalau takde gaji ni mostly akan buat kerja melepaskan batuk di tangga.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
X ambil gaji
Tp keistimewaan dpt?
Tol, kete, makan minum, hotel

Jaga tender?
Kalau dpt % camne?
Xde conflict of interest ke??
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 05:53 PM | Show all posts
Hari tu cakap nak merayu kat anuar nak bina lapangan terbang ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 1-2-2023 04:33 PM
Ikhlas katanya uols, tak membazir, manadi lagik okehhhhhhhh.  Pasti la terkagum...
...

Madani la ejalti . Tapi memang pun, gigih sesungguh cai2 batak panatik reformasi self-claim educated terpaling educated acah2 perasan keturunan kayo rayo dgn tak tahu malunya menggebangkan justifikasi untuk menghalalkan perlantikan Nurul Ijah . Walaupun perit mencari rezki, marhein masih nampun gelak2 dgn kebodohan dan kemunafikan dorang nih .
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Amah ni orang mana? Manado ke? Orang situ anjing kucing mmg peberet. Kucing pon takot nak merayau.hihi. Bak kata org senegara depa, orang manado kalau kerusi dan meja berjalan pun depa makan.muahahha
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
penanda aras utk org lain melantik ahli keluarga masing2.. emmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp mmg KT berkenan pung anak beranak hahahaha pas ni lantik binik pulok tau bangnon jgn malu2 sbb tkmik gaji pung jadi apa malu..haaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 1-2-2023 05:24 PM
sakit ati benor ngapenye?

Bukan soal sakit hati tp more to conflict of interest. Paham?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kitmal replied at 1-2-2023 05:53 PM
Hari tu cakap nak merayu kat anuar nak bina lapangan terbang ..

Sbb tu perlu kelulusan federal gov. Merayu paler hotak hang. Kalau mat sabu jd pm pun dia pi jumpa mintak kelulusan. Hang ni mai ceruk mana tak reti hal ehwal negeri dan persekutuan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 1-2-2023 05:35 PM
X ambil gaji
Tp keistimewaan dpt?
Tol, kete, makan minum, hotel

Sbb tu aku kata walanon otak sempit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.083820 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list