CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3252|Reply: 39

Tingkap Rumah Selalu Basah, Bau Hancing Menyengat- Pasang CCTV Baru Nampak Jiran Yang Simbah Air Kencing!

[Copy link]
Post time 1-2-2023 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pengguna TikTok iaitu @snow_queenz_ berkongsi tentang 'fenomena' pelik di rumahnya.


Kata pemilik akaun itu, tingkap depan rumahnya sering dibasahi cecair asing dan dicemari bau busuk seperti air kencing.


Pada mulanya dia membuat andaian bahawa kemungkinan cecair tersebut merupakan air kencing kucing namun agak tidak logik kerana kesan basah lelehan air terlalu tinggi.










"Lepas tu ingatkan ada jin atau syaitan melekat dekat situ.


Tangkap layar video yang dikongsi oleh pemilik rumah berkenaan di TikTok


"Siap tabur garam dan baca (ayat al-Quran) sikit, tapi pelik (bau) masih ada," katanya menerusi video berkenaan.


Hari demi hari rumah mereka terus dihantui perkara aneh itu hingga menyebabkan dinding rumah semakin rosak.







"Sampai berkulat dinding, sudah berbulan-bulan kita orang basuh... tapi ada balik.


"Mula rasa pelik bau hancing busuk sampai tak boleh duduk dalam bilik," katanya lagi.


Kerana berasa geram, akhirnya pemilik rumah berkenaan membuat keputusan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk mendapat kepastian tentang situasi yang berlaku.


"Baru-baru ni rasa tak puas hati. Setiap kali kami tiada di rumah perkara ini akan terjadi. Terfikir nak letak kamera untuk rekod apa yang berlaku," jelasnya.


Alangkah terkejutnya apabila mendapati bahawa kewujudan cecair berbau hancing itu adalah perbuatan khianat jirannya sendiri.


Menerusi rakaman CCTV jelas kelihatan pergerakan tangan dari rumah sebelah menyimbah cecair ke arah tingkap rumahnya.


Berasa tidak selamat dengan kelakuan jirannya itu, dia akhirnya membuat laporan polis dan mendakwa pelaku sudah ditahan polis pada 28 Januari lalu untuk tindakan selanjutnya.


Walaupun masih tertanya-tanya tentang motif kejadian, namun pemilik rumah berkenaan memilih untuk tidak mencampuri urusan siasatan yang dilakukan dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis.


Pelaku dipercayai seorang lelaki dan merupakan jiran sebelah rumahnya serta sudah pun mempunyai keluarga.


Hingga kini video tersebut meraih lebih 1.2 juta tontonan dan 41,000 tanda suka.


Menerusi perkongsian berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa hairan dengan tindakan individu tersebut serta tertanya-tanya tentang motif untuk bertindak sebegitu.


"Kenapa dia buat macam tu? Apa motif dia? Tindakan tak normal bagi seorang jiran tu.


"Jiran awak ada dendam ke sampai buat macam tu? Kenapa dengan dia?," demikian antara komen netizen.


Ada juga netizen yang memberikan idea supaya membina tembok tinggi yang boleh memisahkan rumah mereka.


"Nanti ada duit lebih, buat tembok tinggi. Tutup terus bahagian tepi tu. Nanti dinding tu boleh letak rak kasut.


"Ubah suai rumah dengan bina tembok tinggi. Ataupun letak pokok kaktus biar dia kena duri waktu simbah tu," antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 09:02 AM | Show all posts
apa masalah dia ni, takde toilet dalam rumah ke nak kena buang air kencing dekat rumah orang
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:15 AM | Show all posts
ade la benda tak puas hati tu..tuan rmh pon kena cek balik kot dia ade buat benda2 yg buat jiran tu marah mcm pasang radio kuat2 ke, parking depan rmh dia ke, kucing kau berak kencing kt rmh dia ke, tak pulang tupperware dia ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah berkeluarga camtu perangai.. gila ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by namr at 1-2-2023 09:21 AM

ada la tu yg dia tak puas hati..dah duk berjiran kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:41 AM | Show all posts
Mungkin ada le tu jiran tak pueh hati ke hape kan.. cek balik sisi Iman eh sisi si pengadu tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2023 09:52 AM | Show all posts
ada jin..........
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:52 AM | Show all posts
kenapa sampai nak buat khianat kat orang...
perang diam diam sudah lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib la berjiran dgn ‘jin’
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Letak topekong kuil patung india nak kencing pikir byk kali jin kena kencing habis konek jiran kena pedajal jin dewa taw
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 10:56 AM | Show all posts
Dah basuh bersih dan di cat baru gantung lah Quran di tingkp tu tengok dia masih berani nak simbah air kencing lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 10:59 AM | Show all posts

Bahaya dia tu. Kalau bukan kencing, nanti benda lain pulak dia hantar. Apa punya manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama kes dgn adik aku. Jiran bertentang dapur suka simbah air ikan, air beras, air basuhan memasak ke tingkap rumah adik aku. Kalau dia malas masak, dia tembak dgn air paip. Dah buat aduan polis, tapi polis pun x boleh buat apa.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dulu hampir dh nak pasang cctv sbb nak skodeng kucing sape selalu buat toilet dkt rumah.
Aritu dapat tangkap gambar kucing je.
Bila tanya dlm group wasap, sorang pun tanak mengaku tu kucing dia

Nanti iols nak pasang cctv juga mencari pelaku
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 12:25 PM | Show all posts
jiran dari neraka
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun kalau tuan bideo tu perangai tak semenggah, perlu ke sampai kencing kat tingkap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dh ade bukti, sile la jumpe jiran tu. tak jln, sile report polis dgn segera. bodoh nye najiskan rumah org. tu kete die terbukak tu, ko pulak tabur air kencing dlm tu.biar bau hancing menyelubungi kereta die
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ketambangkang replied at 1-2-2023 09:15 AM
ade la benda tak puas hati tu..tuan rmh pon kena cek balik kot dia ade buat benda2 yg buat jiran tu  ...


X puas hati better ckp… jgn berteka teki je

SG suspek jiran tu nk dia pindah rumah… mmg ada yg mcm tu… maybe dia nk beli rumah tu or x suka bjiran
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 02:49 PM | Show all posts
Jiran mental..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
pengotornya. air kencing org tua seplaung dah bau hancing
kalau tak puas hati bgtau la depan2 ape ke sengal simbah air kencing. manusia skrg bertambah pelik peel
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.070615 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list