View: 8912|Reply: 83
|
Bertahun-Tahun Kahwin Memang Tak Bahagia, Bukan Cerai Sebab Orang Ketiga! Chot Bengang Bekas Isteri Buat Kecoh
[Copy link]
|
|
Hazmeer Hassan atau Chot menyangkal dakwaan bekas isterinya, Siti Zafirul Azzah penceraian mereka disebabkan kehadiran orang ketiga sebaliknya perkahwinan yang dibina sudah lama bermasalah.
Chot, 33, menjelaskan isteri baharunya, Zurina Badron bukan punca keretakan rumah tangganya malah mendakwa pernah berterus terang dengan bekas isteri tentang hubungannya dengan kakak kepada seorang penyanyi popular tersebut.
via mStar
"Tidak dinafikan setiap rumah tangga ada pasang surutnya. Kami sudah cuba sehabis baik untuk menyelesaikan masalah itu. Selama bertahun-tahun kahwin, kami masih tidak mampu mencapai kata sepakat dalam banyak perkara.
"Apa yang bekas isteri cakap tentang punca orang ketiga membuatkan dia tidak bahagia, tapi kami memang sudah tidak bahagia pun.
"Malah sebelum bercerai pun saya sudah beritahu yang saya berkenalan dengan wanita lain. Kami pun dah jelaskan semuanya," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Chot turut mempersoalkan tindakan bekas isteri membuat kenyataan di hari pernikahannya bersama Zurina sedangkan Azzah sudah maklum tentang perkara itu sejak mereka mengikat tali pertunangan.
Kata Chot, dia tidak menolak sekiranya tindakan dilakukan bekas isterinya itu disebabkan hasutan oleh orang lain.
via mStar
"Saya tidak faham mengapa dia mahu memperbesarkan isu ini sewaktu di hari pernikahan saya sedangkan daripada kami bertunang pun dia sudah tahu.
"Bagi saya mungkin ada suara-suara ghaib di belakang yang cuba menghasut perkara ini berlaku," ujarnya.
Mengulas tentang soal nafkah yang dibangkitkan Azzah, Chot memberitahu dia tidak pernah culas menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa terhadap anak lelaki tunggal mereka.
Bagaimanapun, Chot merasakan tindakan yang dilakukan Azzah sedikit sebanyak dapat memberi impak negatif terhadap kerjayanya.
"Saya tidak pernah culas memberi nafkah buat anak kami. Tetapi, kalau dia bertindak untuk memburukkan saya di media sosial, ia secara tidak langsung bakal merosakkan kerjaya saya.
"Kalau saya dah tak ada kerja nanti macam mana nak bagi nafkah? Pada saya, perkara seperti ini tidak perlu dibesarkan di media sosial," ulasnya.
Sementara itu, Chot juga memberitahu dia sebenarnya tidak mahu membuka aib rumah tangganya sebelum ini demi menjaga maruah bekas isteri.
Chot juga memohon agar orang luar yang tidak ada kena mengena supaya tidak membuat andaian buruk terhadap dirinya dan keluarga.
"Sebenarnya saya nak cerita pun malu sebab takut buka aib sendiri. Tapi, buat masa sekarang biarlah perkara pun dah jadi.
"Disebabkan itu saya rasa hal-hal rumah tangga tidak perlu dikongsi di media sosial. Saya tidak mahu buka aib sesiapa dan saya berharap agar orang diluar saya yang tidak tahu cerita sebenar berhenti buat spekulasi buruk terhadap saya," katanya.
Terdahulu, Azzah mendedahkan pelawak itu sudah mendirikan rumah tangga dengan kakak penyanyi terkenal selain memberi bayangan perkahwinan mereka berakhir gara-gara orang ketiga.
Untuk rekod, Chot dan Azzah mendirikan rumah tangga pada 18 Julai 2017 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Sher Hayyaz yang kini berusia empat tahun.
Pada 23 Januari lalu, Chot mendirikan rumah tangga dengan Zurina yang berstatus janda anak tiga. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
yela dik yela tak bahagia yea... emm ok dik... |
|
|
|
|
|
|
|
Hotak kau la...tak bahagia? Habistu anak engko tu? Bukan hasil dari engko ke? Hamlau betul statement engko |
|
|
|
|
|
|
|
Tak bahagia bertahun tahun yerrr mmg tu lah skrip bila dah jumpa perempuan baru selalunya
Berapa la tu nafkah yg dibanggakan sangat tu, 200 sebulan ke |
|
|
|
|
|
|
|
senang je kan org laki..sebab dh lame tak bahagia ngan bini sewenangnya pegi cari org lain/kawen lain..apa perasaan bini tu lantak kan jelah |
|
|
|
|
|
|
|
bertahun2 tu berapa tahun dek?? kau kawen baru berapa tahun jahhhh. apoooooo???
tayah bagi alasan bertahun, cakap jah dah bodoh....eh! jodoh |
|
|
|
|
|
|
|
kawen 2017 maybe bahagia setahun je la kot lepas ada anak terus tak bahagia (relate bertahun-tahun)
ye la...nak ckp apa lg kan?takkan nak burukkan bini baru plak, mau merempan tido luar rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Tu jela alasan tak bahagia, taik hang !! |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni pelawak ke? tak kenai ponnn |
|
|
|
|
|
|
|
Hoshhi replied at 31-1-2023 04:40 PM
Hotak kau la...tak bahagia? Habistu anak engko tu? Bukan hasil dari engko ke? Hamlau betul statement ...
Hasil perogolan barang kali |
|
|
|
|
|
|
|
tak kan la x penah bahagia langsung
alasan klise sangattt |
|
|
|
|
|
|
|
si celaka ni klu bckp mmg thp baik skit dr babi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
byk kali jmpe jantan selalu duk kata mcm ni..then ada yg kata bini tu bukan pilihan pertama la..dan2 ja pdhl ank dh smpai 3,4 orang..agak2 la nk menipu pun..utk dia ni mls nk komen..just kesian dkt ex sbb ada ank diaorg mninggal time baby lg kn..moga dipermudahkan rezeki dan urusan ex wife dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat2 bila jumpa org baru
-dah lama bermasalah
-dah lama tak bahagia
- aib.
Walhallll.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah menggatal ngn janda dan2 tak bahagia ngn bini |
|
|
|
|
|
|
|
mamat ni nikah dgn kakak si syura kaki ngumpat tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 31-1-2023 05:33 PM
Ayat2 bila jumpa org baru
-dah lama bermasalah
-dah lama tak bahagia
Berguru ngan ude |
|
|
|
|
|
|
|
Kakak penyanyi popular..celah mana popularnya nyahh |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum bercerai dah berkenaan ngan Wanita lain. Curang lah tu. Bahagia ke tak bahagia ke settlekan dulu satu2 baru carik lain. Cakap belit2 |
|
|
|
|
|
|
|
Barbie betul jantan camni |
|
|
|
|
|
|
| |
|