CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2898|Reply: 70

Daun Ketum Tak Laris Di Siam, Tapi Laku Keras Di Malaysia

[Copy link]
Post time 20-1-2023 08:59 AM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR – Meskipun daun ketum Malaysia sudah tidak laku di Thailand, namun ia tidak menjejaskan harga tumbuhan itu dalam pasaran negara apabila permintaan masih rancak.


Seorang penanam yang mahu dikenali sebagai Man, 55, berkata, harga daun itu masih kekal sama antara RM7 hingga RM10 sekilogram, malah boleh mencecah sehingga RM20 sekilogram pada musim kemarau.


“Ramai kata ketum sudah tak laku di Thailand dan tidak lagi diseludup ke sana, tetapi sebenarnya permintaan dalam negara masih tinggi sehingga bekalan di sesetengah tempat tidak cukup,” katanya di sini semalam.




Gambar Hiasan




Menurutnya, dia menanam pokok ketum jenis daun jambu yang berkualiti tinggi dan mendapat permintaan tinggi daripada penggemar air minuman itu.


“Saya tanam untuk kegunaan sendiri dan kawan-kawan sahaja yang kebanyakan dijadikan ubat atau minuman tenaga. Penanam lain pun ramai yang masih me­ngusahakan tanaman ketum.


“Pokok ketum ini sangat mudah dijaga, tanam dan biar sahaja. Hanya perlu bersihkan kebun sekali-sekala,” ujarnya.


Dakwanya, bekalan daun ketum Kedah juga mendapat permintaan tinggi dari ne­geri luar terutama dari Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.


“Mereka sanggup datang ke sini untuk ambil bekalan sehingga 80 kilogram (kg) dan biasanya daun ini akan diproses menjadi air di negeri tersebut,” jelasnya.


Tambahnya, dia biasanya akan merebus sekilogram daun ketum untuk mendapatkan kira-kira empat botol air ketum bersaiz satu liter siap satu.


“Saya akui air rebusan daun ketum yang pekat akan menyebabkan ketagihan.


“Kalau orang tua dahulu, mereka akan rebus kurang 10 helai untuk segelas air ketum bagi tujuan perubatan,” ujarnya.


Seorang penagih ketum, Zaim, 36, dari Padang Terap berkata, harga air ketum masih kekal sejak lebih lima tahun lalu.


“Di sebelah Padang Terap ini, harga sebungkus hanya RM3 dan lebih murah jika beli dua bungkus, dapat RM5.


“Harga tak turun kerana permintaan tetap ada, bukan sahaja daripada penduduk tempatan, malah dari luar Kedah,” ujarnya.


Katanya, kebanyakan kebun ketum juga masih dijaga dengan baik.


“Di sini, daun ketum dijual pada harga antara RM7 hingga RM10 sekilogram, tetapi kalau musim kemarau, harganya boleh naik sehingga RM20 sekilogram,” kata­nya.


Seorang lagi penagih yang juga penanam ketum dikenali sebagai, Said, 33, mengakui daun ketum tidak lagi diseludup ke Thailand kerana kurang permintaan, selain tidak berbaloi.


“Kalau dahulu harganya boleh mencecah hampir RM200 sekilogram di sana, namun kini mungkin harganya lebih sedikit daripada harga pasaran tempatan.


“Jadi, tidak berbaloi penyeludup nak ambil risiko dan kos-kos lain untuk seludup daun ini ke negara jiran,” ujarnya.


Katanya, pengusaha kebun ketum bagaimanapun tidak akan rugi kerana tanaman tersebut tidak memerlukan kos penjagaan yang tinggi.


“Tanaman ini pun subur dan mengeluarkan banyak daun sepanjang masa,” jelasnya.


Pada 9 Januari lalu, Kosmo! melaporkan Pengarah Maritim Ne­geri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, tangkapan me­libatkan daun ketum di perairan Kedah dan Perlis berkurangan dengan drastik sejak Jun lalu.


Menurut beliau, harga daun ketum yang sebelum ini boleh mencecah sehingga RM180 seki­logram di Thailand turun mendadak kepada antara RM20 hingga RM30 sekilogram. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 09:05 AM | Show all posts
Seorang penagih ketum, Zaim, 36, dari Padang Terap berkata, harga air ketum masih kekal sejak lebih lima tahun lalu.



penagih ke peraih


anyway, sape kt sini pnh minum air ketum ni
rasa dia mcmn
efek lps tu jgk

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab kat tailen daun ganja dah legal.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 09:21 AM | Show all posts
lol orang islam Siam tak perlu ketum lah mereka boleh minum beer terus.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa harga daun ketum tinggi, beer dah lama availeble dan tak pernah disekat jualanya. Tampak bijakkan....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa class ketum, diorang ada ganja bersepah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2023 10:17 AM | Show all posts

wartawan tipikal malaysia...sekolah tak habis..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti la laku. Sumber pendapatan sampingan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketum??

Hellloo... depa ada cannabis
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 20-1-2023 09:05 AM
penagih ke peraih



Dulu2 orang2 tua2 kat kampung aku dulu tanam bende ni biasa2 aje.... sapa2 keje sawah, usahakan kebun...

Minum air ketum pure tak campur bahan2 lain ni mcm makan paracetamol panadol itu aje.. hilang sakit urat sbb buat keje buruh berkebun...

Air ketum ni pahit, kata mereka...

Tp yang zaman skang ni ketum dah campur mcm2... sbb tu ada budak2 salahguna jadi drug addict....

Pastu nak lebih kick, amek SYABU
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 11:09 AM | Show all posts
green~tea replied at 20-1-2023 10:27 AM
Dulu2 orang2 tua2 kat kampung aku dulu tanam bende ni biasa2 aje.... sapa2 keje sawah, usahakan ke ...

kt mn ade jual ea
mcm nk tera


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 20-1-2023 03:09 AM
kt mn ade jual ea
mcm nk tera


Ko ni laki ke perempuan? Yihh tak payah la cuba minum ketum. Bukan sedap pon pahit kelat ada bau mcm benda basi. Baik togok arak je rasa sama
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 11:27 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 20-1-2023 11:09 AM
kt mn ade jual ea
mcm nk tera

kat kelantan terengganu ni mcm banyak je jual daun ketum merata...

tak silap i lah i dengar diorang rekemen amek 7 helai daun ketum and masak dengan seperiuk air... tp kalo tak biasa bule berpinar juga.. diorang citer ni masa zaman covid dulu tu kan hangat2... so alternative medicine for covid ni daun ketum


i cuma bercerita je.. sbb based on borak2.. i sendiri tak pernah beli or tanya ada seller jual ke apa.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 12:12 PM | Show all posts
_blackbird replied at 20-1-2023 11:20 AM
Ko ni laki ke perempuan? Yihh tak payah la cuba minum ketum. Bukan sedap pon pahit kelat ada bau m ...

ha??? togok arak???

sbb duk lenguh2 bdn sental lantai
tu la mcm nk pekena



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 12:13 PM | Show all posts
green~tea replied at 20-1-2023 11:27 AM
kat kelantan terengganu ni mcm banyak je jual daun ketum merata...

tak silap i lah i dengar dioran ...

ok noted. tq
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca td as daun kesum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 20-1-2023 09:05 AM
penagih ke peraih



Rasa dia pahit yg xleh bwk bincang. Pahit yg coated mulot lidah & gusi chuols, bilas² kumur² ngn air pn xilang² iols minum time kna covid dulu²
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Air ganja belambak kat seben eleben.... Koser nk tanam rebus bagai.. Hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan acik yg skimarama sejak dia kena covid dan semboh lepas minum air ketum siap stenby botol jus air ketum dalam kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 20-1-2023 04:12 AM
ha??? togok arak???

sbb duk lenguh2 bdn sental lantai

Ketum ni function dia sama je mcm wine or other whiskey, minum sikit 1 glass sehari ada health beneficial. Minum2 byk baru mabok and addiction.  Both dlm kategori khamar. Ko nak minum ketum utk apa. Yg kata ketum bagus minum tu dari tumbuhan2 natural itu hanya agenda melayu yg tak pass sains nak menyucikan ketum. Semua khamar / arak pon asal dari tumbuhan & natural, dari ubi kentang, celery, anggur, tebu, nira kelapa, beras, cereal dan lain lain

Tdo secukup nya je lah utk hilang lenguh2 badan. Pilih tilam yg berkualiti. Minum soda herb lagi rasa refresh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.094533 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list