CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1959|Reply: 28

Ramai Pilih Balik Kampung Awal Untuk Elak Kesesakan

[Copy link]
Post time 20-1-2023 08:52 AM | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN – Perantau di Pulau Pinang memilih pulang ke kampung halaman lebih awal semalam iaitu sehari sebelum cuti sekolah sempena sambutan Tahun Baharu Cina selama lima hari bermula hari ini.


Tinjauan di laluan keluar Jambatan Pulau Pinang dari Batu Uban ke Perai pada tengah hari semalam mendapati berlaku pertambahan kenderaan.


Jumlah kenderaan semakin meningkat pada pukul 5 petang selepas waktu pejabat.


Gambar Hiasan




Seorang anak perantau dari Ipoh, Perak, Juliana Romzi, 41, berkata, dia memohon cuti setengah hari semalam daripada majikan kerana enggan berdepan kesesakan lalu lintas.


“Pulang ke kampung lebih awal memang tak kalut. Jika saya dan suami sahaja tidak mengapa, ini dengan empat anak-anak kami yang masih kecil.


“Macam-macam ragam dibuat mereka sepanjang menempuh kesesakan,” katanya semalam.


Seorang lagi pekerja swasta, Aidil Abdullah, 39, berkata, dia akan memastikan tempoh pergerakan pulang ke kampung halaman di Negeri Sembilan seawal pukul 3 petang semalam.


“Saya perlu menunggu anak-anak pulang dari sekolah terlebih dahulu dan akan keluar dari rumah sebelum pukul 3 petang. Jika terlewat setengah jam atau sejam, memang kena redah ke­sesakan lebuh raya.


“Daripada tempuh perjalanan biasa selama hampir enam jam, nanti akan berlarutan sehingga tujuh atau lapan jam. Satu perkara yang amat perit,” ujarnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahai perantau2 di kota..pulanglah ke desa berhari raya..ayah serta bonda mengharapkan kepulanganmu di hari bahgia...lalala

X naya ke sapa yg balik semalam? Byk kete atas jalan ambik anak2 kat asrama. Yg dua tiga anak sekolah lain2 daerah/negeri tu memang habis masa kat jalan la semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 09:18 AM | Show all posts
wahai perantau2 di kota
pulanglah ke desa berhari raya..........

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 09:22 AM | Show all posts
Ni la dia, Cina yang raya tapi Melayu lagi laju cuti hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 09:26 AM | Show all posts
Hai Selamat Hari Raya kami semua ucapkan Menikmati hidangan yang kami sediakan..sila jamu selera dengan bermacam hidangan pilih yang mana suka sila janganlah segan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
iman_kasih replied at 20-1-2023 09:14 AM
Wahai perantau2 di kota..pulanglah ke desa berhari raya..ayah serta bonda mengharapkan kepulanganmu  ...

Anak iols dah balik semalam.
Naikkan bas chattered je dari sekolah.
Terus sampai pit stop. Si ayah tunggu kat sana
Lega tak kuase nak meredah highway dgn jammed nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2023 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
kuchenta_81 replied at 20-1-2023 09:22 AM
Ni la dia, Cina yang raya tapi Melayu lagi laju cuti hehe

Biasa ler tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 10:31 AM | Show all posts
iman_kasih replied at 20-1-2023 09:14 AM
Wahai perantau2 di kota..pulanglah ke desa berhari raya..ayah serta bonda mengharapkan kepulanganmu  ...

iols amik anak kt asrama smlm..nasib dkt je kt Kuala Selangor..tu pun dah start jem dgn panas berdenting, treler terbabas lah pastu byk lori2 besar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Highway plus ni kan..dari Jawi nak ke Juru Hala ke utara direct jem melekat xtau kenapa..padahal xdak apa pun kat depan tu..nk boleh lepas exit ke 2nd bridge tu addoiii la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 12:26 PM | Show all posts
yang selalu buat jem tu pasal road hog je selalunya..kemain slow kat lorong kanan. jarak kereta dia dgn kereta depan macam lautan hindi.. pastu yang kanan slow, sibuk masuk kiri..yang kiri sibuk nak masuk kanan,  kereta belakang slow, brek2..yang terpaling belakang berhenti terus.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 12:31 PM | Show all posts
weekend ni kl kosong tak  ataupun ramai mat-mat bangla posing depan KLCC
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
I aman aman jah di rumah melayan porem, netflix, tv, sambil plan nak bagi apa untuk uncle sebelah rumah ni. Last year time CNY I bagi sekut, kopi dengan buah. Esok lusa ni tengah fikir fikir lagi.

Tak larat nak rempuh jem. Biarlah tunggu cuti sekolah bulan depan, berbaloi nak hadap jem sebab cutinya lebih lama.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
asudau replied at 20-1-2023 12:31 PM
weekend ni kl kosong tak  ataupun ramai mat-mat bangla posing depan KLCC

Stp tahun ms CNY mmg ramai bangla sume bertenggek kt klcc,jln silang etc
It shows mmg ekonomi negara ni cina yg pegang
Sbb bila CNY, semua katup bisnes/kilang/kedai etc sbb busy nk raya
So ms ni la pekerja2 sume bleh merayap sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 01:00 PM | Show all posts
nak chill2 je this week koser buang masa atas jalan

lagipun resort iols penuh, so i tak balik lah menyemakkan keadaan.. bior staf2 je lah handle customer
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 01:26 PM | Show all posts
Federal highway laju pagi ni yahooooo
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 20-1-2023 09:18 AM
wahai perantau2 di kota
pulanglah ke desa berhari raya..........

Hahaha...terjangkit sekali ke? Kes semalam kwn iols bukak lagu raya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 20-1-2023 10:27 AM
Anak iols dah balik semalam.
Naikkan bas chattered je dari sekolah.
Terus sampai pit stop. Si aya ...

Untung la...yg kena ambik sendiri ni silap2 boleh layan movie atas jalan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 02:54 PM | Show all posts
iman_kasih replied at 20-1-2023 02:50 PM
Hahaha...terjangkit sekali ke? Kes semalam kwn iols bukak lagu raya..

spotify iols hr ni tiba2 masuk lagu black dog bone cahaya di aldilfitri



owh ya jatt ada nyanyi kt gv sbb iols pilih mixtape GV all
no wonder laaa

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 02:56 PM | Show all posts
ibu_haritz replied at 20-1-2023 10:31 AM
iols amik anak kt asrama smlm..nasib dkt je kt Kuala Selangor..tu pun dah start jem dgn panas berd ...

treler terbabas ni la kot yg driver dgn kelindan tu rentung

ada thread td
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ibu_haritz replied at 20-1-2023 10:31 AM
iols amik anak kt asrama smlm..nasib dkt je kt Kuala Selangor..tu pun dah start jem dgn panas berd ...

Tu la..dak2 serama semalaya balik semalam. Ingatkan negeri2 A je balik semalam..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.134531 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list