View: 15222|Reply: 126
|
"Knowledge Is Power And She Has It"-Bekas Peguam Perjelas Legal Taktik Puteri Sarah
[Copy link]
|
|
Puteri Sarah rasa ringan satu beban selepas failkan penceraian sebelum dia berangkat menunaikan ibadah umrah pada 26 Januari nanti.
“Alhamdulillah syukur, semuanya selesai difailkan, rasa lega, satu beban yang telah dilepaskan sebelum saya pergi umrah, lagi sepuluh hari dan semoga nanti tenang-tenang sahaja.
”I am very strong, I have my family, I have Allah dan paling penting I have my kids.
”Saya reda apa yang terjadi, yang penting saya dah failkan,” katanya kepada XTRA.
Foto: IG
Sementara itu perkongsian bekas peguam yang dikenali sebagai @reinalum di TikTok turut mendapat perhatian ramai pihak.
Dia tampil mengulas mengenai legal taktik yang diambil Puteri Sarah berhubung kes rumah tangganya.
Menurutnya, permohonan cerai yang difailkam Puteri Sarah adalah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 iaitu, untuk permohonan talak dan ia sebenarnya adalah cara yang betul untuk menuntut talak walaupun individu tersebut adalah lelaki.
Tambahnya lagi, kuasa talak tidak hanya pada lelaki bahkan, perempuan juga boleh membuat permohonan talak dengan syarat, individu tersebut perlulah memaklumkan kepada mahkamah apakah masalah yang berlaku dalam rumah tangga dan sebab mengapa individu tersebut tidak berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka.
“Saya rasa Puteri Sarah really go all out on this one sebab dia ada banyak sangat point dan saya rasamahkamah tidak akan paksa dia untuk fix the situation.
“Dan point Puteri Sarah untuk tidak rela bermadu, berpoligami tanpa kebenaran dia, mahkamah, kelaurga, That’s a pretty strong point,” jelasnya.
Manakala, berita mengenai tindakan Puteri Sarah untuk meneruskan saman terhadap Ira Kaza termasuklah ‘jail sentence’ dilakukan adalah berpandukan prinsip aktres berkenaan dan bukannya kerana duit semata-mata.
“Dekat sini, mesej puteri Sarah sangat jelas iaitu ‘don’t mess with me’,” ujarnya.
Reina turut menjelaskan tentang status perkahwinan pengarah sensasi itu dengan isteri keduanya di Thailand sama ada ia sah ataupun tidak.
“Mengikut undang-undang, walaupun isteri pertama tidak tahu dan keluarga suami juga tidak tahu, asalkan cukup syarat, maka perkahwinan itu sah dari segi syarak.
“Dan walaupun isteri pertama dan keluarga boleh membantah perkahwinan tersebut, tapi kalau mahkamah dapat tahu yang suami isteri tersebut sudah bersama, mahkamah still boleh override bantahan mereka dan masih boleh daftarkan perkahwinan mereka secara sah di Malaysia untuk kebaikan pasangan yang baru berkahwin,” katanya.
Berdasarkan taktik undang-undang mengenai isu Syamsul cuba menyalahkan Puteri Sarah berkenaan isu tidak balik rumah dan bawa anak-anak berjalan tanpa kebenaran adalah berkemungkinan, dia mahu menetapkan asas bahawa Puteri Sarah sudah nusyuz.
Namun, dia memuji tindakan Puteri Sarah apabila tampil memberikan komen balas mengenai video yang dimuat naik oleh suaminya sekaligus menyifatkan aktres itu sebagai ‘fighter’.
“Reply Sarah kepada video Syamsul secara jujurnya dan ini adalah pendapat peribadi saya, Sarah is a fighter an the elegant queen. Sebab informasi yang dia bagi hanyalah untuk menyangkal tuduhan Syamsul dan knowledge is power and she has it,” tambahnya. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Sikit jer silap dia..patut dia dh truskan fail cerai tuh..sb bila ko pung pang kat media, tuh beri ruang pd si jantan xguna tuk guna alasan nusyuz
Tp xpeelah...dh jd kan..go go gurl...dont waste another 4year times...ko dh pun buang masa 4thn |
|
|
|
|
|
|
|
Lol dari haritu tgk dia ni update pasal jakel kebakaran dia kata jakel tu takkan la cukup lengkap dokumen nak claim insurance
Dari situ boleh nampak knowledge is power dia ni bahahaha apek towing kete eksiden pun gelak gelak sambil minum dengan token workshop dan abang insurance pakai tie hahaha
Poweerrrrr angat knowledge awak |
|
|
|
|
|
|
|
dia pung pang tu nk bg samsol tu bersuara je
kalau tak sampai sekarang diam tak berkutik
tak mengaku dah kawen, still block bini
tak balik2 setahun, celah mananya nk failkan cerai
mah mahkamah no pos surat pun tak tau nk hantar mana
sampai kerepot la dia kena tggu
|
|
|
|
|
|
|
|
IzzahF replied at 19-1-2023 11:58 AM
dia pung pang tu nk bg samsol tu bersuara je
kalau tak sampai sekarang diam tak berkutik
tak menga ...
Kes block tuh bukti2...ko simpan bukti ko kena block, tiada usaha dr jntan xguna, so ko nk mintak cerai..ko nk tunggu si samdol tuh lafaz mmg taklah..dh trang2 dia nk torture mental..btw ms nikah kan ada lafaz taklik..dh setahun xdpt nafkah ko dh boleh tuntut cerai..xpyh nk tunggu tuh lafazzzzz. Duit bnyk, suruh jer lawayee tuh jalankan tngjwb |
|
|
|
|
|
|
|
banyak betul thread die nih yer..
kalau sotry ajah kome dah bising dah byk beno threadnye...
|
|
|
|
|
|
|
|
kan ada perintah injunksi tu, kalo terus g fail cerai sebelum 2 ekor tu ngaku kawen rugila dia
kan menjadi plan dia. todek punya todek akhinya mengaku jua, maka mmg boleh disumbat si IK ke penjara
dah settle semua baru la dia fail cerai. kalo tak semua kena kat muka dia balik
tu sbb SY tu drag bertahun2 nk bg PS hilang kesabaran
org kalo dah benci mcm tu la
|
|
|
|
|
|
|
|
time ni la wartawan cari nk cari makan
|
|
|
|
|
|
|
|
Macik rasa yang power tu MONEY
Macik simpati dekat para2 ibu dan isteri yang bersidai dekat mahkamah syariah
Komer pergi ler menengok
Hari2 ada aje bersusun warga hawa ni
Bila masuk bersidang
Hakim kata wajib bawa lawyer
Hmmm
Mana lah dorang ni mampu nak hore lawyer
Nak assign lawyer singgit tu kena pegi mengadap HQ yang beza daerah
Cuba banyak duit macam PS
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 my sister boleh jumpa dia sbb dia pun berangkat ke Mekkah pada 26 jan |
|
|
|
|
|
|
|
kan....da keluar gua baru senyap balik...good job PS...tapi lepas ni kalau ada reporter or mina bungkus nak cucuk nk korek rahsia...jawab je lagi kes mahkamah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bolehla tambah ilmu dari kes diorang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni betul sangat. Kebanyakan perempuan yang jadi mangsa mcm ni bukannya tak mau fight. Tapi duit yang tak ada untuk hire layer. Kalau drag..lagi la lama guna duit. Last2 ramai yang jadi mangsa ketidak adilan. Nak tau jugak..kalau kes mcm ni ada peguam pro bono tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
aku suka dengar si raina ni bercakap. opinion dia on both sides and tak influenced by personal emotion |
|
|
|
|
|
|
|
Apa reina ckp betul lah tu. Dari legal point of view kan.
Sarah memekak kat social media pun taktik juga untuk sol keluar dari gua.
So yeay. PS 1. Sol 0 |
|
|
|
|
|
|
|
msdummy.2018 replied at 19-1-2023 11:53 AM
Sikit jer silap dia..patut dia dh truskan fail cerai tuh..sb bila ko pung pang kat media, tuh beri r ...
Tu masalahnya bila suami dh jd suami demand kasih syg dr isteri..cuba masatu jgn syg suami sgt2... Xdela nk bg peluang dh |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn over konfiden sgt dik,
anything can happen kat dlm bilik bicara tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak jugak you. Ramai je kenkawan ai yg berduit, tetap kena sidai kat mahkamah. Makan tahun. Contoh terdekat is bekas bini anak arwah Naza tu. Family ex-bini pun berduit. Berlawyer . Tapi tetap bersidai. Ini yang buat aku marah dgn sistem mahkamah syariah. Dan tengok la mcm mana ostad2 jantan (dan ostazah2 jugak) yang dok feed dlm ceramah bab hukum bini mintak cerai tanpa menerang dan mengupas dgn lebih dalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
IzzahF replied at 19-1-2023 12:09 PM
kan ada perintah injunksi tu, kalo terus g fail cerai sebelum 2 ekor tu ngaku kawen rugila dia
kan ...
Hm betul jugak kan. Baru paham taktik dia |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka dgr lawyer ni explain.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|