CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1370|Reply: 20

Tiga Tahun Terkurung- Warga China Nak Pindah, Beli Hartanah Di Thailand, Malaysia, Singapura

[Copy link]
Post time 16-1-2023 09:22 AM | Show all posts |Read mode
BEIJING – Ejen-ejen hartanah dan pakar imigresen menerima lonjakan pertanyaan daripada warganegara China mengenai prospek pembelian kediaman di Thailand, kondominium di Malaysia dan pejabat di Singapura, selepas tiga tahun mereka terperangkap di rumah akibat sekatan Covid-19, lapor akhbar South China Morning Post (SCMP).


Selepas pemerintah memansuhkan kebanyakan sekatan dasar sifar Covid dan membenarkan rakyatnya pergi ke luar negara, ramai daripada warga China kini bersedia untuk melanjutkan rancangan pembelian hartanah selepas dihentikan akibat pandemik.


Menurut pengasas Transform Borders, Sulochana Uthirapathi, dia menyedari terdapat peningkatan pertanyaan daripada warga China yang merancang untuk berpindah ke Singapura bulan lalu.




Foto: Kosmo




Bercakap kepada program televisyen This Week, Uthirapathi berkata, firma yang mempunyai kepakaran dalam hal imigresen di Singapura itu menyaksikan peningkatan sebanyak 30 peratus dalam pertanyaan berhubung perkara berkenaan.


“Kebanyakan daripada mereka adalah individu berpendapatan tinggi yang ingin berpindah ke Singapura.


“Bagi memindahkan keluarga mereka ke sini, satu cara adalah dengan menubuhkan pejabat keluarga, tetapi mereka juga mempunyai anak yang ingin datang ke sini untuk belajar,” katanya,


Sementara itu, sektor hartanah di Malaysia dijangka melonjak selepas pemansuhan dasar sifar Covid China kerana pemain industri menantikan kedatangan rakyat negara itu untuk memacu jualan.


Seorang perunding hartanah daripada Keller Williams Malaysia, Fifi Syafiza berkata, keputusan pemerintah China menarik balik larangan perjalanan membawa kepada urus niaga yang rancak kerana rakyatnya bergegas memuktamadkan pembelian hartanah di Malaysia.


“Minat itu sentiasa ada, tetapi disebabkan larangan perjalanan sebelum ini, mereka menangguhkan pembelian,” katanya kepada This Week.


Pembeli dari tanah besar China membeli hartanah bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM8.67 bilion) di Malaysia pada 2018.


Menurut Fifi, maklum balas segera daripada pembeli sejak sekatan perjalanan ditarik balik menunjukkan bahawa mereka boleh menjangkakan minat akan meningkat pada bulan-bulan akan datang.


Dalam pada itu, di Thailand, jualan kondominium diramal meningkat apabila pembeli dari China kini kembali ke negara itu.


Memetik laporan media tempatan, SCMP berkata, terdapat peningkatan dalam pertanyaan mengenai sekolah antarabangsa dan rumah persaraan di Thailand. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia..selamat datang ke malaysia sepet..nnt jd majoriti lah diorg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 09:38 AM | Show all posts
kalau malaysia boleh tarik warga china yg billionaire, ape salahnya?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 09:57 AM | Show all posts
boleh ler buat sales balik Forest City..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 16-1-2023 09:34 AM
Tu dia..selamat datang ke malaysia sepet..nnt jd majoriti lah diorg ni..

Org cina sini pun tak suka depa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 11:04 AM | Show all posts
rumah warga asing didahulukan, rakyat tempatan dibiarkan setinggan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2023 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
tak takut kena 'tindas' ke???
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Telur, durian, ayam, ikan etc dijual ke luar negara. Sekrg rumah pun mau kasi org luar beli.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 11:24 AM | Show all posts
shamsadis replied at 16-1-2023 11:04 AM
rumah warga asing didahulukan, rakyat tempatan dibiarkan setinggan

no money no talk to my hand
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 11:46 AM | Show all posts
sebab DAP kah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 11:51 AM | Show all posts
Developer di Malaysia tersenyum..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit bnyk pi la negara lain. Nak gak msia thailand spore bagai. Semak
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Highflyer19 replied at 16-1-2023 10:27 AM
Org cina sini pun tak suka depa...

Skg tak.suka lah..bila dah assimilate nnt, masa tu majoriti lah

Sama mcm melayu, tak suka indon tp elok je duk gi kedai aceh, kawin indon.tu yg ada yg bangga bgtau ada dna aceh la jawa la...tu blum lg yg dna bangla, paki, myanmar
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu buat kepala depa kt sini...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 02:00 PM | Show all posts
lepas ni orang Malaysia pakat pindah negara luar
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 02:06 PM | Show all posts
Pembeli dari tanah besar China membeli hartanah bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM8.67 bilion) di Malaysia pada 2018.

Dorang datang with money, orang tempatan cuma tau menadah subsidi so yang mana pilihan hati? Jawab lah sendiri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokey forest city tersenyum lebar
Bangsa johor tersenyum kelat
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kah China kenakan sekatan pernah kenakan sekatan dr bawak wang depa keluar utk beli hartanah diluar negara...adakah dasar ini telah diubah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 04:15 PM | Show all posts
Pastu berak merata-rata..tak paham sepatah haram bm tapi dapat ic biru..pastu bawak kaum kerabat sampai jadi majoriti..pastu leh conquer malaisiyaaa...ho yeah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemaju2 bertepokk tangan sambil projek perumahan jota2 target ummah negara terpaling suka melabor merata2 ini bakalan tumboh bak cendawan. Harga rumah bakalan meroket lagik sambil ummah ibu pertiwi hanya mampu kecur air liuq jahhh melihat rumah mampoo tengok ittew terutama di Johor dan Pulau Pinang yachhhh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047125 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list