View: 1861|Reply: 21
|
Dakwa Pegawai Imigresen Sorok Gambar Suami, Isteri Rayu PM Bantu Cari Wartawan Pakistan Hilang
[Copy link]
|
|
Isteri wartawan Pakistan, Syed Fawad Ali Shah merayu bantuan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim campur tangan dalam kehilangan suaminya.
Wanita dikenali sebagai Syeda itu turut merayu kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang ramai dan pihak berkuasa di negara ini membantu mencari suaminya yang hilang sejak 23 Ogos lalu.
Isteri wartawan hilang, Syeda ketika bercakap pada sidang media mengenai misteri kehilangan suaminya wartawan dari Pakistan Syed Fawad Ali di Menara Sentral Vista, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 DISEMBER 2022.
“Saya sedang melalui fasa kritikal dalam kehidupan saya. Saya memohon bantuan daripada Perdana Menteri, NGO dan orang awam untuk mencari suami saya.
“Kesihatan fizikal dan mental saya amat terjejas sehingga mengalami keguguran kerana risaukan dia, jadi tolong bantu saya,” katanya pada sidang media bersama peguamnya, Waytha Moorthy di sini hari ini.
Menurut Syeda, suaminya tidak dapat dihubungi dan tidak membalas semua mesej pesanan ringkas yang dihantarnya.
“Saya kemudiannya menghubungi rakan baiknya dan diberitahu bahawa Fawad ditahan polis dalam sekatan jalan raya.
“Susulan itu saya datang ke Malaysia pada 19 Disember lalu dan dua hari kemudian pergi ke Balai Polis Daerah Brickfields untuk mencari Fawad.
“Polis menunjukkan laporan penangkapan suami saya pukul 9 malam oleh Jabatan Imigresen dan meminta saya pergi ke Imigresen Putrajaya,” katanya.
Jelasnya, dia telah pergi ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya pada 23 Disember lalu, namun pegawai agensi itu memberitahu, suaminya telah dihantar pulang ke Pakistan.
“Saya ada nampak gambar suami berpakaian berwarna ungu gelap di pejabat jabatan itu, namun pegawainya tiba-tiba menyembunyikan gambar berkenaan. Pegawai itu kemudian kata saya lambat dan suaminya sudah dihantar pulang ke negara asal.
“Bagaimana pihak berkuasa menghantar suami saya pulang tanpa memberitahu saya dan keluarga? Saya juga minta untuk tunjukkan butiran nombor tiket dan dokumen penerbangan suami tetapi ia tidak dijawab,” katanya.
P. Waytha Moorthy ada sidang media mengenai misteri kehilangan wartawan dari Pakistan Syed Fawad Ali di Menara Sentral Vista, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 DISEMBER 2022.
Sementara itu, Waytha berkata, Malaysia yang juga merupakan ahli PBB harus mematuhi semua prinsip hak asasi manusia.
“Kerajaan mesti menyatakan sama ada ia akan mematuhi kewajipan antarabangsanya untuk menghormati Konvensyen Pelarian 1951,” katanya.
Fawad, 41, pemegang kad suaka UNHCR memohon perlindungan sebagai pelarian daripada agensi itu kerana mendakwa ditindas di Pakistan akibat beberapa artikel diterbitkan dalam akhbar-akhbar berkaitan isu rasuah kerajaan Pakistan.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
menarik kes ni...apa cerita sebenar, suami dia mmg dah dihantar pulang atau immi menipu |
|
|
|
|
|
|
|
Matilah kamu jika ada unsur jenayah dalam kes ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau twider tu dia, boleh tahan. Patut la wanted di Pukistan.
Selamba ja dia kutuk Zakir tewowis Naik. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau darah2 kelly ng yg bercakap mesti ada unsur2 belit cerita. Aku lg percaya imi |
|
|
|
|
|
|
|
tah2 dah sampai sana kena benam dgn gomen sana pulak. dah katanya wanted kt sana jugak. tp yela tunjukkan la bukti mcm yg bini dia mintak. kalau x jadi sus jugak la belah malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
tp dia ada UNHCR. boleh meh malaysia hantar dia balik? tah2 wanted jugak kt malaysia. gomen nyampah je pastu hantar balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Balik jela negara asal.. Masuk malaysia dok sini mcm2x hal buat... Baik dok negara asal... Sini ko lebih2x takdenye org nak layan |
|
|
|
|
|
|
|
Syeda tu rakyat malaysia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kad unhcr dan malaysia jadi pilihan? Nape tak gi bangkok ke? Australia, uk, scandinavia sana?
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 30-12-2022 07:36 PM
Ada kad unhcr dan malaysia jadi pilihan? Nape tak gi bangkok ke? Australia, uk, scandinavia sana?
udah Msia Boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
gambar tu laki dia ke?
camna dia rayu kt dsai tu ye? i pun ada benda nk ngadu kt pm..dia email ke apa..kalau email dsai sempat ke baca |
|
|
|
|
|
|
|
asal bermasalah je dtg malaysia.. pergi lah mintak suaka kt singapore ke.. indon pun boleh. sini dah jd lambakan pendatang |
|
|
|
|
|
|
|
Tolonglah malaysia… tolonglah buat sesuatu ttg apa2 berkaitan unhcr.. ms ismail sabri jd pm hari tu.. krjn dah maklumkn nak tutup pejabat unhcr.. mcm mn perkembangannya skrg ni.. selagi pejabat tu masih ada kat malaysia ni, selagi lah pati2 ni akan dtg ke ngr kita kononnya di bwh unhcr. At least bila bangunan unhcr tu dah takde, diaorg dah tak blh memohon lagi |
|
|
|
|
|
|
|
ada tak yg pad wanitanya ilang suh PM tolong
sikit2 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
P. Waytha Moorthy- dia ni ke yg bawa bomoh tak m andi tu ke dewan parlimen
asal ada bangsa ni je huru hara negara kita di buatnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun selalu email .. facebook ... telefon pej pm tp diwho are yusskan jahh.. hohoho.. |
|
|
|
|
|
|
|
suka bebeno pakistan dengan malaya
keeee macam kes jurnalis mana entah
masuk kedutaan tak keluar2 dah |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 30-12-2022 07:36 PM
Ada kad unhcr dan malaysia jadi pilihan? Nape tak gi bangkok ke? Australia, uk, scandinavia sana?
byk jugak yg jadikan msia ni transit… duduk Msia 10 tahun as refugees…pastu pindah ke negara lain pulak mcm Australia atau NZ as refugees jugak. pastu senang2 terus dapat citizenship |
|
|
|
|
|
|
| |
|