View: 2630|Reply: 35
|
Calon PhD Dituduh Palsukan Kelayakan Akademik Hanya Kerana Berwajah Cantik
[Copy link]
|
|
Seorang calon ijazah doktor falsafah (PhD) berasal dari China menerima kritikan ramai apabila didakwa memalsukan kelayakan akademiknya hanya memiliki kerana paras rupa yang cantik.
Kate Zhu Wenqi, 28, mendapat perhatian umum di media sosial di negara itu selepas berkongsi gambar menerima ijazah sarjana keduanya, pada Mac lalu.
SCMP
Perkongsian gambar terbabit dilihat oleh lebih 160 juta orang.
Menurut pengguna Weibo di China, Zhu mungkin memalsukan kejayaan akademiknya yang mengagumkan dalam matematik di Universiti Oxford, United Kingdom, kerana penampilannya dilihat tidak sesuai dengan imej tipikal 'ulat buku'.
South Morning China Post pula melaporkan, kempen buli dilancarkan oleh mereka cemburu dengan pencapaian Zhu yang turut gemar berkongsi gambar gaya hidupnya yang suka berseronok.
Pengikutnya sering diberi gambaran mengenai hobinya mengembara, berdayung, mendaki, bermain golf dan menunggang kuda.
Beliau sebelum ini memperoleh ijazah sarjana pertamanya sebelum bekerja di bank JP Morgan dan Goldman Sachs di Hong Kong sebelum melanjutkan pengajian untuk ijazah sarjana kedua di Universiti Oxford.
Wanita itu menamatkan pengajian itu pada Mac tahun ini dan kini melanjutkan pengajian pada peringkat PhD dalam bidang Matematik.
Minggu lalu, Zhu mendakwa mengalami tekanan emosi sejak setengah tahun lalu, tetapi ditanganinya melalui galakan dan sokongan orang lain.
SCMP
"Adakah mengambil swafoto bermakna orang itu lemah dalam belajar? Sudah tiba masanya untuk memecahkan stereotaip ini.
"Saya cuma nak cakap selagi stereotaip itu wujud, ia harus disingkirkan," katanya.
Di sebalik kebencian diterimanya, beliau turut mendapat banyak mesej sokongan untuk menamatkan pengajian.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Macam ni standard cantik china?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau berdasarkan gambar di atas, logik ja. Takde lak mustahil untuk sambung PhD muka gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha
Masa baca berita ni kat Google, aiol dah hagak ni kalau masuk Cari ni matilah kena kutuk gambaran 'cantik' tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Typical muka cina bukit di tanah air jah..
Lawa lagi Dr Soo wincci |
|
|
|
|
|
|
|
JP Morgan dgn Goldman Sach... Bukan kecik2 anak punya bank... |
|
|
|
|
|
|
|
ohh yg gambar first tu takda filter... Okaaayy
Menurut pengguna Weibo di China, Zhu mungkin memalsukan kejayaan akademiknya yang mengagumkan dalam matematik di Universiti Oxford, United Kingdom, kerana penampilannya dilihat tidak sesuai dengan imej tipikal 'ulat buku'.
Ye ke? Takda over sangat pun canteknya, btw pengomen2 Weibo masih hidup thn 1822 ka?
Hedy Lamarr pencipta wi-fi yg kita pakai sekarang lagi cantek dan lebih genius... lg lah takda rupa stereotaip ulat buku langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
rupa gini melambak kat UTAR tu weh
|
|
|
|
|
|
|
|
Gini je standard cantek di PRC? Sedihhh
But nevermind sheols brainy so flip hair sajahhh |
|
|
|
|
|
|
|
matamata replied at 30-12-2022 06:50 PM
JP Morgan dgn Goldman Sach... Bukan kecik2 anak punya bank...
Asalkan tak jadi tealady mcm yana.
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 30-12-2022 06:54 PM
ohh yg gambar first tu takda filter... Okaaayy
Filter berlapis2 + anime gak ke? Belum lagi rennovate muka
|
|
|
|
|
|
|
|
xcantik langsung..lebih kurang muka kita kita marhaen ini jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik celah manaaaa.. cantik lagi amoi kedai rambut kat puchong ni |
|
|
|
|
|
|
|
jika awak tak mau saya mau
cantik pe
|
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind replied at 30-12-2022 08:41 PM
jika awak tak mau saya mau
cantik pe
Tak nak!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|