CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4862|Reply: 70

2 Tahun Tak Solat, Sentuh Anak Isteri Sebab Rasa 'Kotor'

[Copy link]
Post time 27-12-2022 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Dua tahun tidak boleh menyentuh anak dan isteri kerana merasakan ‘tidak bersih’ bahkan, tidak dapat menunaikan solat disebabkan was-was terdapat najis di badan yang boleh menyebabkan ibadah tidak sah.


Malah, Mohd Shafik Ibrahim, 35, juga tidak berupaya melangkah kaki ke surau atau masjid untuk solat berjemaah kerana mengesyaki ada najis di kaki yang akan mengotori masjid sehingga mengakibatkan ibadah orang lain terkena tempias dan tidak sah.


Penderitaan dialami bapa anak satu itu, susulan kecelaruan obsesif-kompulsif (OCD) yang menjejaskan rutin hariannya terma­suk tidak dapat be­kerja ‘memaksa’ isterinya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaganya.




Gambar hiasan




Pekerja swasta itu berkata, pada mulanya dia mengalami gejala dan simptom sejak 2019 dan kemudian didiagnosis sebagai pesakit OCD setahun kemudian selepas bertemu doktor.


Ujarnya, ia bermula apabila dia mendalami ilmu agama terutama bab fekah berkaitan penyucian dan kebersihan, namun berlaku sedikit kekeliruan menyebabkan dia sentiasa berasa bimbang ibadah yang dikerjakan tidak sah.


“Sampaikan saya mandi pun akan mengambil masa lama, tidak seperti orang lain iaitu dari setengah jam ke satu jam dan seterusnya mencapai purata empat atau lima jam sehari.


“Rekod paling lama ialah dari pukul 12.30 tengah hari hingga 10 malam kerana saya merasa tidak puas kerana masih bernajis.


“Apabila saya basuh, saya merasakan air merecik ke lantai dan terkena kaki jadi ia berulang-ulang,” katanya kepada Kosmo!.


Ceritanya, OCD itu menyebabkan dia tidak boleh menyentuh isteri dan anak, malah tidak berupaya untuk mencuci dan menukar lampin pakai buang kanak-kanak tersebut kerana dianggap kotor bernajis.


“Saya tidak dapat bekerja dan kalau hadir pun akan ada di pejabat dan tidak boleh keluar, sedangkan tugasan hakiki saya perlu pergi ke lapangan. Bayangkan, saya basuh stereng kereta kerana merasakan kotor bernajis.


“Itu tidak termasuk dua tele­fon bimbit saya rosak kerana dibasuh dan saya pernah membasuh komputer riba milik syarikat tapi mujur tidak rosak.


“Hendak balik kampung di Terengganu pun tidak mahu ke­rana ada tahi cicak di rumah ibu menyebabkan saya tidur di chalet,” ujarnya.


Situasi bertambah buruk apabila penyakit itu juga menyebabkannya baran dan mengamuk jadi, dia akan berpesan lebih awal supaya isteri dan anak menjauhi dirinya ketika itu.


“Sudahlah saya berkahwin dan menunggu empat tahun untuk dikurniakan zuriat. Apabila dapat rezeki anak, saya tidak boleh menyentuh dan memegangnya kira-kira dua tahun malah jika dia cuba mendekati, saya minta isteri mengambilnya,” katanya.


Dalam pada itu, ujarnya, kea­daan kini semakin pulih selepas dia mengambil keputusan bertemu doktor, malah dia turut dipindahkan oleh majikan syarikat ke cawangan di Terengganu untuk meneruskan kerja di sana.


Seorang lagi pesakit, Azizun Mohd. Izak, 38, menceritakan, dia didiagnosis OCD termasuk pe­nyakit mental yang lain seperti an­xiety, bipolar dan kemurungan pada 2020 iaitu selepas terkena strok.


Katanya, antara penderitaan penyakit OCD yang dialaminya iaitu mandi dalam tempoh lama, kerap basuh tangan berulang-ulang selain mengambil masa berjam-jam untuk solat.




Gambar hiasan




“Saya mandi lima jam kerana merasakan badan tidak bersih, kerap basuh tangan berulang-ulang selain menyusun kasut dan baju juga perlu dilakukan banyak kali sehingga puas hati.


“Ambil air sembahyang sampai satu jam dan ibu risau saya berada lama di bilik air. Hendak menunaikan solat juga mengambil masa satu jam kerana saya was-was dengan bacaan dan mengulanginya sampai saya puas hati,” katanya.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2022 10:47 AM | Show all posts
ADHD ke....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
eragon replied at 27-12-2022 10:47 AM
ADHD ke....

OCD sis. Akak nak taip satu ayat je sis tapi akak terpaksa panjangkan tambah ayat lagi sebab forum tak bagi akak reply sikit2 sis.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 10:53 AM | Show all posts
pooh~key replied at 27-12-2022 10:50 AM
OCD sis. Akak nak taip satu ayat je sis tapi akak terpaksa panjangkan tambah ayat lagi sebab forum ...

oh yer OCD. kalau ADHD more to perfectionist.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Adhd often disorganised. OCPD kot yg u nak cakap tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 11:07 AM | Show all posts
adhd pulok
dh terang2 tulis ocd

anyway...kesian sgt2 dgn dorg yg ada ocd ni
pnh tgk rancangan tv psl ni
ocd dia xblh nmpk kotor
asyik nk menyental je kejenya
toilet, dapur, kabinet, sofa
ape jgk lah dlm rumah dia

tp yg menariknya i sebalik ocd yg jenis pembersih ni
rumah tahap bersih dia, tip top ya
cuma tu lah dorg jadi letih, mentally, physically

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2022 11:22 AM | Show all posts
ni penyakit apa, mcm OCPD je
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 11:28 AM | Show all posts
kesian nya.....
penyakit mcm ni boleh pulih ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2022 12:30 PM | Show all posts
Muhammad bin Idris al-Syafii senyum sinis

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
bulanbulat replied at 27-12-2022 10:59 AM
Adhd often disorganised. OCPD kot yg u nak cakap tu

OCPD tu bukan pangkat dlm polis ke.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 12:38 PM | Show all posts
kesian juga,

kt opis aku ada sorang jenis pembersih, nak berak, kena cangkuk atas toilet duduk tu...

aku rasa diorang ni kena banyak berkawan dgn medical attendat dan nurses hospital kerajaan, bg diorang dgr cerita, basuh berak, kencing darah pesakit,

oh ye pernah juga dgr orang solat baca alfatihah ulang2 sesetengah ayat, dah la baca agak kuat, orang dgr,

ada ustaz cakap ni penyakit was2 atau cuba mendapat kan solat paling khusyuk,

ustaz tu cakap,  kalo korang igt bacaan, igt  rakaat keberapa, tak igt kerja, tak igt benda lain selain solat,  kira dah khusyuk ..

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
OCD obsessive compulsive disorder. Kesiannya lahaii. Pnh tgk doku omputih dia kumpulkan org ocd pembersih ni utk prgi brsihkan org yg pengotor/hoarder.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh je pulih, dulu waktu budak darjah 4, aku pernah ada penyakit ni. Waktu tu aku tak tau ada ocd tapi lepas baca pengalaman bro ni, aku rasa simptom yg lebih kurang sama, tapi takde la sampai tahap mandi 5 jam. Aku cam suka bersihkan beg sekolah kasut, belek buku sekolah lap2 buku, tengok kerja sekolah siap berulang kali. Bila hujung minggu waktu cuti aku akan cuci kasut, letak kapur banyak2 walau kasut dah putih bersih pas dicuci. Cam x leh nampak ada kotoran atau bekas hitam lama kat kasut tu. Lepas tu lama kelamaan aku malas nk peduli dah semua benda tu bila sibuk dgn aktiviti2 sekolah. Mungkin ada ocd dulu sebab aku tertekan dgn cikgu sekolah yg nak anak murid serba serbi pandai dan rajin. Dulu2 ada buat rekod siap ke tidak kerja sekolah, mak bapa kena sign buku rekod yang kecil tu tanda anak dah buat kerja sekolah. Aku stress akibat perkara tu, kerja sekolah semua cikgu bagi banyak, anak murid nak gi tuisyen lg petang, jangan ingat murid2 tahun 90 an takde stress. Aku rasa sebab stress kat sekolah tu mula la simptom2 tu wujud. Alhamdulillah bila naik darjah 5, tetiba tak payah dah buat buku rekod sign bagai tu. Kelas pun dh takde cikgu math yang garang cam singa tu. Masa tu macam kementerian atau sekolah ni ada buat sistem baru seolah2 experiment.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 12:55 PM | Show all posts
ni baru betul2 OCD...ni ramai self claimed OCD padahal hanya pembersih or pengemas or perfectionalist...OCD ni penyakit was2 yang ko akan buat ulang2 sehingga ko puas hati walaupun terpaksa berkorban masa (takes hours) atau tenaga atau komitmen lain (cth kerja), which is not done by org normal...at the end ko akan menangis sbb tak capai2 kepuasan hati tadi dan mengamuk...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
eragon replied at 27-12-2022 02:53 AM
oh yer OCD. kalau ADHD more to perfectionist.

Bukan. ADHD more to hyperactivity and uncontrollable impulsiveness.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 27-12-2022 04:47 AM
boleh je pulih, dulu waktu budak darjah 4, aku pernah ada penyakit ni. Waktu tu aku tak tau ada ocd  ...

Ni bukan OCD. PTSD kot disebabkan ko trauma dengan sekolah/cikgu membuatkan ko develop habit baru. Lama2 bila dah dapat cope, ko abandon habit tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2022 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
OCD ni sejenis sakit mental... Org yg bangha sgt die ade OCD maknenye die nak bgth diri die ade sakit mental.. Kekekeke
Kene berubat.. Kat negara western depa buat operation pasang bateri..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca thread ni dgn serius tp terketawa plak sbb ada duk tnaya sama dgn pangkat polis plak

Aku pernah tengok video orang OCD tu dia nak keluar rumah tp sbb dia was2 kan so bukak katup pintu rumah 7-8 kali baru sheols yakin pintu rumah tertutup elok...

Allahu Akbar
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh teruk nya baca both cases OCD tu.. lebih baik mati sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 01:36 PM | Show all posts
eragon replied at 27-12-2022 10:53 AM
oh yer OCD. kalau ADHD more to perfectionist.

pun salah

cuba lagi!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.263586 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list