CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3577|Reply: 64

Mangsa Banjir Marah Dan Kecewa, Gesa Menteri Besar Terengganu Pulang Bercuti Dari Luar Negara Segera!

[Copy link]
Post time 22-12-2022 08:15 AM | Show all posts |Read mode
DUNGUN: Mangsa banjir di beberapa kawasan di daerah ini menggesa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turun padang melihat bencana buruk yang sedang dihadapi mereka.


Rata-rata penduduk yang terlibat melahirkan rasa marah dan kecewa apabila Menteri Besar itu dikatakan sedang bercuti di luar negara.


Salah seorang mangsa banjir yang mahu dikenali Ismail, 56, dari Paka, berkata, Menteri Besar itu juga dilihat tidak pernah turun sendiri melihat penduduk di daerah ini ketika banjir.




Foto: Utusan




“Kalau sebelum ini, banjir biasa-biasa tak apa tak turun pun, mungkin beliau pergi ke lokasi lagi teruk. Namun, ketika ini, di kawasan Kampung Nyior, Kampung Durian Mentangau, Kampung Burung Baru dilanda banjir buruk, sepatutnya beliau turun,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Seorang lagi mangsa banjir, Rozita Abdul Rahman, 45, pula berkata, menjadi tanggungjawab Menteri Besar untuk menyantuni penduduk terutamanya ketika ditimpa musibah.


“Masa rakyat susah inilah kita perlukan pemimpin untuk datang tengok. Ada pusat pemindahan yang dinaiki air dengan mangsa dipindahkan dua kali, Menteri Besar tak ambil tahu pun.


“Saya tengok hanya beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sahaja yang turun padang, namun, tidak semua kawasan mereka pergi,” katanya.


Pekerja swasta, Suhaimi Jaafar, 40, berkata, Ahmad Samsuri sepatutnya berada di dalam negeri ketika musim tengkujuh yang sememangnya menjadi kebiasaan negeri ini dilanda banjir.


“Sekurang-kurangnya kalau pemimpin utama negeri yang bertanya khabar, mungkin terubat sedikit kedukaan mangsa banjir.


“Kalau benar Menteri Besar sedang bercuti di luar negara, kami harap beliau segera pulang melihat rakyat,” katanya. –CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2022 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni dari parti mana?..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 08:33 AM | Show all posts
dah boleh join kelab menteri berjimba obersea time banjir



Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 08:35 AM | Show all posts
noor2 replied at 22-12-2022 08:19 AM
Dia ni dari parti mana?..

Perikatan Nasional
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 22-12-2022 08:35 AM
Perikatan Nasional

Lorrr...buruknya sikap pemimpin2 PN ni.....

Tq info cik Naz....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak banyak jumpa komen yang persoalkan ketiadaan MB ganu time bah besar ni. Banyak yg iols jumpa pertahankan MB depa dgn pelbagai alasan.

BTW, sokong acik ni..di kala rakyat dalam kesusahan, sokongan moral amat diperlukan lebih2 lagi dari pimpinan negeri terutamanya MB walaupun sekadar jenguk bertanya khabar. Pimpinan pusat pun dah turun dimulakan dgn ZH dan kemudian PM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2022 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya dia ni sblm g oversea tu dia dh tau ganu tu tgh banjir walaupun blm teruk lg. Dia sempat kan melawat gak tp dia tetap teruskan juga trip dia yaaa.
Lagi satu motif musim tengkujuh sibuk nk g cuti2? Iols yg marhaen ni pun sanggup tak balik kg bulan 12 ni sbb risau terkandas tetiba kat kg kalau banjir besar ke apa.
Padahal Pahang masih terkawal lagi tp kita kan leh jangka apa2 pun. Mcm tahun lepas laa iols balik kg dlm 16/12 tu tak penah menyangka esoknya terjadi banjir yg dasat  hingga menyebabkan byk jalan utama di tutup.
Terbelah sana sini jln, air sungai plak melimpah atas jalan.
Terpaksa pusing ikut jln jauh, biasanya 3 jam je perjalanan sudahnya jd lama sampai 8 jam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 08:57 AM | Show all posts
time2 rakyat bertarung nyawa boleh dia pegi berjimba ek
xde rasa empati langsung apatah lagi rasa tanggungjawab
patut dibaling dgn tahi khinzir je dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2022 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingatkan MB Terengganu ni cukup bijak utk anticipate kesan akibat  ke NZ di musim banjir.

Tapi rupa2 dia bodoh jugak.

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 09:12 AM | Show all posts
dah banjir, MB bukan bole buat ape pun percutian pn dh dirancang- walaun

tp klu parti lain mybe bunyinya agak sikit berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
iman_kasih replied at 22-12-2022 08:44 AM
Tak banyak jumpa komen yang persoalkan ketiadaan MB ganu time bah besar ni. Banyak yg iols jumpa per ...

Itu walaun dik, memang la pertahan mb mereka. Mangsa banjir mestilah geram. Kelakar jugak baca komen walaun2 semua tu, geli tekak akak menahan gelak. Gigih betul back up mb.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 09:26 AM | Show all posts
VioletsAre_Blue replied at 22-12-2022 09:15 AM
Itu walaun dik, memang la pertahan mb mereka. Mangsa banjir mestilah geram. Kelakar jugak baca kom ...

org x pertikai dia nak g bercuti tapi pilih la waktu yg lebih sesuai. Mmg la MB ada pun air x surut tapi
sokongan tu perlu n lagi pun org pilih utk berkhidmat utk rakyat tak kira masa senang @ susah. I mmg
org Ganu tapi masalah pengurusan sampah kat Ganu ni tak selesai2 lagi. Banjir ni lagin la... Rumah I banjir
selama ni pun batang hidung tok wakil x nampak kat kg tapi time nak ngundi tetiba ada . Anak Mb juga  yg dulu
kata rakyat trg ni sampah sampai skrg x ada pun Mb minta maaf.... emmm ... its time to go i think
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
MB terengganu kali ramai orang back up sbb dia punya pemerintahan tu tiptop. Antara faktor juga PN menang besar semua daerah aritu. Kubu kuat pun boleh tembus dgn PAS. Sbb 80% orang sokong PN wktu tu sebab pengurusan terengganu herlok bukan nak undi PAS sgt pun. Tapi banjir kali MB terengganu buat hal lak pulak, memang tak patut.. Tak tahu la dik non nak kata apa. Fenin pemerintah lain xsama mcm dr sam ni, cemerlang diakui walaupun dik non undi PH.. Konpius dik non bijak tapi empati kurang ke camne.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 10:23 AM | Show all posts
dia ke obesi sebab cuti ke kerja?  kalau cuti haruslah kena hencap sebab macam takde hari lain je…  dia sendiri tau yang end of the year memang musim banjir kat negeri sendiri n met pun dah bagi jangkaan kalini akan teruk…
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg pro PN siap ckp netizen meratib kecam sbb jentera da buat kje persiapan rapi sblm kejadian katanye.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 10:47 AM | Show all posts
MB dtg tgk ke, tak dtg tengok. MB pegi NZ ke pegi Langkawi ke sama shj. End year banjir di Malaysia.
Yg politicians kerabat VIP melawat ni hanya bermuka2. Penuh sgala eskot dtg sekali nak salam.
Yg penting operation bantuan banjir jalan secara efficient. Esok bila balik MB pegi la tgk dan cuci apa yg patut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2022 10:47 AM | Show all posts
Alaa apa nak heran.. kat Malaysia ni masa kejdian je hu ha kecoh lebih.. nanti tak payah lama 2-3 minggu cukup.. semua pun lupa and life goes on.  Macam zahid jadi tpm la.. elok je sekarang semua senyap je… Anwar pun dah main sentimen ni dari dulu.. elok je minggu lepas cakap no political appointment utk glc tetiba semalam cakap boleh pulak.. orang bising kejap je..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 11:33 AM | Show all posts
Kan s.u dia kata situasi banjir terkawal. Lek laa
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 12:02 PM | Show all posts
habislah lebai2 keluar dalil - walaun
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 12:08 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-12-2022 12:02 PM
habislah lebai2 keluar dalil - walaun

ingat banjir boleh surut ker kalau nampak kelibat mb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.156418 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list