Penceraian yang berlaku antara ibu dan bapa sering menjadi punca anak-anak bermasalah sehingga mengganggu perkembangan emosi.
Malah ia turut memberi kesan terhadap pergaulan dengan rakan sebaya terutama dalam kalangan kanak-kanak yang cenderung untuk meniru tanpa mengetahui kesannya.
Seperti situasi yang dikongsikan seorang guru disiplin (bahagian sahsiah murid) di sebuah sekolah di Sabah baru-baru ini, dia agak terkejut apabila menerima aduan berkaitan hubungan ranjang oleh seorang murid perempuan.
Mana tidaknya, berdasarkan aduan berkenaan, seorang murid lelaki berusia 12 tahun itu dikatakan mengajak pengadu untuk berdua-duaan di atas katil.
"Dia kata kepada budak perempuan tu ‘weh jomlah kita one by one atas katil’," demikian cerita guru terbabit.
Bimbang kejadian buruk berlaku, Noorazma Mohd Toha yang turut mengajar subjek bahasa Arab memanggil murid terbabit bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Apa yang menyedihkan adalah murid terbabit mengakui kata-katanya selain memaklumkan pernah melihat ibunya melakukan aksi ranjang.
Difahamkan kejadian berlaku pada pukul 12 tengah malam semasa dia terjaga kerana mahu ke tandas dan pada masa itu rumah lamanya jenis binaan kayu serta tidak mempunyai bilik.
Bercerita lanjut, guru berusia 32 tahun menyatakan, murid lelaki tersebut merupakan seorang yang bermasalah dan selalu tunjuk protes serta membuat bising kerana inginkan perhatian.
“Bila saya siasat, memang dia ada family problem. Dia merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik.
“Mak ayah sudah bercerai dan yang dia nampak ‘bersama’ tu emaknya dengan pasangan baru. Saya difahamkan bahawa emaknya dan pasangan baru tersebut belum berkahwin,” ujarnya ketika dihubungi mStar.
Ekoran daripada itu, Noorazma memberi perhatian khusus bagi mengelakkan murid terbabit terus terjerumus dalam masalah sosial.
“Saya katakan pada dia supaya membaiki dan menjaga solat lima waktu... jaga setiap perkataan yang keluar daripada mulut serta batas pergaulan dengan murid perempuan,” ujarnya.
Menurutnya lagi, selepas beberapa ketika teguran diberikan dia melihat perubahan positif dalam diri murid terbabit.
Ia juga susulan program khusus yang disediakan bagi membantu murid bermasalah.
“Alhamdulillah serba sedikit memang nampak perubahan positif selepas ditegur.
"Kami daripada unit disiplin dan unit kaunseling sekolah ada buat program susulan dengan murid sasaran,” tambahnya. -CARI
Post time 15-12-2022 08:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mcm kes ank fatin bongkar mak tdo ngn bf kt ex
kalau nak togeder geder ngn bf xhalal pun jgn la tunjuk sgt dpn ank..bkn takat mak nya xberguna..dia nk didik ank sekali hauk mcm dia..
org jd mak dia pun nk beranak..
Post time 15-12-2022 11:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
lightheaded67: kalau aiol cakap she capub ken ...
Dia cerita ni supaya masyarakat ambil pengajaran. umat islam malaysia dah terlalu liberal, dah tak takut hukuman Allah, azab Allah bukan tunggu kat akhirat, kat dunia pun dah ada. Bukan setakat yg kafir, liberal je kena, yg beriman pun akan kena.
Cikgu macam ni macam cikgu kaunseling, once kau cerita semuanya, esok satu sekolah termasuk makcik kantin & pak guard sekolah tahu masalah kau......mulut kepohhh... semua benda nak share ke public.. ni baru public, dalam bilik guru tu sah-sah kekawan cikgu lain sibuk nak tanya "siapa weh?" haa...ingat dia boleh tahan ke simpan rahsia tu...tidak ye.