CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4556|Reply: 29

Dua Tahun Tanggung Malu, Shah Radhi Hazvee Bebas Tuduhan Pikat Isteri Orang Untuk Buat Seks

[Copy link]
Post time 5-12-2022 09:03 PM | Show all posts |Read mode
Lebih dua tahun menanggung malu akibat didakwa memikat isteri orang dengan tujuan melakukan hubungan seks, kini pelakon Shah Radhi Hazvee mampu menarik nafas lega apabila dia didapati tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.


Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin membuat keputusan tersebut dan membebaskan Shah, 26, daripada pertuduhan berkenaan.




Foto: mStar




"Selepas lebih dua tahun tertangguh dan sembilan kali turun naik mahkamah, akhirnya kes ini selesai. Saya amat bersyukur atas keputusan yang telah dibuat sekali gus membuktikan saya tidak bersalah.


"Alhamdulillah doa saya dan ibu selama ini termakbul. Apa yang berlaku menjadi satu pengajaran buat saya supaya lebih berhati-hati," katanya ketika dihubungi mStar.


Shah sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan Aib.


Pelakon drama Monalisa dan Hero itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di No 28 Jalan SU 2C, Taman Sering Ukay, Hulu Klang kira-kira pukul 8 malam, pada Mei 2020.




Foto: mStar




Shah ditahan di lokap Balai Polis Ampang Jaya selama tiga hari sebelum dibebaskan dengan ikan jamin sebanyak RM2,300 ketika itu.


Pelakon itu diwakili peguam, Harcharanjit Singh.


Meskipun bebas dari pertuduhan berkenaan, Shah sedar isu ini akan terus menjadi buah mulut orang ramai dan pastinya namanya akan terus dikaitkan dengan dakwaan melakukan perbuatan sumbang.


"Realiti dalam kehidupan sebenar kita memang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan, tetapi saya bukanlah terlalu jahat sampai sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.


"Kalau orang mahu terus bercakap biarkanlah. Mahkamah telah putuskan saya tidak bersalah. Itu lebih penting buat saya kerana sejak awal lagi saya yakin tidak bersalah dan biar pihak berkuasa menentukan.


"Sekarang ini tak perlu lagi nak pandang belakang dan lebih baik saya fokus kepada kerjaya," ujarnya.


Sepanjang kes itu berjalan di mahkamah, Shah mengakui berasa malu dan namanya terjejas sehingga ada segelintir pihak produksi enggan memberinya tawaran berlakon.


Tidak menyimpan dendam dengan persepsi buruk orang sekeliling, Shah berharap namanya akan kembali bersih selepas ini.


"Memang betul sebelum ini nama saya pernah ditolak dalam senarai pelakon ketika kes ini belum selesai namun saya tidak pernah berkecil hati.


"Bagaimanapun saya harap selepas ini segala dakwaan atau kata-kata buruk tentang saya akan hilang," luahnya.-CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku cuba gugel, nk tau sapa bini org tu. Tapi x jumpa plk. Yg jumpa, mcm2 kisah dia ni. Dia yg nak bukak club malam halal, then claim ada pangkat Dato walaupun umur baru 20 tahun, then upload gambar dia nampak nenen dia labuh, then saman satu syarikat besar 3 billion lebih. Apoooo???
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 5-12-2022 09:17 PM
Aku cuba gugel, nk tau sapa bini org tu. Tapi x jumpa plk. Yg jumpa, mcm2 kisah dia ni. Dia yg nak b ...

adakah heols ni conman sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts


Cantik ke nenen heols?
Lupa pakai bra

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Toksah malu dik
Ko bkn famous pun
Baca skrg, kejap lagi pun aku lupa kes ko
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 5-12-2022 10:08 PM
Cantik ke nenen heols?
Lupa pakai bra

Sepundal ni taknak pakai bra pon butangkan la baju tu. Ni photoshoot kempen breastfeeding ke apa? Nak buka pub halal wtf? Konsep sama je kot ko lepak mamak minum teh tarik. Bezanya ko suruh mamak tu pakai mini skirt pastu tutup lampu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 09:52 AM | Show all posts
nenen dia tak labuh dah sekarang

boleh cuci mata kat IG dia

tapi geng-geng forex mas khen jugak ni ropenye, patut tak berlakon dah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:17 AM | Show all posts
whooo rrr yusss sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Deng! Member kt fb. Dia selalu bagi emoji love kalau post story
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:32 AM | Show all posts
whoareyusssss
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 6-12-2022 09:52 AM
nenen dia tak labuh dah sekarang

boleh cuci mata kat IG dia

Wow IG heols muka mcm aaron aziz junior. Eloks. Tp gigih nk tunjuk aura badboi
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:41 AM | Show all posts
Carcosa replied at 5-12-2022 09:17 PM
Aku cuba gugel, nk tau sapa bini org tu. Tapi x jumpa plk. Yg jumpa, mcm2 kisah dia ni. Dia yg nak b ...

jenuh  akak tahan gelak bila baca part nenen laboh tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:11 PM | Show all posts
cicicumel replied at 6-12-2022 10:34 AM
Wow IG heols muka mcm aaron aziz junior. Eloks. Tp gigih nk tunjuk aura badboi

aah, beria sangat, jadi geli sikit

dulu suka jugak tengok dia berlakon dengan fasha sandha tu


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:23 PM | Show all posts
Heshe ni sapo kopek lendut .. ekekeke

Ginekomastia: pembesaran payudara lelaki
Ginekomastia adalah satu keadaan di mana payudara lelaki membesar tidak seperti biasa. Ia disebabkan oleh peningkatan atau pertambahan jumlah tisu kelenjar payudara dalam kalangan lelaki. Puncanya adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon estrogen dan juga testosteron.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:25 PM | Show all posts
dia ni yg dpt dato tu kan...dpt dato atau dato beli cmtulah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:26 PM | Show all posts
try hard sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 01:49 PM | Show all posts
kalau kes mengurat wife org ni..teringt kes sorang host suatu ketika dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Malu apa aih.. Kau bebas ke xbebas ke bkn ada org kenal pun
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:00 PM | Show all posts
peguam kalo ada yg singh2 ni yg salah pun boleh menang


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:43 PM | Show all posts
terima kasih bg pic nen labuh
aku xterbygkan lelaki nen labuh
oh begitu rupanya...
adakah dia gegurl nk jd boboy?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.062880 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list