|
View: 761|Reply: 8
|
Penyeludup Tak Sempat Seludup 7.1 Tan Minyak Masak Peket Ke Thailand
[Copy link]
|
|
|
BACHOK – Sekumpulan penyeludup tidak sempat menyeludup sebanyak 7.1 tan minyak masak peket bernilai RM 17,850 ke Thailand apabila penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya mengesan kegiatan mereka di belakang sebuah premis di Kampung Beris Kubur Besar di sini semalam.
Serbuan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 4 petang bersama anggota polis Ibu Pejabat Daerah Bachok dan Pasukan Polis Marin Wilayah Pengkalan Kubor menerusi Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan.
Pengarah KPDNHEP Kelantan, Azman Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat beberapa buah kenderaan berkumpul dan berada dalam keadaan mencurigakan di belakang premis tersebut.
 Foto: Kosmo
Menurutnya, berdasarkan pemerhatian, beberapa individu dilihat sedang memunggah kotak-kotak disyaki mengandungi minyak masak ke dalam beberapa buah kereta.
“Anggota yang bertugas terus menyerbu premis tersebut, namun kesemua suspek melarikan diri ke kawasan semak manakala sebuah kenderaan telah bertindak memecut laju dari kawasan premis itu.
“Pemeriksaan di belakang premis itu telah menjumpai minyak masak peket seberat 7,140 kilogram yang datang dari luar Kelantan untuk diseludup ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Azman, siasatan mendapati, penyeludup menjadikan kawasan luar sempadan Malaysia-Thailand sebagai transit sebelum ia diangkut menggunakan kenderaan lain untuk diseludup. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon penyeludup2 nih dihukum gantung |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
babi betul la sekor2 ni, kerat kote bagi seksa sikit hidup tu..ko nk seludup ganja ke ketum ke mercun ke aku tak kesah sgt, tp ko seledup barang asas yg semua org guna mmg babi la korang ni...mesti mat pas klantan yg jadi kepala kat kelantan ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sila siasat sekali sykt yg mengilang n membungkus minyak masak atau product subsidi lain untuk di seludup. Mudah tul penyeludup dapat barang subsidi sampai 7 tan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Barbie laaa, dh la susah nk jumpa minyak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni kerja turun.temurun.dari.nenek.moyang ke? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
buh sepeket minyak masak tu ke mulut setiap sorang..sbg hukuman...  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|