View: 6003|Reply: 70
|
Tak Puas Hati Nurul Izzah Kalah, Ramai Serang Ustaz Fawwaz! Main Isu Ada 2 Isteri, 11 Anak
[Copy link]
|
|
Kekalahan puteri reformasi Nurul Izzah yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) cukup mengejutkan ramai.
Susulan itu tumpuan kini tentunya terarah kepada penyandang baharu kerusi Parlimen itu, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-PAS) yang menang dengan majoriti 5,381 undi.
Lebih popular dengan gelaran Ustaz Fawwaz, nama ahli politik berusia 39 tahun itu terus hangat diperkatakan di media sosial selepas kemenangannya diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Foto: mStar
"Siapa Ustaz Fawwaz yang tewaskan puteri reformasi Nurul Izzah di kerusi turun-temurun PKR Permatang Pauh? Inilah orangnya," tulis @JatIkhwan di Twitter.
Hingga kini posting yang disertakan dengan biodata Muhammad Fawwaz itu meraih lebih 2,600 ulang kicau (retweet) dan turut dihujani komen netizen.
Paling mencuri tumpuan tentunya nama dua wanita iaitu Siti Noor Kamariah Ramli dan Unimaya Wan Chek yang dinyatakan sebagai isteri Muhammad Fawwaz dalam biodata tersebut.
Biarpun ada netizen yang meninggalkan komen berunsur penghinaan terhadap rumah tangga Muhammad Fawwaz, ramai individu lain turut mempertahankan hal itu dan berharap tiada sesiapa yang menyerang peribadinya.
"Kenapa orang serang isteri dan anak-anak dia. Ini sangat teruk.
"Dia dah menang, anda semua serang peribadi dia pula yang ada dua isteri dan 11 anak. Bukan salah pun di sisi agama.
"Kenapa orang serang kehidupan peribadi dia? Tolong hormati keputusan pengundi," tulis netizen.
Add Image Caption Here
Di ruangan komen, penduduk Permatang Pauh turut menzahirkan rasa syukur atas kemenangan itu memandangkan Muhammad Fawwaz cukup aktif dalam aktiviti keagamaan di kawasan mereka.
"Ustaz ni memang ceramah dia best. Aku suka dengar. Jadi memang patut dia menang.
"Aku pun kecewa Izzah kalah. Aku orang Permatang Pauh kot. Tapi Ustaz Fawwaz ni engagement dia dengan community kuat. sebab tu dia boleh menang.
"Ustaz Fawwaz famous la area sini, memang dia pegang la area sini, masjid Sungai Ular pun dia masuk," tulis netizen.
Dalam pada itu, ada dalam kalangan penduduk Permatang Pauh mengakui bahawa mereka menjangkakan kekalahan Nurul Izzah yang didakwa tidak turun padang di kawasan tersebut.
"Orang Permatang Pauh lebih tahu kot kenapa tolak Izzah. Kita orang luar tak tahu. Just hormat saja pilihan rakyat sana.
"Betul, aku stay sini tahu la. Wakil Permatang Pauh tapi asyik dekat KL je," dakwa individu itu.
Sedikit mengenai Muhammad Fawwaz, graduan Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti Al-Azhar, Mesir itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah dan bekas eksekutif Zakat Pulau Pinang.
Aktif mengajar di masjid, surau dan jabatan kerajaan, dia juga merupakan Penasihat Majlis Ilmu Pulau Pinang, Penasihat Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Darul Hadis, Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Kejal, Timbalan Pengerusi Pondok Mahasiswa dan Penasihat Hal Ehwal Pendidikan Islam Pulau Pinang. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Eh bitternya korang. X bole terima qadha dan qadar. |
|
|
|
|
|
|
|
Adus, dah kalah tu dah la...buat postmortem...mesti ada kekurangan yg org x puas ati tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai atleast dari awal dah bgtaw ada dua wife apa yg masalahnya.. bkn dia sorok2x. Kalo dah kalah tu buat la dah kalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengundi situ dah undi. Dah menang besar pun. Nampak sgt dia org tolak yg sebelum ni.
Terima je lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko nk serang hal peribadi org..ko xtgk ke hal peribadi org yg ko sokong tu pula?? Kang org korek, berpinar berputar2 biji mata hitam putih ko tu... budus... harktuihhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yg kalah tu bapak dia masuk jail sbb meliwat ...lagilah teruk |
|
|
|
|
|
|
|
Relax la peyokong PH. Korang gak batak nk undi 18. Rasain . Ptotnya korang smash kepala syed sadiq tu |
|
|
|
|
|
|
|
kalau lebai nak isteri 4 pun xpe asal bukan guna duit rakyat. biarlah dia menang.tu rezeki dia. patut ambil post mortem bukan pergi hentam dia. ahlak jaga. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai kot menteri2 duniawi ada 2 bini contoh bung, sapie bedal..tu blom masuk skandal, simpanan |
|
|
|
|
|
|
|
Korg tgk penyokong parti PH perangai mcmne? Nanti klu diorg jd gomen pun mcmnilah perangai mcm ibarat beruk dpt bunga. |
|
|
|
|
|
|
|
pawaz 2 bini sebab boleh dalam Islam.
nurulijah pun 2 laki tp takleh serentak sbb takleh dlm islam. |
|
|
|
|
|
|
|
"Wakil Permatang Pauh tapi asyik dekat KL je"
gaji dah lah double elaun double perks double tapi apa je dia buat kat KL pun? |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 20-11-2022 03:55 PM
Ramai kot menteri2 duniawi ada 2 bini contoh bung, sapie bedal..tu blom masuk skandal, simpanan :lol ...
Jagong pun bini lebih dari dua.
|
|
|
|
|
|
|
|
yg kalah tu dulu ada je cerita kat bilik lecturer kan kan kan? tak sesuci mana pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg serang melayu la jugak...
Ustaz da menang tu pandai2 buat kj.. Bkn bg ceramah je... |
|
|
|
|
|
|
|
September14 replied at 20-11-2022 03:57 PM
Korg tgk penyokong parti PH perangai mcmne? Nanti klu diorg jd gomen pun mcmnilah perangai mcm ibara ...
Masuk forum sebelah tu lagi membara baca komen depa |
|
|
|
|
|
|
|
Dari parti lobai, kalo ada 2 bini, tu cerita biasa lah...dah dia menang undi majoriti, apa hal korek kisah rumahtangga dia,? Nie kayjay dgn tg zafrul dah kalah, tak de pulak nak buat cam gini....pelik betul |
|
|
|
|
|
|
|
sufi^_^ replied at 20-11-2022 04:06 PM
yg kalah tu dulu ada je cerita kat bilik lecturer kan kan kan? tak sesuci mana pun.
Gosipan apa yg cam hangat nie di bilik lecturer itu? Nurul nie bukan ke sekolah di ameeriika? Cuba share sikit apa jadi |
|
|
|
|
|
|
|
Nurul izzah tu jaga ke kawasan parlimen dia? Tak, kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|