View: 4378|Reply: 52
|
Dah Macam Makcik Jual Jeruk Pelam, Zuraida Sanggup Kempen Sampai Ke Tengah Jalan Nak Raih Undi
[Copy link]
|
|
Sebuah video menunjukkan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zuraida Kamaruddin berkempen di tepi jalan raya yang sibuk bagi meraih undi dari penduduk Ampang, Selangor tular di media sosial.
Menerusi rakaman itu, Zuraida kelihatan memegang plakad meminta orang awam yang melalui jalan utama berhampiran dengan sebuah stesen minyak di Ampang Jaya untuk membunyikan hon.
Bagaimanapun flashmob Zuraida yang juga calon kerusi Parlimen Ampang itu bersama jenteranya mengundang kerisauan dalam kalangan pengguna media sosial kerana bimbang tentang keselamatannya.
 Foto: Twitter
Menurut Ahli Majlis Tertinggi PBM, JC Jess Choi, pihaknya sudah memberi taklimat keselamatan kepada semua individu yang menyertai flashmob itu.
Katanya tujuan flashmob itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran pengundi untuk keluar mengundi.
"Beliau (Zuraida) ke tengah jalan sebagai simbolik flashmob sahaja dan selepas itu berdiri di tepi jalan untuk meneruskan flashmob tersebut kira-kira 30 minit," katanya.
Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa 'simpati' terhadap Zuraida yang dianggap sudah 'jatuh' akibat tindakannya bersekongkol dengan beberapa bekas pemimpin PKR termasuk Datuk Seri Azmin Ali.
Zuraida kemudian menyertai parti Bersatu selepas dipecat daripada PKR susulan Langkah Sheraton pada 2020.
Kemudian pada Mei lalu Zuraida mengumumkan keluar Bersatu bagi menyertai PBM.
"Cara berkempen pun dah mencerminkan tahap mana saja IQ dan kecerdasan fikiran. Pilihlah calon yang berwibawa untuk mewakili anda di kawasan Parlimen anda.
“Aku ingatkan makcik jual jeruk pelam tadi... sungguh! Inilah akibatnya, jatuh sampai ke tahap seperti ini. Betul-betul macam dalam movie.
"Kesian YB nak minta kerja (jadi wakil rakyat), sampai macam tu sekali. Kita sebagai majikan, pilihlah pekerja yang terbaik. Tengok resume/cv mereka dengan teliti. Jadilah majikan yang bijak," kata beberapa netizen di Twitter. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nurdianah at 16-11-2022 03:06 PM
 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
semoga kena lenyek dilanggar lori babi |
|
|
|
|
|
|
|
doubleharmonic replied at 16-11-2022 03:01 PM
semoga kena lenyek dilanggar lori babi
Setuju.... Elok lenyek je Mak Lampir pengkhianat ni guna lori babi milik DAP, dipandu pula oleh khadam daripada PAN  |
|
|
|
|
|
|
|
Jijik semua perangai politicians ni....masa nk kuasa sanggup sembah masyarakat...bila dpt kuasa dia rasa diri dia besar sgt...x peduli rakyat dan pandang bawah je....
Padahal duit gaji duit mkn dia sekeluarga dari undian rakyat juga.... |
|
|
|
|
|
|
|
sian mak cik ini dia cari rezeki halal jer
bye pengkhianat  |
|
|
|
|
|
|
|
Ada hati nak join gang yang menang... memang patut bungkus baling jauh jauh dia ni...
Presiden pengganti Parti Bangsa Malaysia (PBM) Zuraida Kamaruddin mendedahkan hasratnya untuk bergabung dengan mana-mana pihak yang menang dalam pilihan raya umum (PRU).
Tidak kira pihak mana, termasuk Pakatan Harapan (PH), Zuraida berkata tindakan itu akan diambil demi peruntukan kerajaan untuk pengundi kawasannya.
“Tak kisahlah siapa pun (jadi kerajaan),” katanya ketika ditanya bagaimana jika PH membentuk kerajaan lagi selepas PRU.
Sementara itu, ditanya kemungkinan PH memberikan jawapan negatif padanya, Zuraida berkata dia akan membawa perkara itu ke mahkamah.
https://www.malaysiakini.com/news/643590
|
|
|
|
|
|
|
|
still the best UMNO/BN... |
|
|
|
|
|
|
|
Ah time menteri semua boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Zuraida, the epitome of katak culture |
|
|
|
|
|
|
|
Bakalan kalah  |
|
|
|
|
|
|
|
Tewas.. insya Allah.  |
|
|
|
|
|
|
|
gigih makcik cari undi..da dapat undi kang tak nampak batang idung trus...mohon terbungkus terus la makcik |
|
|
|
|
|
|
|
Katak pengkhianat, elok pupus ja. Oppotunist tak ada integriti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Zuraida ni yg dlm resume tulis grad dari national university of singapore kan? Sampai ke sudah iols x percaya tgk cara bercakap dan personaliti gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Zuraida ratu katak yang lepas ni jadi bahan reject |
|
|
|
|
|
|
|
Ms tgk kt twitter igtkan penjual jeruk mangga ke rerupanya minah ni
Hrp x menang  |
|
|
|
|
|
|
| |
|