View: 2726|Reply: 1
|
Tekno@MKST : Dakwat Biomas
[Copy link]
|
|
Dakwat biomas
| Penggunaan dakwat biomas menjadikan kerja-kerja percetakan lebih mesra alam.
|
RICOH Malaysia (Ricoh) baru-baru ini memperkenalkan teknologi baru yang mengunakan biomas sebagai bahan mentah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Ia sejajar dengan usaha menangani pencemaran yang kritikal yang mana masyarakat perniagaan patut mengambil peranan untuk memulihara alam melalui aktiviti perniagaan, kepenggunaan dan masyarakat secara keseluruhannya.
Penggunaan dakwat biomas berdasarkan resin organik diperbuat daripada tumbuhan, merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan kesan kepada alam sekitar.
Dakwat biomas mengurangkan pengunaan petroleum berbanding dengan dakwat konvensional.
Dengan sifat karbon neutral, dakwat biomas mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida.
Menurut Pengarah Urusan Ricoh, Lim Eng Weng, masyarakat perniagaan antarabangsa perlu menyedari mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar.
Oleh itu penggunaan sumber semula jadi mampu mengurangkan masalah ancaman alam sekitar.
Sebab itu syarikatnya, mengambil langkah sejajar dengan kesedaran tersebut dengan membangunkan dakwat biomas.
''Setiap tahun sebanyak 200,000 tan dakwat dihasilkan di seluruh dunia dan 80 peratus daripadanya dihasilkan bahan berasaskan petroleum,'' katanya.
Maka pengunaan dakwat biomas boleh membantu mengatasi isu kekurangan petroleum serta mengurangkan pelepasan karbon dioksida.
Maklumat lanjut layari www.ricoh.com.my
915D9EF2-982A-FF1A-5905-F78227BC23C2
1.02.28 |
|
|
|
|
|
|
|
good one... klu biomass ni dtg dr loji rwtn air, penuh la tahi kt atas krtas kte |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|