View: 4280|Reply: 52
|
Syurga Dunia! Dari Tak Tahu Malaysia Wujud, Jejaka Perancis Kagum Ada Pantai Lebih Indah Dari Maldives
[Copy link]
|
|
Seorang pemuda Perancis memilih Malaysia sebagai destinasi untuk menyambung pengajian dalam bidang kewangan dan ekonomi.
Menurut Valentin Anger, 22, dia perlu berhijrah ke luar negara selama setahun sebagai syarat untuk melengkapkan keseluruhan pengajian yang sedang diikutinya di negara asal.
IG Valentin
Senang disapa Valentin, dia akhirnya terbang ke Malaysia pada penghujung Ogos lalu dan kini sedang menjalani rutin harian sebagai pelajar di Universiti Taylor, Subang Jaya, Selangor.
"Saya baru dua bulan berada di Malaysia. Saya tiba pada penghujung Ogos sebelum memulakan semester pengajian baharu di sini.
"Saya akan meninggalkan Malaysia pada Disember sebelum meneroka beberapa negara Asia lain dan kembali ke Perancis pada pertengahan tahun depan.
"Saya sepatutnya menyambung pengajian di Malaysia dua tahun lepas, tapi tak dapat meneruskannya kerana pandemik Covid-19 sedang melanda," ujarnya.
IG Valentin
Menurut Valentin, dia sebelum ini tidak pernah tahu mengenai kewujudan Malaysia.
Namun, dia mula tahu mengenai negara ini selepas melihat nama Malaysia tersenarai dalam salah satu negara yang boleh dipilihnya untuk menyambung pengajian.
Biarpun sibuk dengan tugasan akademik, Valentin yang juga anak kedua daripada tiga beradik tidak melepaskan peluang untuk meneroka pelbagai tarikan di Malaysia.
Menurut Valentin, keindahan panorama dan budaya di Malaysia menjadikan negara ini destinasi yang sempurna buatnya memandangkan dia juga merupakan seorang jurufoto pelancongan.
IG Valentin
"Saya minat bidang fotografi sejak zaman sekolah. Kebetulan ayah saya juga ada kamera. Pada waktu itu, saya mula ambil gambar kawan-kawan dan gambar ketika percutian.
"Awalnya saya buat sekadar suka-suka. Tapi saya mula melakukannya dengan serius dua tahun lepas. Saya datang ke sini membawa kamera dan dron.
"Saya suka kepelbagaian landskap di Malaysia. Ada pulau, gunung, hutan, sungai dan sebagainya. Sebagai jurufoto pelancongan, saya suka negara yang mudah untuk melancong.
"Selain Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, saya juga sudah melawat Pulau Langkawi (Kedah), Pulau Tioman (Pahang) dan Pulau Semporna (Sabah). Perancangan selepas ini saya nak ke Melaka, Sarawak, Singapura dan Vietnam.
"Seronok tangkap gambar di Malaysia. Air lautnya jernih macam kristal, ibarat syurga dunia. Saya memang gembira berada di negara ini," ujarnya yang gemar menikmati roti canai, nasi lemak dan mi goreng.
Dalam pada itu, Valentin juga banyak berkongsi hasil karya dalam bentuk video dan foto menerusi Instagram serta TikTok sehingga dia meraih ramai pengikut baharu dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kata pemuda itu, dia bersyukur dengan sokongan yang diterima, sekali gus membuatkan dia tidak begitu sedih apabila perlu berjauhan dengan keluarganya di Perancis.
"Malaysia sangat sempurna bagi saya. Layanan orang Malaysa sangat baik. Ramai yang memberikan sokongan dan seronok lihat pelancong seperti saya meneroka negara ini.
"Saya seronok dapat belajar di sini walaupun tak lama. Ramai orang baik, makanan pun sedap, nak bercuti pun mudah. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan menerusi media sosial.
"Sokongan anda memberikan semangat untuk saya terus berkarya. Ia juga memberi motivasi kepada saya, sekali gus mengurangkan perasaan rindu pada negara asal. Saya tak rindu sangat walaupun jauh dari Perancis," ujarnya berseloroh.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols pula suka southern france.
|
|
|
|
|
|
|
|
aritu si alvin GC tu ada intebiu dia ni kan |
|
|
|
|
|
|
|
ok la dik terima kasih la |
|
|
|
|
|
|
|
Mat salleh senang meletop kt msia. Nak cari makan kat sini pun mudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Intv omputeh kunun, intv lah bangla nepal lagi kagum2 system air bersih elec jlnraya mknn |
|
|
|
|
|
|
|
Anger Valentin.. gitu nama ko nok.. takut mak |
|
|
|
|
|
|
|
Datang sini baru 2 bulan lebih .. nak study .. tapi dah merata tmpt kau pergi cuti2. |
|
|
|
|
|
|
|
Motif bodoh smpi x tahu msia wujud dlm peta dunia?? |
|
|
|
|
|
|
|
Knaper kementerian pelancongan takder yang bijak2 buat fotografi atau video cantik macam valentin nih
Budget berjuta2 buat haper ekk |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa 1 duniya blajaq subjek geography kt sekolah..toksah la purcaya bolat2 |
|
|
|
|
|
|
|
Org malaysia ni cepat kagum ngan org putih yg puji2 malaysia. Ramai la depa ni jadi content creator sbb follower naik mencanak. |
|
|
|
|
|
|
|
haritu i tgk si alvin ni senang tahan kereta utk tumpang nk ke cameron highland.
last weekend i ada kursus team building, we ols tersalah amik jalan end up kena hike jauh. kesian kt sorang team mate yg sakit lutut, we ols try nk tahan kereta kasi dia naik, grab nk book pun x dpt2 masa tu. Nan adooo ok, takde sapa berhenti. terus i menyampah ngan org malaysieeeeee..haha
kalau pelancong kokesen kemain ya korang..
|
|
|
|
|
|
|
|
pittjie replied at 4-11-2022 07:07 AM
Datang sini baru 2 bulan lebih .. nak study .. tapi dah merata tmpt kau pergi cuti2.
Mossad..fbi..cia..kgb??? |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 4-11-2022 07:10 AM
Motif bodoh smpi x tahu msia wujud dlm peta dunia??
Kheunz?this chap.must be one in a tens of millions of the world's population.......kerana sejak kes 1yimdb....malaysia dah berada di carta top 10 dalam konteks negara yg paling dikenali penduduk seluruh dunia...
And of course for all the wrong reasons.....what else... |
|
|
|
|
|
|
|
Kan. Sengaja ja nak pemes cara mudah |
|
|
|
|
|
|
|
Ada trainer I orng Poland ..asal weekend dia pi pulau perhentian n makan ikan . Tempat dia payanh dapat |
|
|
|
|
|
|
|
"...Ramai yang memberikan sokongan dan seronok lihat pelancong seperti saya meneroka negara ini."
sebab kau omputeh je nokkk....asal muka kokesyen, masing-masing menggeluppor nak bagi layanan terbaik untuk kau walaupun kau whoareyusss kat negara sendiri... aku cukup heran dengan orang malaysia yang beriya menggelupor kalau ada omputeh datang sini...pastu pandang penuh kagum..walhal diorang datang sebab sini murah belanja je, currency diorang besar, silap-silap pandai kecek dapat free sajaaa...kena kat orang sendiri siap viral mintak diskaun..kena kutuk B40 lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|