CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2814|Reply: 40

Sudahlah Visa Pelancong Dibatalkan, Lelaki Kena Bayar Denda RM8,100 Kerana Bawa Masuk Daging & Rendang

[Copy link]
Post time 3-11-2022 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki Indonesia kempunan apabila hasratnya membawa masuk daging termasuk rendang ke Australia dipatahkan pihak berkuasa.


Malah, dia didenda kerana membawa masuk daging lembu ketika negara berkenaan masih bergelumang dengan penyakit kaki dan mulut (FMD).




Gambar hiasan/Chili Pepper Madness




Pegawai keselamatan biosains yang menjalankan pemeriksaan beg pelancong di lapangan terbang dan menemui daging yang disorokkan lelaki terbabit.


Pegawai menemui daging itik seberat 3.1 kilogram (kg), rendang daging lembu (1.4 kg), selain 500 gram (g) daging lembu beku, termasuk 900 g organ dalaman ayam.


Lelaki itu tidak mengisytiharkan barangan yang dibawa dalam kad deklarasi pelancong sebaik tiba di negara berkenaan.


Menerusi kad deklarasi itu, pelancong perlu mengisytiharkan sama ada mereka turut membawa daging, ikan, hidupan laut, telur, produk tenusu, buah atau sayur ke Australia.


Lelaki itu memaklumkan kepada pegawai sempadan Australia bahawa semua produk yang dibawa akan dijual kepada rakan senegaranya.


Pihak berkuasa kemudiannya membatalkan visa pelancong lelaki terbabit yang kemudiannya memerlukan dia kembali semula ke negara asal.


Lelaki terbabit turut dikenakan denda sebanyak 2,664 dolar Australia (kira-kira RM8,100).


"Keadaan kesihatan menyebabkan peraturan ini perlu dikuatkuasakan dan pelancong yang didapati mengingkari arahan itu akan dibatalkan visa mereka," kata Menteri Dalam Negeri, Clare O'Neil.


Menteri Pertanian, Perikanan dan Perhutanan, Murray Watt berkata, kerajaan memperkenalkan peraturan ketat bagi mengekang penularan FMD.




Sumber: Harian Metro










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Msia Boleh la ko buat sukati...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 03:40 PM | Show all posts
Indonesia Indah Rest. Perth tersenyum sinis.  

"Australian biosecurity officers uncovered the undeclared meat during a baggage inspection at Perth Airport (on) October 18," the ministers said. The traveller failed to declare 3.1 kg of duck, 1.4 kg of beef rendang, over 500 grams of frozen beef and nearly 900 grams of chicken concealed in his luggage, they said.

This article was published in thejakartapost.com with the title " Traveller fined, refused entry to Australia for bringing beef 'rendang,' duck". Click to read: https://www.thejakartapost.com/w ... -rendang-duck.html.


Dah kenapa kau bawa daging mentah cetan, kau pergi ke negara beef importer kawan2 kau hamprak sangat ker.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 03:45 PM | Show all posts
padan muka je la boleh aku ucapkan. kalau masuk msia ko nak bawak 30-40 kilo boleh la lepas, ostrolia sorry le
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 03:47 PM | Show all posts
hihihi tetap ada je capruts yang nak bawak masuk makanan pastu tak declare n segala mala daging yang tak dibenarkan masuk OZ.
mendapat la tuh. siapa suruh degil.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sana kan byk beef Autralia yg.lagi sedap..apahal ler nak bwk.dari Indon tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mayakaren replied at 3-11-2022 03:49 PM
Sana kan byk beef Autralia yg.lagi sedap..apahal ler nak bwk.dari Indon tu

Setgh org mmg bebal mcm tu..tetap dia nk claim apa yg dia buat tu lebih bagus. Mcm santan lah, org masak guna santan kotak.pun sedap tp tetap.la dia claim tak sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 04:04 PM | Show all posts
Padan muka bangsattt2 jenis mcm ni, dah tahu tp tetap nak cari jalann langgar undang2 org asalkan kehendak dia dipenuhi phuiii no simpatiii cashhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat apalah berkorban masa,tenaga,duit.. dtg jauh hantar barangan yang akan jadi taik nanti.m
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 3-11-2022 04:04 PM
Padan muka bangsattt2 jenis mcm ni, dah tahu tp tetap nak cari jalann langgar undang2 org asalkan ke ...

Masak jela kat sana....hehe..beriya2 nk bawak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 04:07 PM | Show all posts
noor2 replied at 3-11-2022 08:05 AM
Masak jela kat sana....hehe..beriya2 nk bawak...

khenn noor, org mcm mi jenis takde siviks, benda tak blh buat dia gegeh nak buat jugak nanti belakon pekaklah tak pandai org putih lah tak tahu lah, mentaliti pprt sgtt
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 04:08 PM | Show all posts
tinggi juga denda tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 04:08 PM | Show all posts
byknya ko bawak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 3-11-2022 04:07 PM
khenn noor, org mcm mi jenis takde siviks, benda tak blh buat dia gegeh nak buat jugak nanti belak ...

N**dan B***r rajin masak rendang kat London...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 04:16 PM | Show all posts

lebih kurang 6kg dia bwk.. banyakk. tu yg denda tinggi kot
dorg xtau kot kat sana ada je daging sembelih halal

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 04:17 PM | Show all posts
noor2 replied at 3-11-2022 08:13 AM
N**dan B***r rajin masak rendang kat London...

Aha... ye lah nak makan mesti kena buat sendiri





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 04:18 PM | Show all posts
semolua org tahu ostolia tu airport dia mcm mana, tapi ramai yg tetap gegehh nak menipu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 04:19 PM | Show all posts
Tak ingat couple msia dulu nak masok petih buah lol ckp english pun han or gila, video kena interview masa kena tahan kat airport satu msia blh tgk, malu tak buat perangaii gitu? jahatt sgttt nak menipu masokk cerobouh negara org, cashhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 3-11-2022 04:17 PM
Aha... ye lah nak makan mesti kena buat sendiri

Katanya masuk daun limau purut,, lengkuas tapi kerisek x jumpa kat sana katanya...tapi bebudak tu kata sedap dia masak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 04:25 PM | Show all posts
Kerja kutip buah duduk dalam kontena ke kat sana haaa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.057221 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list