View: 13079|Reply: 147
|
'Mungkin Dia Tertekan...' - Penganjur Konsert Tak Akan Ambil Tindakan Terhadap Isteri Zamani
[Copy link]
|
|
Penganjur Konsert Doa Buat Zamani, Aalan Ahmad tidak bercadang mengambil tindakan terhadap isteri Zamani iaitu Nur Juliana Abd Rani yang mendakwa suaminya tidak mendapat bayaran ketika menjayakan konsert itu.
Aalan yang mewakili syarikatnya Indera Entertainment berkata, kemungkinan besar Juliana tersalah faham sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Dia mungkin tidak tahu perkara sebenar berkenaan tiket yang tidak habis dijual, tetapi pada masa sama penonton dilihat memenuhi tempat duduk yang disediakan.
IG Zamani
"Saya anggap ini hanyalah salah faham kecil dalam satu keluarga dan tidak menyalahkan dia sepenuhnya atas apa yang berlaku. Masalah ini sepatutnya boleh diselesaikan sesama kami dan bukan membawanya keluar.
"Mungkin dia tertekan memikirkan keadaan suaminya yang bakal menjalani pembedahan serta pelbagai masalah lain sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya kepada Harian Metro.
Aalan turut menunjukkan penyata jualan tiket konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 September lalu ialah sebanyak 365 keping.
Pecahan lengkap jualan terbabit menyaksikan tiket untuk kategori tempat duduk Rindiani dijual sebanyak 72 keping, Nur Kasih (214), Maria Mariana (31), Kurnia (48) dengan kutipan keseluruhan berjumlah RM107,120.
IG Zamani
"Jumlah itu kemudiannya dicampur dengan tiket pembelian Tuanku Permaisuri Selangor menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM116,120.
"Dari situ saya bayar segala kos berkaitan antaranya sewa pentas, pemuzik, artis undangan dan permit DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang jumlahnya mencecah RM111,485.
"Selepas ditolak kos itu, baki yang tinggal di tangan ialah RM4,635. Itulah pendapatan yang kami dapat. Wang itu akan diberikan kepada Zamani mengikut rundingan asal 70/30.
"Jadi tidak benarlah kenyataan yang dia tidak dapat sesen pun dari konsert terbabit. Saya masih ingat kenyataan Zamani tak kisah jika tiada untung besar asalkan kami tidak berhutang," katanya yang mendoakan pembedahan Zamani minggu depan berjalan lancar.
Mereka juga akan ke pejabat Mytickets Asia dalam minggu ini untuk mendapatkan butiran lanjut.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan perkara itu sudah diselesaikan secara baik di antara Aalan dan Zamani.
Menurut Aalan, dia sudah berjumpa dengan Zamani, Sabtu lalu dan menjelaskan semua tiket memang tidak dijual.
Menurutnya, walaupun tiket tidak laris, pihaknya memenuhkan tempat duduk dengan penonton seperti mengundang ahli kelab peminat menyaksikannya.
"Kita akan penuhkan supaya nampak keadaan cantik. Waktu jumpa Zamani Sabtu lalu, saya buat penjelasan dan keadaannya ketika itu okey. Dia dah jelas semuanya.
"Sebelum berpisah kami bersalaman dan berpelukan. Dia kata tak mengapa dia nak selesaikan pembedahan dan selepas itu kita mula kerja semula macam biasa. Saya tak faham kenapa perkara ini berbangkit," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Duit kutipan yg paknil kumpul pun tak usik lagi en.. |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk konsert DOA UNTUK ZAMANI....
tapi zamani dapat sisa lepas semua orang dapat habuan "doa" |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg betul la zamani dpt doa je duit tah ke mana |
|
|
|
|
|
|
|
kalau memang ambik kira tolak kos semua tu, baiklah org yg beli tiket untuk bantu zamani tu bank in je harga tiket tu kat zamani terus |
|
|
|
|
|
|
|
Artis undangan d byr.. tp zamani yg bkn undangan xkan nanyi free?? Patut zamani cas alan ni sebab dia menyanyi.. jgn la d perbodohkan oleh alan ni yer.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau cam gini baik takyah buat konsert. Orang tu bengkok2 pon gigih menyanyi.. ujung2 itu je dapatnya? Alahai..
Baikla dia penuhi jemputan nyanyian solo aje.. lagi banyak dia dapat.. Kesiannya la hai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kos menjalankan konsert sahaja sudah mencecah RM106,850. |
|
|
|
|
|
|
|
acikku replied at 3-11-2022 10:47 AM
kalau memang ambik kira tolak kos semua tu, baiklah org yg beli tiket untuk bantu zamani tu bank in ...
Betul. Baik zamani buka tabung sendiri dan rayu derma dari peminat dan rakyat Malaysia. Insya Allah berpuluh kali ganda boleh dpt. |
|
|
|
|
|
|
|
Bangangnya lahai. Dipergunakan sungguh
Konsert doa buat Zamani siap gambar front page besar2 muka dia. Alih2 kos belakamg tabir je dekat 80%. Zamani dapat sisa. Bodoh betol. Memang patut bini dia marah. Terasa digunakan untuk meraih pendapatan orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dpt 4k je,baik tak payah buat konsert, baik bagi duit direct kt dia je...nampak gaya mcm semua pihak ambik kesempatan atas nama konsert zamani |
|
|
|
|
|
|
|
kan, macam yang paknil buat tu sekejapan dapat 100k.ramai peminat dia yang berharta nak tolong tapi taknak or tak boleh nak p tgk konsert.tp tulah zamani katanya taknak mintak sumbangan direct gitu. dia nak at least dia pun buat persembahan untuk peminat.tak sangka pulak dipergunakan.aalan tu bukan ke manager dia dari dulu lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
acikku replied at 3-11-2022 10:47 AM
kalau memang ambik kira tolak kos semua tu, baiklah org yg beli tiket untuk bantu zamani tu bank in ...
Ujong2 org yg pi tgk konsert yg kena scam
Org pi konsert tu sbb nak derma kat zamani |
|
|
|
|
|
|
|
penat2 nyanyi dengan keadaan gitu, dapat 4k je?
siannya |
|
|
|
|
|
|
|
bukan si Aalan ni mmg xleh percaya ke? Rasa mcm penah baca dlm forum ni jugak..ke i salah orang? |
|
|
|
|
|
|
|
Doa utk zamani, semoga dipermudahkan
Doa utk penganjur, semoga melingkup |
|
|
|
|
|
|
|
acikku replied at 3-11-2022 10:47 AM
kalau memang ambik kira tolak kos semua tu, baiklah org yg beli tiket untuk bantu zamani tu bank in ...
Betul....geram plak aku baca kalau setakat 4k 2 mggu je laki aku busking dh dpt jumlah tu baik zamani busking dgn laki aku je hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 3-11-2022 11:29 AM
bukan si Aalan ni mmg xleh percaya ke? Rasa mcm penah baca dlm forum ni jugak..ke i salah orang?
Aalan tu lah skrg dia yg bwk artis2 masuk GV ...Tom sume bwh dia lah weh |
|
|
|
|
|
|
|
oooo....ingat dia manager zamani sorang je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|