View: 17691|Reply: 213
|
Video-Video Semasa Tragedi Itaewon Mengerikan-Muzik Benar-Benar Kuat, Korban Bertindih-Tindih
[Copy link]
|
|
Seoul: Ahli keluarga 'berlumba-lumba' ke hospital untuk mencari insan tersayang ketika Korea Selatan meratapi kematian lebih daripada 150 orang, kebanyakannya berusia 20-an dan 30-an dalam rempuhan sambutan Halloween di Itaewon.
Tragedi itu mengorbankan orang ramai yang berkumpul di Itaewon ketika meraikan pesta Halloween dengan saksi melihat mangsa korban yang terjatuh bertindih antara satu sama lain seperti permainan 'domino'.
Sesetengah mangsa dilihat parah dengan darah mengalir dari hidung dan mulut mereka ketika diberi bantuan pernafasan, kata saksi, sementara yang lain berpakaian kostum Halloween terus menyanyi dan menari, mungkin tidak menyedari nahas itu.
Foto: AFP
"Saya masih tidak percaya apa yang berlaku. Ia seperti neraka," kata Kim Mi Sung, seorang pegawai di sebuah organisasi bukan kerajaan yang mempromosikan pelancongan di Itaewon.
Kim berkata, dia melakukan bantuan pernafasan kepada 10 individu yang tidak sedarkan diri dan sembilan daripadanya diisytiharkan mati di tempat kejadian.
Sehingga petang Ahad, pihak berkuasa meletakkan angka kematian pada 154 orang dan yang cedera 133 orang.
Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan berkata, jumlah kematian meningkat apabila 33 orang yang cedera berada dalam keadaan serius.
Menceritakan kejadian, Ken Fallas, seorang arkitek Costa Rica ke pesta itu di Itaewon dengan rakan ekspatriat berkata, muzik yang kuat membuat keadaan lebih huru-hara.
"Apabila kita mula melangkah (mengikuti gerakan berkumpulan), tidak ada cara untuk kembali," kata Fallas.
"Kami tidak mendengar apa-apa kerana muzik benar-benar kuat. Sekarang, saya fikir itu adalah punca utama menjadikan insiden berkenaan sangat rumit," katanya.
Seramai 97 orang yang terkorban adalah wanita. Lebih 80 peratus berusia 20-an dan 30-an, sekurang-kurangnya empat remaja.
Dianggarkan 100,000 pengunjung berkumpul di Itaewon untuk sambutan pesta Halloween terbesar di negara itu sejak pandemik Covid-19 bermula.
Saksi berkata, jalan di lokasi kejadian itu begitu padat dengan orang ramai dan kenderaan bergerak perlahan, hampir mustahil untuk pekerja kecemasan dan ambulans tiba ke lorong berhampiran dengan pantas.
Pihak berkuasa berkata, beribu-ribu orang mengunjungi pejabat bandar berdekatan, melaporkan saudara-mara yang hilang dan meminta pegawai untuk mengesahkan sama ada mereka antara yang cedera atau mati.
Mayat korban tragedi itu disimpan di 42 hospital di Seoul dan wilayah Gyeonggi yang berdekatan, menurut Seoul City.
Sekitar 100 perniagaan di kawasan lokasi kejadian bersetuju menutup kedai mereka.
Walaupun sambutan Halloween bukanlah percutian tradisional di Korea Selatan, ia masih menjadi tarikan utama untuk orang dewasa, golongan muda dan pihak kostum di bar serta kelab meraikan pesta itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol mengisytiharkan tempoh berkabung negara selama satu minggu bermula Ahad dan memerintahkan bendera di bangunan kerajaan dan pejabat awam untuk dikibarkan separuh tiang.
Dalam ucapan di televisyen, Yoon menyokong keluarga mangsa, termasuk persiapan pengebumian mereka dan rawatan kepada yang cedera menjadi keutamaan kerajaannya.
Beliau juga menyeru pegawai untuk menyiasat punca kemalangan dan mengkaji semula keselamatan acara budaya dan hiburan yang besar untuk memastikan ia berjalan dengan selamat.
"Ini benar-benar dahsyat. Tragedi dan bencana yang tidak sepatutnya berlaku di tengah-tengah Seoul.
"Saya berasa berat dan tidak boleh membendung kesedihan saya sebagai presiden yang bertanggungjawab untuk kehidupan dan keselamatan rakyat," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
tu dia padat sungguh.... apa punya party la cam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Simpati tgok
Anak2 muda mostly kan |
|
|
|
|
|
|
|
smbut hantu punya pasal....
hantu tersenyum senis.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia bukan bulatan kn? Kenapa yg dr belakang tk beransur undur dr terus maju ke depan? Ke sebab dia T, jadi semua arah penuh.
Coz yg kt lorong tu sah2 dh penuh.
And kiri kanan kedai, why tk masuk kedai then kluar pintu lain.
Iols dh byk tgok vid, tp tetap tk fhm why nk jgk maju ke dpn and why cara diorg terperangkap ni mcm tk ade jalan kluar. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah kerja haloween cuba ngap sorang2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian mati dalam umur muda dalam keadaan kafir tak menyambah Allah, dalam keadaan sedang bermaksiat, ke neraka akhirnya. Sedih umur muda belia disia2 kan untuk maksiat. |
|
|
|
|
|
|
|
katanya kan jalan tu turun bukit.. n simpang tu pertemuan dengan jalan besar.. so org dr jalan besar nak masuk ke jalan kecik. n jalan kecik nk keluar.. so bertembung kat situ.. org belakang teruskan masuk n taktau apa jadi kt depan.. muzik kuat..
dia nye dasyat sampaikan mati berdiri. Penyelamat datang.. nak tarik keluar yg masih hidup pon tak boleh.. stuck di tengah2 bersama2 berdiri berhimpit antara yg hodup n yg mati. Tgk video dia memang teruk betul.. yg dah mati ternganga berdiri terhimpit.. whereas yg masih hidup nun di tengah2 terhimpit. nak tarik keluar pon tak boleh
|
|
|
|
|
|
|
|
talapia replied at 31-10-2022 03:04 PM
katanya kan jalan tu turun bukit.. n simpang tu pertemuan dengan jalan besar.. so org dr jalan bes ...
Iols tahu, org dr jln besar nk msuk, org dr lorong nk kluar. Cite nye, jalan2 ni tk ade hujung ke haha
Semua maju ke dpn smpai yg dpn depan sekali tu, polis nk tarik pn tk boleh kn. Sangkut situ.
Okay tu yg dpn sekali, yg hujung nye mana?
Tk ley nk brain |
|
|
|
|
|
|
|
Sape YB Itaewon? Tak buat kerja la ni. Patut lepaskan gas oksigen banyak2 kat crowd tu |
|
|
|
|
|
|
|
Beremut mcm semut dah. Ngeri betol. Katanya yg mai dari belakang duk jerit2 push push push ntah gumana depa push tu |
|
|
|
|
|
|
|
Itzy replied at 31-10-2022 03:03 PM
Kesian mati dalam umur muda dalam keadaan kafir tak menyambah Allah, dalam keadaan sedang bermaksiat ...
Sis,pengakhiran sis pun belum tentu macam mana,tak payah nak kecam sgt.
Doa byk2 ye sis agar pengakhiran husnol khotimah, |
|
|
|
|
|
|
|
kecik sempit lorong tu cam kat lorong-lorong kt Jalan TAR.
dah jadi 2 hala manusia bersesak2. terhimpit. bila kena tolak dari belakang. dah jatuh yg kt depan cam domino.
katanyer ada among the foreigners from Iran, Thailand antara mangsa.
yang pak itam kt salah satu video tu tak tau warganegara mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Party apa yer ni padat-padat macam ni? |
|
|
|
|
|
|
|
cash laa. heboh sangat dgn halloween memasing. dah tau party2 hantu benda mcm tu laa yg korang suka ekk. ni klu ada org islam/malaysia kat situ tak tau laa nak kata apa. elok laa ke zaman covid balik |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau begini kejadian nye, dah sah2 depan sekali tu bawah2 dh jadi lempeng |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
blastoff sangat....
|
|
|
|
|
|
|
|
Area ni mmg semak dek. Korea mmg last on the list la dek. Lagipun bangsa Korea ni pandang rendah taw pd South Asian cam kita ni dek. Akak tergelak sakan tengok acik2 memuja Kpop bagai tu dek. Bangsa K ni dgn sesama theyols pun tak boleh bertolak ansur. Personal space memang takde dalam kamus hidup depa…bangsa yg tak reti hormat org luar. Pergi sana dulu dek nnti ko tahu la perangai hodoh depa ni. Depa ni paria versi kulit putih. Sekadar renongan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|