CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5226|Reply: 59

Misteri Kehilangan Terjawab, Mayat Zahara Ditemukan Dalam Perut Ulat Sawa

[Copy link]
Post time 25-10-2022 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Jakarta: Kehilangan seorang penoreh getah akhirnya terjawab apabila wanita itu ditemukan penduduk kampung di dalam perut ular sawa sepanjang enam meter (m).


Mangsa dikenali sebagai Zahara, 52, seorang penoreh getah tinggal di daerah Tanjung Jabung Barat, dilaporkan hilang sejak Ahad lalu.


"Kami mencarinya di dalam hutan. Pagi ini (semalam) kami temui Zahara di dalam perut ular itu," kata seorang penduduk Desa Terjun Gajah, melalui telefon.




Foto: Agensi




Kompas melaporkan, kira-kira 300 penduduk mencari Zahara di kebun getah berkenaan.


Tetapi, pada mulanya, penduduk tidak menemui sebarang kesan untuk menunjukkan lokasi wanita berkenaan.


Keesokan paginya iaitu kira-kira 9 pagi semalam, penduduk menemui seekor ular sepanjang enam m.


"Ular itu berjaya ditangkap dan kemudian dibunuh penduduk. Mengesyaki perut (haiwan itu) besar, ia dibedah. Di (dalamnya), kami menemui mayat Zahara," kata Birin.


Beliau berkata, keadaan penduduk kampung kini tegang.


Puncanya, ular yang ditangkap oleh penduduk adalah betina.


"Ular ini adalah betina kerana bentuknya yang pendek tapi besar. Seminggu lalu, ada penduduk yang menangkap ular yang lebih panjang iaitu kira-kira lapan m tetapi ia terlepas kerana (saiznya yang) besar. kata Birin.


Kini, penduduk kampung risau untuk berada di kawasan hutan kerana dipercayai ada ular yang lebih besar.


Penduduk percaya ular besar itu juga menelan dua ekor kambing milik penduduk. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 02:15 PM | Show all posts
Ntah2 kehilanagn Acap tahaun 2019 mcm ni juga?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 02:16 PM | Show all posts
KamikuP replied at 25-10-2022 02:15 PM
Ntah2 kehilanagn Acap tahaun 2019 mcm ni juga?

tak mustahil jugak
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 02:16 PM | Show all posts
KamikuP replied at 25-10-2022 02:15 PM
Ntah2 kehilanagn Acap tahaun 2019 mcm ni juga?

boleh jadi. tapi bukan main lagi kata kena sorok. ada yg kata mungkin dah jadi mangsa binatang buas.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 02:33 PM | Show all posts
KamikuP replied at 25-10-2022 02:15 PM
Ntah2 kehilanagn Acap tahaun 2019 mcm ni juga?

betul tu

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara pernah dikejutkan dgn kejadian yg sama suatu ketika dahulu…
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Highflyer19 replied at 25-10-2022 02:38 PM
Negara pernah dikejutkan dgn kejadian yg sama suatu ketika dahulu…

Tahun 1995 kalau tak silap..labis johor.
Tapi baru telan kepala jer.belum masuk satu badan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 02:48 PM | Show all posts
Allah.. dlm perut ular rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:03 PM | Show all posts
KamikuP replied at 25-10-2022 02:15 PM
Ntah2 kehilanagn Acap tahaun 2019 mcm ni juga?

tak mustahil..ada je ular sawa sebesar batang kelapa menunggu mangsa
meunur cerita org dulu2 ular sawa smpi berlumut melintang org igt kayu buruk tak tahu mana kepala mana ekor rupanya ular sawa menelan lembu kamben org kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:04 PM | Show all posts
aku xleh bygkan cmne sampai kena telan ulaq...
kesiannya....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:06 PM | Show all posts
Lepas kena telan tu jadi apa?

Acid amino ular mula nak mencerna mangsa dalam perut ye?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak nak tau ular sawa mampo tak belit dan telan Bainun?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:21 PM | Show all posts
6 meters about 20 feet. Tak panjang. Tapi besar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:28 PM | Show all posts
sangbara2020 replied at 25-10-2022 03:04 PM
aku xleh bygkan cmne sampai kena telan ulaq...
kesiannya....

biasanya mangsa dah mati dulu akibat tulang remuk kena jerut, barulah kena telan pastu.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:29 PM | Show all posts
Edited by ezacbee at 25-10-2022 03:31 PM
Belibis replied at 25-10-2022 02:42 PM
Tahun 1995 kalau tak silap..labis johor.
Tapi baru telan kepala jer.belum masuk satu badan..

Teringat gak time tu tahun 1995.. Mangsa, E Heng Chuan, 29, ditemui kira-kira pukul 10.30 malam di bangsal berhampiran rumahnya, di mana sebahagian badannya telah ditelan oleh ular sawa yang difahamkan seberat 140 kilogram.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 03:29 PM | Show all posts
Edited by dauswq at 25-10-2022 03:31 PM
dua_chzy replied at 25-10-2022 03:14 PM
Akak nak tau ular sawa mampo tak belit dan telan Bainun?

belum pernah mana2 negara lagi amend law hukuman mati kena baham dek binatang buas
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-10-2022 03:14 PM
Akak nak tau ular sawa mampo tak belit dan telan Bainun?

Mampu..sbb ular akan remukkan dulu tulang2 ms belit2 dgn kuat through its otot supaya mudah telan
Jd uols bayangkan je tulang benon gemok krup krap krup krap dipatahkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:38 PM | Show all posts
ayoo.. ular ni hidup berpasangan.. ala citer nagin.. jenuh ler kang yg jantan mengganassss
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-10-2022 03:14 PM
Akak nak tau ular sawa mampo tak belit dan telan Bainun?

sapa jer la nak 'MENCUBA' ditelan ulau sawo...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.063138 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list