CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14835|Reply: 98

Sharifah Sakinah Sah Nak Cerai, Suruh Suami Cari Wanita Lain

[Copy link]
Post time 22-10-2022 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Sharifah Sakinah mengesahkan bakal berpisah dengan suaminya, Michael Hensen selepas memberi bayangan rumah tangga mereka sedang dilanda masalah.


Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, berkata, hubungan jarak jauh antara punca dia memilih untuk berpisah dengan Michael.


Dedahnya lagi, sepanjang tiga tahun bersama pemuda berasal dari Sweden itu, hubungan mereka sering dilanda badai malah dia juga berhasrat untuk tidak lagi berulang-alik dari Malaysia ke negara itu kerana ia memenatkan.


Foto: IG




"Ya, kami akan bercerai dan akan menjalani kehidupan masing-masing selepas ini.


"Saya tidak mahu lagi menjalani hubungan jarak jauh kerana ia memenatkan. Tenaga saya sudah habis. Saya mahu gembira dan memberi fokus kepada kehidupan.


"Michael tidak boleh menetap di Malaysia kerana mempunyai komitmen kerja dan keluarga yang masih di bawah tanggungannya," kata pelokon itu seperti dilaporkan Kosmo pada Sabtu.




  



Terdahulu, Sakinah mengejutkan peminat apabila memberi bayangan seolah-olah perkahwinannya dengan Michael sudah berakhir apabila membuat hantaran mengenainya di Instagram miliknya pada Khamis lalu.


Mengulas mengenai luahannya itu, Sakinah berkata, dia berbuat demikian agar tidak timbul salah faham jika dia dilihat bersama lelaki lain selepas ini.


Malah, dia turut meminta Michael untuk meneruskan kehidupan termasuk bertemu dengan wanita lain sebagai pengganti dirinya.


"Saya ada bercakap dengan Michael, jika dia ada berjumpa dengan wanita lain, teruskan," katanya.




  



Sakinah dan Michael berkahwin pada penghujung 2020 namun hanya berkongsi tentang perkahwinan mereka kepada umum pada Februari 2021.


Pelakon itu sebelum ini pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun pasangan itu bercerai pada Mei 2020.


Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.


Manakala Michael pula mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
No one is surprise...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kesian ke nak gelak??
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
NI LAGI SATU MENTAL DISORDER ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Birthday sama date ni bermasalah, mcm yang and yang get together. Api dengan api.

Yang peliknya baru ja 2-3 minggu lepas post gambar dengan tok laki baik baik saja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 02:03 PM | Show all posts
DAH ADA LA DEKKK


Sharifah Sakinah Sah Nak Cerai, Suruh Suami Cari Wanita Lain
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5074450
Post time 22-10-2022 12:02 PM

Sharifah Sakinah bye bye husband? dah ke....  
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5074197
Post time 20-10-2022 09:23 PM

Sakinah ting tong cerai talak atau cerai partner Hemmafit?
https://b.cari.com.my/forum.php? ... obile=2&mobile=
Post time 20-10-2022 07:49 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk betul psl minah ni nk cerai ye.btw masa nk kawin dulu tk pikir panjang ke.org tu dok Sweden n tk mau dok sini.sweden bukan sabah.ke main Sauk je asal berlaki omputeh
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tua2 pun xmampu nak fikir mana baik mana buruk..hujung2 bercerai berai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2022 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
KucingBiru replied at 22-10-2022 01:26 PM
Birthday sama date ni bermasalah, mcm yang and yang get together. Api dengan api.

Yang peliknya ba ...

Takde kene mengena pon same birthday ke idok.... Tahyul sume tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke dah kawin. Jangan2 dah kena campak dgn laki tak guna. Pastu biat acah2 dah kawin nak cerai sbb nak tutup cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni tak pegi belajar bahasa swedish ke lepas tu cari keja
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dulu dia pernah bagi statement, gi stay sana sebab nk buat rawatan penyakit berkaitan mental dia kan. Pastu tak lama dh kat Sweden, dia umum dh kawen dgn mamat nih.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa kahwin fikir nk sedap je gini le jadiknye
Hang dh la jadikkan mamt tu islam dh tu hang nk tgglakan sebb komitmen dia
Nmpk sgt hang x nak terima anak2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat saleh pun fedup perangai ko kinah oi
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingat netizen kisah....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
melayu udahhh
omputih udahhhh
cer try negro lepas ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2022 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah dijangka awal2 dlu mase die tergedik nk kawen. Hahaha. Masin mulot rakyat marhaen. Lpas ni nk kutok maleis lg kah? Tanah tumpah drh dgg kita. Hahaha.... Kepoyoan die dlu skg terbalas dgn cerai. So nk duk sana ke idok ni?  Bongkak nye kamu dulu kinah oiii. Xsia sia rakyat marhaen doakan die.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembohong je si hodoh ni
Aku rasa dia tak kawin pun. Acah2 je.
Senang nau kau susah2 kawin apa bagai, then 2 tahun, cerai. Kau ingat kau sapa? Hot stuff sgt?
Tah2 kena dump je dgn Matsalleh caprut Sweden tu. Tulah, jgn nak eksyen sgt, dpt pencil Matsalleh. Dulu kemain kau meriak sana sini. Ujung2, berpisah juaaaa, wowooooo Kak Ziana Zain. Lepas ni bangsa apa pulak kau nak rasa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah .siap ckp nak elak fitnah kalau nmpk dgn laki lain..

Maknanye ko mmg ade niat nak cari lain atau mmg dh ade yg lain..
Die ni adakah sejenis terlebih spoil brat dr kecik smpikan semua benda sukahati die je nak buat smpi mcm xde agama..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 05:26 PM | Show all posts
Dah kawin buat cara kawin...duduk sekali...ni bukan johor-perlis yg kau boleh balik seminggu sekali...entah2 si laki yg fedup dpt bini x dgr kata..usually mat salleh first world country kalau pilih asian sbb senang dgr kata dan x banyak demand itu ini..matsalleh pun mcm bangsa lain juga mahu yg terbaik dlm hubungan...jgn sbb diorg pernah kapir semua pun salah mereka...bangsa kau saja yg betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.176993 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list