Seorang lelaki berdepan pengalaman ngeri iaitu mati selama 90 minit ketika dirawat seorang doktor apabila diserang sakit jantung pada awal pagi Januari 2019.
Jelas Alistair Blake, 61, ketika itu dia tidur di sebelah isterinya Melinda yang mendapati suaminya ‘kaku’ di rumah mereka di Australia, lapor Daily Star.
Facebook/Daily Star
Melinda yang cemas bertindak pantas dengan melakukan CPR ke atas suaminya sementara menunggu ambulans tiba.
Selepas cuba memulihkan Alistair selama 20 minit, paramedik tiba tetapi dia kekal ‘tidak bernyawa’ dan mati secara klinikal.
Para medik pula sedaya upaya membantu Alistair selama lebih sejam, sambil mereka terus memberikan CPR serta memberikannya lapan ‘kejutan’ pada dada dengan defibrilator.
Selepas 90 minit cuba menghidupkan semula jantung Alistair, akhirnya nadi kembali berdenyut.
"Secara teknikal, saya telah mati selama 90 minit.
“Saya masih ingat akan tidur pada malam Sabtu dan perkara seterusnya yang saya ingat ialah bangun pagi Khamis di atas troli dari ICU ke penjagaan koronari.
"Ramai orang bertanya kepada saya jika saya melihat apa-apa, dan jawapannya tidak. Saya tidak melihat apa-apa. Tiada cahaya, tiada apa-apa seperti itu,” jelasnya.
Gambar hiasan
Alistair kemudian dibawa ke Hospital Frankston di mana doktor dapat membuka arterinya yang tersumbat.
Alistair kemudiannya dibenarkan pulang selepas 12 hari.
Five medical students, obsessed by what lies beyond the confines of life, embark on a daring experiment: by stopping their hearts for short periods, each triggers a near-death experience - giving them a firsthand account of the afterlife.
Kat tiktok boleh follow Hospice Nurse Julie. Dia cerita pengalaman dia jaga patient nak mati. Nampak budak2 kecik berlarian di tepi katil atau sedara mara yg dh lama mati datang tu perkara biasa. Tak semistik yg org Melayu selalu anggap.
rating rotten tomato jangan kau tengok.. tak banyak movie yang dapat rating bagus disana. yang rating disana tu semua kaki movie.semua standard tinggi. semua kaki kritik... dia akan kritik semuanya termasuklah cara pengarahan, jalan cerita everything...
kalau kau jenis kritikal sangat-sangat, maka movie ni memang akan nampak banyak flaw. ..
aku pulak letak penilaian aku ikut pembahagian, kritikal 40% dan manakala 60% lagi suka dan tak suka... maksudnya kalau kau dah suka movie tu, sedikit sebanyan flaw movie tu diabaikan.. sebab tu movie yang rating agak rendah pun masih aku layan... rating 1mdb lebih sesuai untuk kebanyakan penonton