CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5186|Reply: 50

[Jenayah] Suami isteri BARU NIKAH disiasat polis #42 - [VIDEO] Suami isteri 'lalok' hisap gam depan anak dalam Iswara bergerak di Melaka, isteri pakai jilbab

[Copy link]
Post time 7-10-2022 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 9-10-2022 09:19 PM


Tangkap layar menunjukkan sepasang suami isteri sedang menghidu gam ketika memandu di sebuah jalan raya di Melaka.

[VIDEO] Suami isteri 'lalok' hisap gam depan anak dalam Iswara bergerak di Melaka
Khamis, 06 Okt 2022

TINDAKAN sepasang suami isteri menghidu gam ketika memandu undang perhatian ramai apabila perbuatan mereka didakwa membahayakan keselamatan pemandu lain dan juga anak mereka.

Kejadian itu yang dilaporkan berlaku di Melaka, menunjukkan kedua pasangan suami isteri terbabit sedang khayal menghidu gam.

Meskipun ada seorang anak kecil di belakang, mereka dilihat seperti tidak mempedulikan keselamatan kanak-kanak terbabit apabila masih terus melakukan perbuatan terkutuk itu.

Dikongsikan di laman Facebook, rakaman berdurasi 18 saat itu hangat diperkatakan netizen.




Lelaki berkenaan yang memandu kereta jenis Proton Iswara dilihat memandu dengan laju sambil bersilih ganti menghidu gam dengan isterinya.

Perbuatan berbahaya itu sekaligus mengundang pelbagai spekulasi dan kecaman daripada netizen di ruangan komen.

Mohd Rafie berpendapat, perbuatan suami isteri itu perlu dilaporkan kepada pihak polis kerana telah membahayakan keselamatan anaknya.

“Kalau nak hisap gam jangan la masa memandu silap-silap boleh kemalangan mereka sekeluarga, laporkan kepada polis sebab dia membahayakan nyawa anaknya,” katanya.

“Kena laporkan kepada polis, orang macam itu bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu lain tapi nyawa anak dia pun sama kalau kemalangan,” jelas Xara Afrah.

“Dah tak ada modal sangat ke nak naik bulan, yang peliknya siap bawa anak lagi, tu yang bahaya,” tambah Dboss Mlk.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis berhubung insiden itu setakat ini.

https://majoriti.com.my/berita/2 ... -bergerak-di-melaka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2022 06:05 PM | Show all posts

Pemandu dan penumpang kenderaan itu telah dikesan dan dibawa ke Balai Polis Trafik daerah Melaka Tengah. - Gambar/ Media sosial

Hisap gam dalam kereta, pasangan suami isteri disiasat polis
Bernama
Oktober 9, 2022 17:40 MYT


MELAKA: Gara-gara leka menghisap gam ketika sedang memandu kereta, pasangan suami isteri masing-masing berusia 33 dan 23 tahun yang baharu sebulan berkahwin, dipanggil polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata ia susulan satu video tular di Instagram berdurasi 17 saat memaparkan kejadian dakwaan pasangan menghisap gam ketika memandu bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun, dipercayai anak tiri kepada pemandu kenderaan itu, pada 4 petang 7 Okt lepas.

"Susulan itu, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik daerah Melaka Tengah pergi ke Kampung Bukit Pegoh, Pernu dan berjumpa pemilik kenderaan yang ditularkan itu pada 11 malam 8 Okt lepas untuk membuat pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut.

"Pemandu dan penumpang kenderaan itu telah dikesan dan dibawa ke Balai Polis Trafik daerah Melaka Tengah, namun saringan air kencing negatif," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Peraturan 17 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 kerana kesalahan kedudukan pemandu semasa memandu tidak membolehkan kenderaan dikawal dengan sempurna.

Menurutnya kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

https://www.astroawani.com/berit ... siasat-polis-385053

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2022 09:18 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 9-10-2022 08:35 PM
eee xmalu nak jadi moderator , muka dah lah penyondol suami orang. lagi mahu jadi moderator  ...

Baru nikah 1 bulan

Hidu gam ketika memandu, pasangan baru sebulan kahwin disiasat polis
Bernama -October 9, 2022 7:41 PM

MELAKA: Gara-gara leka menghidu gam ketika sedang memandu kereta, pasangan suami isteri masing-masing berusia 33 dan 23 tahun yang baharu sebulan berkahwin, dipanggil polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, pasangan itu ditahan susulan satu video tular di Instagram berdurasi 17 saat memaparkan mereka menghidu gam ketika memandu kereta pada 4 petang 7 Okt lepas.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun, dipercayai anak tiri kepada pemandu kenderaan itu turut berada dalam kereta itu.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik daerah Melaka Tengah pergi ke Kampung Bukit Pegoh, Pernu dan berjumpa pemilik kenderaan yang ditularkan itu pada 11 malam 8 Okt lepas untuk membuat pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut.

“Pemandu dan penumpang kenderaan itu telah dikesan dan dibawa ke Balai Polis Trafik daerah Melaka Tengah, namun saringan air kencing mendapati mereka negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Peraturan 17 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 kerana kesalahan kedudukan pemandu semasa memandu tidak membolehkan kenderaan dikawal dengan sempurna.

Menurutnya kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

https://www.freemalaysiatoday.co ... win-disiasat-polis/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2022 08:56 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 09:15 AM | Show all posts
Ya Tuhan... gila betul.
Kenapa orang mcm ni senang-senang dapat anak kan..
sampahhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Acaner ko blh tau yg diorg duk isap.tu gam?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2022 09:25 AM | Show all posts
krustykrab replied at 7-10-2022 09:20 AM
Acaner ko blh tau yg diorg duk isap.tu gam?

dlm plastik tu ada gumpalan cairan,kadang2 dah kering,bahaya isap gam masa memandu,kadang boleh hilang pertimbangan diri, tengah2 khayal tu naik ke bulan acaner
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 7-10-2022 09:25 AM
dlm plastik tu ada gumpalan cairan,kadang2 dah kering,bahaya isap gam masa memandu,kadang boleh hi ...

Oh..gitu.
Tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2022 09:34 AM | Show all posts
asma kot, pastu terlupa bawak ubat pam tu.

sekian, sangkaan baik aku
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 09:39 AM | Show all posts
Lihat lah donia!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 09:41 AM | Show all posts
So apa kena mengena mention isteri pakai jilbab? Tak nak sebut, suami tak berserban, pakai baju belang2, seluar dalam merah, etc....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 10:01 AM | Show all posts
adoi tak boleh berenti dlu ke kalau xtahan sgt nk isap? kalau dia exsiden sendiri xpe jgk kang langgar org lain tak pasal je menyusahkan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 10:47 AM | Show all posts
baru betul pasangan sekufu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 11:31 AM | Show all posts
ally9970 replied at 7-10-2022 01:41 AM
So apa kena mengena mention isteri pakai jilbab? Tak nak sebut, suami tak berserban, pakai baju bela ...

setuju! takde kaitan pakaian isteri tu dengan laki dia punya perangai kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 11:40 AM | Show all posts
hrp anak dia tak ikut jejak mak ayah la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 11:45 AM | Show all posts
ally9970 replied at 7-10-2022 09:41 AM
So apa kena mengena mention isteri pakai jilbab? Tak nak sebut, suami tak berserban, pakai baju bela ...

Biasalah, betina indon ni kan menggelupur bukak benang negatif pasal perempuan tempatan. Takde pulak kat tajuk letak suami tak guna bawa isteri hisap gam. Tetap juga letak perempuan yg negatif.

Betina Indon lagi teruk, jual anak utk beli dadah .


https://m.youtube.com/watch?v=3O_iqPPeUPc


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2022 12:59 PM | Show all posts
Gimana nasib anaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerana socmed, boleh nampak la perangai2 bodoh manusiawi ini sekarang.

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 01:08 PM | Show all posts
Bukan saja membahayakan diri bahkan boleh membahayakan pengguna jalanraya yang lain.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 01:32 PM | Show all posts
takpe la, asalkan tutup awratttttttttttttttttt


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 7-10-2022 01:32 PM
takpe la, asalkan tutup awratttttttttttttttttt

Pakai tudung pun boleh je buat aktiviti yg korang suka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2022 04:45 PM | Show all posts
Parah ini            
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan (UPDATE)
maklukpenggodaKes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, ha
Views : 71566 Replies : 2285
‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutkan’ – TV Thailand
Abahmung‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutka
Views : 29892 Replies : 11
Dakwaan pereka fesyen 'tabur duit' untuk tutup kes buli ke atas pekerjanya
maklukpenggodaDakwaan pereka fesyen 'tabur duit
Views : 24988 Replies : 34
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 215770 Replies : 611
Thinking Minds
adila39Thinking Minds
Views : 40513 Replies : 17
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 69902 Replies : 595
Zoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
AbahmungZoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
Views : 28335 Replies : 10
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 121983 Replies : 3178
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 107376 Replies : 6186
Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
YgBenarAnak perempuan Datuk Seri Najib Razak, N
Views : 14558 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.372410 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list