View: 2700|Reply: 26
|
Apa Sebab Tajuk Lagu Naim Daniel Terlalu Panjang?
[Copy link]
|
|
Tampil dengan lagu duet bersama Dolla berjudul Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat, penyanyi Naim Daniel memberitahu sengaja membuat kelainan dengan meletakkan tajuk lagu yang panjang.
Kata Naim, menerusi tajuk itu juga, ia menggambarkan jalan cerita sebenar yang ingin disampaikan menerusi lirik ciptaannya itu.
Foto: mStar Online
“Saya pun tak tahu macam mana nak pendekkan tajuk lagu ini kerana dari awal memang diberi judul begitu. Susah nak pilih perkataan yang sesuai. Jadi letak terus salah satu baris dalam lagu ini sebagai tajuk.
“Saya rasa ia juga memberi satu kelainan. Kalau dengar lirik pun ia straight forward. Sebab itu saya letak tajuk ini bagi menggambarkan kesedihan dalam lirik,” katanya kepada mStar.
Naim dan Dolla ditemui ketika majlis pelancaran lagu serta muzik video karya terbaharu mereka itu yang berlangsung di Petaling Jaya pada Jumaat.
Memilih Dolla sebagai rakan duet, kata Naim dia mahu memberi ‘warna’ berbeza dalam lagu yang sudah dicipta sejak setahun lalu.
“Antara sebab lagu ini lambat dilancarkan adalah kerana faktor masa. Saya sudah siapkan lagu ini setahun lalu. Lirik lagu ini sangat mudah difahami dan saya gunakan bahasa mudah dan bersesuaian dengan masyarakat sekarang.
“Pada awalnya ia dicipta untuk penyanyi lelaki, namun tiba-tiba saya dapat ilham untuk dibawakan secara duet bagi menambah warna lebih menarik.
“Setiap anggota Dolla ada kelebihan mereka tersendiri. Tidak ada sebarang masalah kami bekerjasama kerana masing-masing boleh menonjolkan kemampuan sendiri dalam baris nyanyian mereka,” jelasnya.
Sementara itu bercakap tentang kerjasama pertama mereka, Dolla memberitahu Naim banyak memberi tunjuk ajar untuk mendalami maksud setiap baris lirik memandangkan ini adalah adalah kali pertama kumpulan itu menyanyikan lagu genre balada.
Mereka juga turut menyumbang idea dalam pembikinan muzik video yang dilakukan di sekitar kawasan Pulau Indah itu.
“Sebelum memulakan rakaman, Naim sendiri meminta kami menyanyikan bahagian tertentu supaya dia ia boleh disampaikan dengan baik mengikut kemampuan masing-masing.
“Ini juga sebuah karya yang berat kerana kali pertama kami memberanikan diri membawa genre sebegini. Lagu ini sangat beremosi dan sedih.
“Kami juga memberi idea untuk penghasilan muzik video supaya makna lagu ini dapat disampaikan.
"Kami sangat seronok walau menjalani penggambaran selama 16 jam,” jelas mereka. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboi2..
Nakmlawan.tajuk.lagu siti nordiana n elly.mazlein ke |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal semua kebasahan tu huhu btw lagu tu tak bunyi sedih pun so cemana jd lagu yg paling sedih? |
|
|
|
|
|
|
|
ok nnt nak dengaor lagunya sedih benor ke gamaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Best lagu ni... First dgr smlm dh menangkap... ND ni lagu2 dia buat best2, easy listening... |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 2-10-2022 10:29 AM
Amboi2..
Nakmlawan.tajuk.lagu siti nordiana n elly.mazlein ke
Usah ditambah bara yang tersimpan
Tak Upaya Menangis Lagi
Bukan Mengungkit Tapi Membangkit
Di Sana Menanti Di Sini Menunggu
Ku Terbakar Kepanasan Cintamu
Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi
Izinkan Selamanya Namamu Di Hati
Siapa Sangka Siapa Menduga |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 2-10-2022 12:57 PM
Best lagu ni... First dgr smlm dh menangkap... ND ni lagu2 dia buat best2, easy listening...
Lagu dia yg purnama soothing betul dgr. Tp masuk tang lirik, mcm tak cukup kick.
Sayang masa AJL tak menang apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
jemahjacjon replied at 2-10-2022 01:05 PM
Lagu dia yg purnama soothing betul dgr. Tp masuk tang lirik, mcm tak cukup kick.
Sayang masa AJL ...
Lirik2 lagu ND ni selalunya 3-4 rangkap pastu ulang2 je.. sama cm Aina.. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin ini adalah tajuk lagu terpanjang di malaysia takmau masuk guiness book of record ke gitewwwachik pun nk cipta lirik |
|
|
|
|
|
|
|
Macam nama budak zaman sekarang semua panjang panjang. |
|
|
|
|
|
|
|
Heols snubbed atau x ckup bgs utk tembus top 5 kt aim
|
|
|
|
|
|
|
|
ofcoz la konsep tajuk lagu judika Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-baik Saja yihhh sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnye lagu ni tak sedih langsung |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih lagi lagu sumpah & purnama
2 lagu atas ni masa 1st time aku dengar terus terdetik this is AJL material
Tapi tak rasa yg sama bila 1st time dengar lagu dia dgn dolla ni
|
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 2-10-2022 01:03 PM
Usah ditambah bara yang tersimpan
Tak Upaya Menangis Lagi
Bukan Mengungkit Tapi Membangkit
Hahahahah
Ku kunci cinta buat mu ke apa tu..hahaha..
Mcm2 la.tajuk.lagu mcm.pendahuluan rumusan neh.. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 2-10-2022 08:35 PM
Hahahahah
Ku kunci cinta buat mu ke apa tu..hahaha..
Mcm2 la.tajuk.lagu mcm.pendahuluan rumusan ne ...
Ku Kunci Rindu Buatmu
Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu
Hahaha… |
|
|
|
|
|
|
|
ni cubaan nak tiru How Can I Love The Heartbreak When You’re The One I Love ke?
done fitenah naim daniel |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 2-10-2022 08:49 PM
Ku Kunci Rindu Buatmu
Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu
Haaaa
Hahaha..tqtq uols kerana mengingatkan lagu kunci2 ni....panjang2 nak gi mana kan...
Sabo jelah naem daniel neh |
|
|
|
|
|
|
| |
|