CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4392|Reply: 49

[Tempatan] 'Sekarang masa terbaik beli emas'

[Copy link]
Post time 20-9-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Ampang: Sekarang adalah masa terbaik membuat pembelian barangan kemas dan jongkong emas sama ada untuk pelaburan atau kegunaan peribadi, kata Pengurus Besar Kanan Habib, Mohd Zaruddin Mahmud.

Beliau berkata, ia kerana harga emas semasa menunjukkan penurunan sejak beberapa bulan lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi.

Menurutnya, penurunan harga emas itu mungkin tidak disedari di negara ini kerana kejatuhan ringgit namun ketara di pasaran dunia.

"Kita lihat trend harga emas menurun hingga ke tahap paling rendah pada minggu lalu. "Selalunya dolar Amerika Syarikat (USD) negatif, harga (emas) menaik tetapi kita tengok tahun ini keadaan berbeza.


"Ini disebabkan permintaan kurang, inflasi meningkat dan pasaran kewangan yang merudum. Pembelian digalakkan ketika barangan dijual pada kadar rendah jadi ini masa yang sesuai kerana membeli emas adalah satu bentuk pelaburan jangka masa panjang," katanya ketika ditemui di Kedai Emas Habib di Ibu Pejabatnya di sini, hari ini.

Menurut Mohd Zaruddin, mereka yang mahu membuat pelaburan disarankan membeli jongkong emas kerana tidak perlu membayar upah yang mahal.

Bagaimanapun, beliau berkata, pembelian barangan kemas digalakkan untuk mereka yang mahu memakai atau menyimpan bagi kegunaan sendiri.

"Harga jongkong emas 999 kini adalah RM251 untuk setiap satu gram manakala RM285 bagi emas 916 dan di Habib, kita menjualnya pada harga lebih rendah iaitu RM260 ke RM275.

Nasihat saya kepada pembeli adalah jangan cepat terpengaruh dengan harga emas di sesuatu kedai kerana ada kalanya terlalu rendah tetapi upahnya tinggi hingga perlu membayar mahal berikutan caj tersembunyi. Jika reka bentuknya (barangan kemas) unik tiada masalah untuk bayar upah mahal namun tidak berbaloi jika yang biasa saja.

"Di Habib, harga ditawarkan sangat kompetitif dengan kualiti kerana kita sudah 64 tahun dalam perniagaan jadi yang diutamakan adalah barangan berkualiti tinggi dengan harga berpatutan. Kiranya, kita jual ikut harga emas semasa jadi mengapa perlu bayar tinggi?," katanya.

Berkongsi mengenai trend pembelian emas, Mohd Zaruddin berkata, kebanyakan yang membeli barangan kemas dan jongkong emas untuk pelaburan datangnya dari Lembah Klang.

Katanya, ia kerana faktor kuasa membeli, kepadatan penduduk dan kesedaran terhadap pergerakan harga emas.

"Kalau cakap soal emas mesti ada yang beranggapan ramai pelabur dari Pantai Timur tetapi sebenarnya hasil jualan lebih banyak di Lembah Klang.

"Boleh dikatakan, 60 peratus pelabur jongkong emas adalah lelaki dan 40 peratus lagi wanita. Bagi barangan kemas pula, 95 peratus wanita dan lima peratus lagi lelaki," katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/883882/sekarang-masa-terbaik-beli-emas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2022 07:55 PM | Show all posts
sure la tokei emas sarankan beli emas sebab dia jual emas

ada ke selama ni tokei satay sarankan kita beli emas?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah nya mana nak cari duit beli emas. Nak makan pun kena berjimat. Aiseh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 08:45 PM | Show all posts
ceh igtkan said by pakar ekonomi ke apa, ropanya tokei emas. hurm.. tp mmg betul pun
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 08:46 PM | Show all posts
Harga jongkong emas 999 kini adalah RM251 untuk setiap satu gram manakala RM285 bagi emas 916


bukan 999 lg mahal dari 916 ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 20-9-2022 08:46 PM
bukan 999 lg mahal dari 916 ke

Itu yg pelik...kalau tgk di shopee habib os rm306 segram kalau gold bar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Last2 suruh beli kat kedai dia juga.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila rege emas jatuh : " ni masa terbaik utk beli emas"
Bila rege emas naik : "ni masa terbaik utk beli emas sbb lepaih ni rege makin naik lagi"
Ujung2 tersontot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli di public gold. Murah lg. Moh kumpul emas
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Rugi melabur ini emas ni klau kta perlu kecairan duit kita dgn segera..sbb harga x konsisten..pulak x da dividen...contoh : masa sekarang ni klau segera nk pakai duit..ttb kna jual..rugi lar sbb harga jatuh..

ASB n TH jugalar yg ok
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 10:47 PM | Show all posts
harga hari ni



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Whitney72 replied at 20-9-2022 10:25 PM
Rugi melabur ini emas ni klau kta perlu kecairan duit kita dgn segera..sbb harga x konsisten..pulak  ...

Kan beli utk long term
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Whitney72 replied at 20-9-2022 10:25 PM
Rugi melabur ini emas ni klau kta perlu kecairan duit kita dgn segera..sbb harga x konsisten..pulak  ...

Yup sbb emas mmg utk long term
Lg 1 sbb boleh gadai sementara.. bnda tu x hilang
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu ejen hartanah suruh beli rumah.
Hari ni tokei kedai emas suruh beli emas.

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya.. kalai beli emas kat habib tu boleh mintak diskaun ke.. ada berkenan satu gelang simple ni. Tp kalau tgk harga mcm dah jadi 350/g..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
nirose replied at 20-9-2022 11:37 PM
Nak tanya.. kalai beli emas kat habib tu boleh mintak diskaun ke.. ada berkenan satu gelang simple n ...

Upah dah fixed kat Habib..dah siap2 tulis WS berapa kat tagging..biasa kalau ada special offer akn kurang kat harga emas dia..dia ada less paling banyak rm25/gm utk selected design..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2022 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Good investment…
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 20-9-2022 07:55 PM
sure la tokei emas sarankan beli emas sebab dia jual emas

ada ke selama ni tokei satay sarankan kit ...

LOL

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 20-9-2022 11:28 PM
Hari tu ejen hartanah suruh beli rumah.
Hari ni tokei kedai emas suruh beli emas.

Semua nak untong part depa aja...

Pembeli jugak yang terciduk sbb ikut ikutan
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunan replied at 20-9-2022 10:50 PM
Yup sbb emas mmg utk long term
Lg 1 sbb boleh gadai sementara.. bnda tu x hilang

Aku beli barang kemas 916 sbb kalo rosak buleh tukar... atau pun dah lama boring pakai design tu, tukar design lain..

Kalo berlian, mmg mampus la stuck dengan gelang cincin gitu je sampai bila2... kita ni nak berjangok tukar2 pesen la kan once in a while

Emas bagi aku bukan investment
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 03:29 PM GMT+8 , Processed in 1.895453 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list