CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 453|Reply: 1

[Kedah] Pemilik syarikat didenda guna penyata akaun bank palsu mohon tender

[Copy link]
Post time 29-8-2022 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Tiga pemilik syarikat masing-masing didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan penyata akaun bank syarikat untuk mendapatkan tender pembersihan awam.

Hakim Harmi Thamri Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Asri Sapar, 48, Roslan Jaafar, 52, dan Mohamad Shamsul Aizat Mohd Salleh, 31, dan turut memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Harmi Thamri berkata, hukuman itu diputuskan dengan mengambil kira kepentingan awam bagi memberi pengajaran dan teladan kepada orang ramai untuk tidak melakukan kesalahan sama.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Asri dan Roslan dituduh menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu penyata akaun bank syarikat bagi bulan Oktober hingga Disember 2018 dalam permohonan tender Penswastaan ​​Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.


Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Wisma Idaman Sdn Bhd di sini masing-masing pada 14 Jan 2019 dan antara 11 Feb hingga 5 Mac 2019.

Mohamad Shamsul Aizat didakwa melakukan perbuatan sama bagi tujuan mendapatkan tender Projek Pengumpulan Sisa Pepejal Bersepadu, Pengurusan Pembersihan Awam dan Operasi & Penyelenggaraan Pusat Komuniti Lestari (PKL) di bawah Program Keusahawanan Belia di Kulim Hi-Tech Park, pada 17 Januari 2019 di tempat sama.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Di mahkamah sama, seorang lagi pemilik syarikat Zamri Mohamad, 53, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama dengan Mohamad Asri dan Roslan.

Mahkamah membenarkan Zamri diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang mengganggu saksi dan menetapkan 29 September untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah Mohd Zulfadli Azharudin, manakala Mohamad Asri, Roslan dan Mohamad Shamsul Aizat tidak diwakili peguam dan Zamri diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Kesemua tertuduh masing-masing membayar denda dan wang jaminan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -palsu-mohon-tender

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2022 10:22 PM | Show all posts
hahaaa x pandai lg tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 164564 Replies : 3953
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5116 Replies : 71
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8429 Replies : 55
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26723 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19935 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71791 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4334 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.621770 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list