CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1504|Reply: 11

Dulu pelawak pernah jadi ‘superstar’ – Shamsul Ghau Ghau

[Copy link]
Post time 2-8-2022 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Sumber Kosmo


Anak seni yang bakatnya digilap menerusi pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan 1993, Shamsul Ghau Ghau menerima dengan hati terbuka bahawa zaman kegemilangannya sudah lama berlalu.



Menerusi laporan Kosmo! Online, pemilik nama sebenar Shamsul Azahar Aliddin itu sudah lapan tahun tidak diberikan tawaran untuk menjayakan watak utama sesebuah naskhah.



Bagaimanapun, Shamsul baru-baru ini diberikan peranan besar untuk membintangi drama arahan Mp. Roslin yang berjudul Guard Komando.



Dia mengakui ada rasa takut untuk melakonkan watak utama kerana sudah lama tidak berada di posisi berkenaan.



Babak drama Guard Komando (Sumber Harian Metro)


"Apabila lama tak berlakon, mestilah ada rasa takut, gugup dan gementar. Digandingkan pula dengan pelakon-pelakon yang mempunyai ramai pengikut di media sosial," katanya.



Sudah berusia 54 tahun, Shamsul yang popular dengan lagu Selamat Jalan Romeo itu berharap agar diberikan watak yang bersesuaian dengan usianya.



Ditanyakan mengenai rahsia yang membolehkan pelawak kekal relevan, kata Shamsul, dia mengambil inisiatif untuk melakukan kajian sendiri dengan melihat bagaimana pelawak itu boleh dalam industri.





"Zaman berubah, sementara pelawak datang dan pergi. Tapi, macam mana seseorang itu boleh kekal relevan? Untuk pelawak terdahulu yang mungkin pernah diangkat sebagai 'superstar', kini anda merupakan bekas 'superstar'.



"Kaedah yang saya dapat untuk kekal relevan, jika tidak boleh bersaing dengan mereka maka sertailah mereka. Walaupun tidak lagi bergelar hero, sekurang-kurangnya kita masih berada dalam kelompok pelawak yang sedang popular pada hari ini," katanya. - CARI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
'selamat jalan romeo' tu lagi ramlah ram.lagu dia yg popular tajuk lagu popular zaman tu...ntah apa jodolnya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 05:53 PM | Show all posts
Bukan ke haritu bukan main kata nak tinggalkan dunia lagha ni, nak berdakwah, nak slow-slow berhenti jadi artis? Dah tu? masih berharap jadi lead actor ke? zaman sinaran pasport tu soooo far away sooo yesterday... Atok Nenek pelakon Jalan Ampas pun boleh juga claim diorang susperstar kalau macam tu... yihh! Btw, "Selamat Jalan Romeo" tu lagu Kak Melah Ram, kau mabok ke TT? Lagu dia nyanyi "Lagu Hits Buatmu" tajuknya...Iwan Dangdut pun ada nyanyi lagu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Terperangkap di masa silam tu pkara biasa
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah uturn balik ke cam ne ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 09:55 PM | Show all posts
Belibis replied at 2-8-2022 05:12 PM
'selamat jalan romeo' tu lagi ramlah ram.lagu dia yg popular tajuk lagu popular zaman tu...ntah apa  ...

Lagu utk muu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2022 10:14 PM | Show all posts

Lagu Hits Buatmu.

Laguku untukmu tu lagu Hasnol rasenye
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhhh dah konar balik ke?
Dulu beria nak tinggalkan donya laghooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 07:57 AM | Show all posts
apalah yg nak diharapkan sgt kpd penunggang agama?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 02:56 PM | Show all posts
Aik.. bukan haritu dah insof tapi berlakon balik..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 03:26 PM | Show all posts
senario kekal relevan je sampai sekarang walaupun takde program khas tayang kt tv
org layan you tube cerita2 lama senario
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 03:40 PM | Show all posts
agaknya part time jer kot niii??? acano tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26424 Replies : 24
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 12148 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.470593 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list