|
View: 3066|Reply: 10
|
Melekat Ke Sana Ke Mari, Merqeen Dan Anna Jobling Masih Tahu Batas
[Copy link]
|
|
|
Bukan sekadar dalam drama, keserasian pelakon Meerqeen dan Anna Jobling juga menjadi tumpuan ramai apabila mereka dilihat sering berbalas komen di media sosial.
Gara-gara kemesraan itu, ada yang beranggapan kedua-duanya adalah pasangan kekasih dan sedang bahagia bercinta selepas terlibat dalam drama Melur Untuk Firdaus.
 Foto: IG
Menjelaskan hal tersebut, Meerqeen, 21, memberitahu dia dan Anna saling memahami dan masing-masing mengetahui apa yang tidak sepatutnya berlaku di luar lokasi.
"Sejak awal penggambaran drama saya dan Anna telah bincang tentang perkara yang patut dan tidak kami lakukan sebagai pelakon.
"Tidak dinafikan apa yang dipamerkan di media sosial telah melonjakkan drama kami berdua.
"Bagaimanapun saya dan Anna hanyalah kawan dan tiada sebarang hubungan istimewa antara kami," katanya kepada mStar.
Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berkata demikian ketika ditemui di majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta baharu produk minuman Spritzer yang berlangsung di Subang Jaya pada Khamis.
Meskipun drama lakonannya itu mendapat sambutan hangat sehingga ke luar negara, Meerqeen tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan untuk berbangga diri.
Dalam masa sama Meerqeen juga tidak menyangka lagu nyanyiannya berjudul Menunggu kini mula tular di Indonesia.
"Memang terkejut drama kali ini dapat sambutan hingga luar negara. Saya gembira namun tidak mahu bangga kerana takut lupa diri.
"Kita tak tahu bagaimana sambutan drama saya akan datang. Bila dah ada satu tanda aras begini saya takut jika drama akan datang tidak menjadi.
"Sementara itu apabila lagu viral di Indonesia, saya juga bangga. Mungkin cerita yang disampaikan kena dengan citarasa pendengar sana," ujarnya.
Menerima beberapa undangan menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara di Indonesia, Meerqeen tidak menolak sekiranya mendapat peluang berlakon di sana.
"Buat masa ini belum ada sebarang tawaran berlakon. Cuma saya akan ke sana hujung Julai menjadi tetamu program televisyen dan beberapa urusan kerja lain.
"Kalau ada peluang untuk berlakon di sana, saya tidak akan menolak dan sedia untuk lebarkan sayap ke negara orang," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah abis drama nanti, masing2 buat hal sendiri lah kan.. Harap2 merqeen ni lurus |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Smlm aku tertengok sikit Anna jobling kat drama apa ntah. Cantik nye dia....and not bad jugak lakonan. Lagi suka tengok dia berdialog dpd minah A-lister sound stupid ckp melayu tu. Mamat ni aku tak kenal. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Takpe lah kalau melekat pun. Bagai pinang dibelah dua pun...  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yg si minah ni asik jelir lidah bl bergambau dh kenapa? igt lawa sgt ke pose cmtu?huh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mana yg tiba2 nak potong line tu
apa nama.. syed ke apa tah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
awat la si Anna suka jelir2 lidah gitu...Merqeen nmpk sopan jah...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla kalo takde hubungan istimewa. Korang pon muda lagi, baru setahun jagung dlm industri. Hahaha seronok la taim ada chance... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua2 helok baka nya.. Rsenya dorg ni ada trjebak jgk cinta lokasi kot.. Biasala org muda |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|