Personaliti media sosial, King Coco mengakui ada antara persalinan yang menjadi pilihannya dibeli secara 'online'.
King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail memberikan jawapannya selepas ditanya mengenai persalinan yang menjadi pilihan dan kerap dibeli menerusi Insta Stories baru-baru ini.
IG King Coco
Coco pada masa sama tidak menafikan ada ketika dia sukar untuk mencari seluar bersesuaian.
“Saya tinggi, pinggang pulak kecil. ‘Butts’ pun agak lebar. Susah untuk saya cari seluar yang ideal. Mostly dari website luar.
“Sebab kadang body mereka pelik sikit. Masalah saya, kalau ‘butts’ muat tapi bab pinggang tak muat, kena kecilkan barulah seluar saya tu fit.
“Kenapa tak beli kat Shein? Saya pernah beli mungkin nasib saya tak baik, i had bad experience. Saya lebih selesa dengan Fashionova atau Zara.
IG King Coco/Media Hiburan
“Saya takut nak cuba cuba brand baru, style dan size. Saya lebih selesa stick dengan satu atau dua brand. So baju saya banyak dari Zara dan Fashionova,” jelasnya.
Banyak persalinan dalam rona hitam dan putih, ibu kepada dua cahaya mata ini juga selesa untuk tampil dengan imej pilihannya itu.
IG King Coco/Media Hiburan
“Jika seksi itu buat saya confident… so thats what I choose.
“Saya dah tua, dah ada dua orang anak pun. Banyak yang saya lalu dalam hidup. Jadi jika kepuasan org lain jadi matlamat hidup saya. Matilah saya.
IG King Coco
“Saya hidup dengan hidup saya. Cara saya. Jadi maaf jika kurang senang. Hidup saya bukan untuk memberi kepuasan pada orang lain. Doa yang baik baik untuk awak dan saya,” luahnya.
Sumber: Media Hiburan |