Sumber IG
Perkongsian penyampai radio, Fizi Ali di ruangan IG Story menyebut mengenai 'perampas' dan 'bercinta dengan suami orang' itu mencetuskan tanda tanya.
Fizi memuat naik dua hantaran tersebut secara berasingan tanpa menyebut nama sesiapa.
"Ingatkan dah insaf. Sambung balik tu. Hish, tahniah la si perampas. Sesuai la dedua tu perampas," tulisnya pada hantaran kedua.
Terdahulu, sekitar pertengahan Jun, Fizi pernah meluahkan rasa marah terhadap bekas isterinya yang juga seorang pelakon, Shakilla Khoriri.
Fizi dan Shakilla pernah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia pada 2019. -CARI
|