Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, terkejut apabila dirinya didakwa menjadi seorang penyanyi pop terkaya di Malaysia dan bertaraf jutawan oleh seorang YouTuber Indonesia.
Nana ketika dihubungi berkata, semua yang diperolehnya kini adalah rezeki daripada Allah dan ia amat disyukuri.
Katanya, sama ada sudah bergelar jutawan atau tidak, dia hanya mampu mengaminkan saja.
"Alhamdulillah, semua yang saya ada sekarang ini adalah rezeki daripada Allah. Jadi, sama ada saya sudah jutawan atau belum, sukar untuk saya menjawab pertanyaan itu.
"Apapun, terima kasih banyak-banyak kepada semua yang mendoakan saya dan semoga 'masin' mulut anda yang mendakwa saya sudah jutawan itu. Saya ucapkan terima kasih," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Nana yang juga ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, dia tidak menduga ada saluran YouTube daripada 'content creator' di negara jiran yang membicarakan mengenai pendapatan termasuk aset peribadi dimilikinya seperti rumah dan kenderaan.
"Sejujurnya, saya agak terkejut juga apabila menonton video berkenaan. Namun, dalam hati saya 'amin' kan saja kerana mana tahu satu hari nanti jadi kenyataan. Insya-Allah, sebab setiap 'kata-kata' itu adalah doa," katanya.
Didakwa Sudah Jutawan, Siti Nordiana Aminkan Kata-Kata YouTuber Indonesia
Karier seni penyanyi, Siti Nordiana kembali mekar berbunga selepas menjuarai program Gegar Vaganza pada 2015. Sejak itu, rezeki wanita berusia 37 tahun itu mencurah-curah tidak hanya dalam bidang seni suara tetapi juga lakonan dan pengacaraan.
Melihat pada kekerapannya menjayakan pelbagai tawaran, seorang YouTuber Indonesia mendakwa selebriti itu adalah seorang penyanyi pop terkaya di Malaysia yang bertaraf jutawan.
Memetik laporan Harian Metro, wanita yang mesra disapa sebagai Nana itu terkejut dengan dakwaan tersebut namun bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya serta menyifatkan ia adalah daripada Allah.
"Alhamdulillah, semua yang saya ada sekarang ini adalah rezeki daripada Allah. Jadi, sama ada saya sudah jutawan atau belum, sukar untuk saya menjawab pertanyaan itu.
"Apapun, terima kasih banyak-banyak kepada semua yang mendoakan saya dan semoga 'masin' mulut anda yang mendakwa saya sudah jutawan. Saya ucapkan terima kasih," katanya kepada Harian Metro.
Ibu tunggal itu turut mengakui terkejut apabila ada saluran YouTube daripada 'content creator' di negara jiran yang membicarakan mengenai pendapatan termasuk aset peribadi dimiliknya seperti rumah dan kenderaan.
"Saya agak terkejut juga apabila menonton video berkenaan. Tetapi dalam hati saya aminkan saja kerana mana tahu satu hari nanti jadi kenyataan. Insya-Allah, sebab setiap kata-kata itu adalah doa," katanya. -CARI
Post time 23-6-2022 10:51 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Imkhai replied at 22-6-2022 10:57 PM
Jutawan la sgt tp nmpk la dia brkeja baik dia dayang mmg wanita brduit la
Setahu i lh kn maksud jutawan ni aset + tunai dia melebihi 1 juta kn. Y u ni tak percaya yg dia ni jutawan? Job dia masyuk kot. Setahu i lh artis byaran mahal. Pelakon pn utk 1 episod paling murah pn dpt byran 3k keats. Penyanyi lg lh 1 lagu berapa ribu dia boleh dpt. Bukan takat nana je. Klu artis yg job lebat org kata dia jutawan i percaya je.
Post time 23-6-2022 02:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
a5h91 replied at 23-6-2022 10:51 AM
Setahu i lh kn maksud jutawan ni aset + tunai dia melebihi 1 juta kn. Y u ni tak percaya yg dia ni ...
1 show pon puluh2 ribu bkn semua dia dpt beb PA dia komisen dh brp sound men dh brp dia kn byr klau bab jd duta nana menang tp klau show lebat dayang menang aku rs tp klau personal acc dia ratus2 ribu tu aku percaya la dia ada