View: 4654|Reply: 48
|
Memilih, Susah Nak Cari Hero Gandingan- Nabila Razali Berselera Tinggi?
[Copy link]
|
|
Bakal membintangi drama bersiri adaptasi dari novel Kerana Cinta Itu Ada, namun, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengakui penggambaran masih tertangguh disebabkan belum menemui hero yang sesuai.
Menafikan terlalu cerewet dalam memilih gandingan, Nabila berkata, cukuplah sekadar jika aktor yang terpilih bersesuaian dan mampu membawa karakter ditampilkan.
Foto: IG
"Hendak cari hero sahaja satu cabaran, itu belum masuk nak dapatkan lokasi sesuai. Bukanlah bermaksud selera tinggi, tetapi dalam fikiran saya adalah gambaran pelakon lelaki bagaimana yang dimahukan.
"Tetapi, tak adalah sampai nak hero 'meletop'. Cukuplah sekadar bersesuaian dengan karakter Tengku seperti yang digambarkan penulis novel ini," katanya kepada BH Online.
Ditanya siapakah pelakon yang ada dalam bayangannya membawakan watak Tengku Aisy Mateen, penyanyi yang baru muncul dengan single Putus ini memberitahu, sosok aktor yang ada dalam fikirannya adalah Shukri Yahya.
"Sejujurnya, memanglah ada beberapa pilihan, tetapi apa yang berjaya menangkap perhatian saya adalah pelakon yang sedang hangat di kaca televisyen, Shukri.
"Saya dapat rasakan Shukri mampu memberi impak kepada watak Tengku Aisy Mateen itu.
"Lagipun, kami pernah bergandingan dalam drama. Jadi, saya tiada masalah dari segi mencari keserasian," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Universal Music Malaysia, kelmarin.
Dilancarkan Mac lalu, novel itu dihasilkan berdasarkan kisah cinta silam pemilik nama sebenar, Nur Nabila Mohd Razali yang tidak kesampaian.
Drama yang menyaksikan Nabila membawakan watak Nabila Aulia itu bakal disiarkan di TV3. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Bedasarkan kisah dia ke? Confuse jap |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm nama watak start dgn Tengku ..Tengku ni .. ala plot 90an la. Buat la citer yg fresh sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa dia yg kena pilih pelakon lelaki/hero pulak? dia pengarah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
pinggan replied at 27-5-2022 12:38 PM
Hmmm nama watak start dgn Tengku ..Tengku ni .. ala plot 90an la. Buat la citer yg fresh sikit.
Penulis brangan...bgitula..ingat org xda pgkal nama mcmtu org xpandang ka |
|
|
|
|
|
|
|
I tengok drama yg dia berlakon dgn SY..kesian SY ...in terms of looks ok sbb dua2 wajah melayu terakhir ...ada manis . ..tapi elok heroin lain... nab bagi org lain lah berlakon watak leading tu
Nab |
|
|
|
|
|
|
|
Still tak boleh hadam how dia blh jadi pelakon utama |
|
|
|
|
|
|
|
SY mana kah? iols tahu SY gandingan dengan KE tu jah? memang muka melayu terakhir lah pokcik SY ni khensss
|
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya ko pon berlakon tak best. Pehal nak memilih hero pulak, hero tu yg patut pilih heroin lain kalau setakat gini je taraf heroin yg dia boleh dalat |
|
|
|
|
|
|
|
nubook replied at 28-5-2022 09:51 AM
Still tak boleh hadam how dia blh jadi pelakon utama
ramai lagi talent yg i rasa boleh ganti dia tapi nampak macam nama dia je selalu naik |
|
|
|
|
|
|
|
SY 7 hari...btw KE tu sapa?
Gap sgt lah SY 7 hari dgn nab ni...One more thing nab ni lilit lah tudung tu kut mana pun muka sama tahap tu...wpun tak lah huduh. I prefer dgn Aydajebat. Nab ni pi lah balik dgn Alip Sattar because both berlakon sama je lontaran dialog...bagilah watak apa pun... |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 28-5-2022 02:37 PM
masalahnya ko pon berlakon tak best. Pehal nak memilih hero pulak, hero tu yg patut pilih heroin lai ...
Kamu betul! Boleh tak director cast org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Kau pun berwajah desa tp taste kemain.
Pernah dpt award heroin terbaik ke dik? |
|
|
|
|
|
|
|
Iolss suke jua nab ni berlakon... Okla darii instafemes xde bakatz...
Tp depa ni x bole challenge la pelakon2x senior mcm shukriyahya... Siti saleha... Amyra rosli.. Remy... Depa powerla berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
Wow..90's vibes sgt drama nama tengku.. Tengku Bakri pon org tak panggil tengku. Lepak kat tebing terus jadi Tongki. Reality bites. Tak semua tengku kaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Syukriya muka serupa betul dgn ustaz kazim..
Boleh berlakon jadi kembar seiras |
|
|
|
|
|
|
|
ambilk redza rosli aka kucing oyen….jgn pilih org cerah cerah ni… |
|
|
|
|
|
|
|
Wait sis tak faham ya. Kenapa pelakon yang pilih sparing partner? Bukan patut producer ke, Director ke, gitu soalan noob I |
|
|
|
|
|
|
|
anilanil replied at 28-5-2022 04:06 PM
Wow..90's vibes sgt drama nama tengku.. Tengku Bakri pon org tak panggil tengku. Lepak kat tebing te ...
Mcm fantasi je drama dia ni..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|