Penyanyi rap, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice tampil memberikan amaran kepada seorang lelaki yang didakwa telah mengganggu privasi isterinya, Farra Inalis dengan menghantar mesej menerusi aplikasi Whatsapp.
Menerusi Instagram, Caprice menunjukkan paparan mesej daripada individu berkenaan yang dikirimkan kepada isterinya pada jam 11.02 malam.
Kata Caprice, perbuatan lelaki tersebut sudah melampaui batas dan dia memberikan tempoh 24 jam kepada individu berkenaan untuk membuat permohonan maaf sebelum tindakan lanjut diambil.
"ertama sekali, Malaysia, saya tak kisah jika anda mahu membenci saya, maksudnya bencikan saya.
"Tetapi apabila anda mula kacau isteri saya atau anak saya atau menghubungi isteri saya pada malam hari atau Whatsapp isteri saya, itu tandanya anda telah melampaui batas antara kehidupan peribadi saya," katanya.
Caprice menjelaskan, dia terpaksa mengambil tindakan dengan sedemikian kerana bimbangkan keselamatan isteri dan anaknya apatah lagi individu berkenaan masih lagi menghantar mesej kepada isterinya walaupun sudah diberikan amaran.
"Kenapa? Sebab kita akan mula fikir tentang keselamatan isteri dan anak saya., Jadi, awak mempunyai masa selama 24 jam untuk cari saya dan minta maaf depan-depan.
"Kali pertama awak text isteri saya, kita fikir, okay mamat ni mungkin gila jadi kami berikan dia amaran dengan harapan tidak kacau isteri saya lagi. Tetapi, hari ini (semalam) dia text isteri saya. Guys, jangan main gila terutamanya tentang keluarga," katanya.
Terdahulu, Caprice dan Farra Inalis mendirikan rumah tangga pada pertengahan November 2021. -CARI
|