CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3464|Reply: 38

Lelaki Pesan 8 Set Makanan Tapi Makan Seorang, Ramai Syak Ahli Keluarga 'Hilang' Serentak

[Copy link]
Post time 29-4-2022 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Kelibat seorang lelaki yang duduk sendirian di sebuah kedai mamak mencuri perhatian beberapa pelanggan lain.


Sesekali lelaki lanjut usia itu dilihat menyusun gelas air, pinggan serta memperbetulkan kedudukan kerusi seperti sedang bersedia menunggu kehadiran beberapa lagi tetamu.


Kelihatan terdapat lapan set makanan dan minuman terhidang di meja bersama lelaki berkenaan.




Foto: FB




"Aku dan famili lepak mapley (kedai mamak) malam tadi. Agak lambat juga la dalam pukul 10.30 malam. Baru habis shopping barang dan buku sekolah budak-budak.


"Masa tengah tunggu makanan sampai, nampaklah uncle ni susun-susun pinggan, air dan kerusi macam tengah sediakan hidangan makanan.


"Masa tu tak fikir apa pun. Lama-lama rasa pelik pula apabila tengok habis dia susun teratur dan tertib sampaikan kerusi pun ikut line. Berkali-kali dia betulkan pinggan macam orang ada OCD (obsessive compulsive disorder). Perfect!," ujarnya.


Cerita tentang lelaki berkenaan dikongsikan seorang pengguna media sosial dan disiarkan semula di Facebook stesen radio Zayan baru-baru ini.


Setelah sekian lama memerhatikan gelagat lelaki berkenaan, individu tersebut bertambah hairan apabila tiada siapa tiba tiba untuk makan bersamanya.








"Makanan kami dah sampai tapi uncle ni masih seorang diri. Aku dah mula terfikir mana kawan-kawan dan staff dia. Mungkin tengah cari lokasi kedai tapi tak jumpa. Masa tengah makan aku beritahu isteri fasal ni... rupanya dia dah perasan juga sejak tadi.


"Orang sekeliling dah mula jeling-jeling berkerut dahi. Aku syak 'sesuatu' sangat uncle ni. Dia sediakan lapan hidangan dan lapan gelas air," ceritanya lagi.


Tidak senang dengan apa yang disaksikannya, individu tersebut cuba merisik kepada pekerja restoran tentang perihal pelanggan lelaki berkenaan.


"ekerja tu beritahu dia (uncle) tu memang macam tu. Dia order untuk lapan orang siap hidang dan susun elok-elok sebab tengah makan dengan famili dia. Tapi pekerja tu tak tahu keluarga dia masih ada lagi atau tidak (hidup atau mati). Masa ni, isteri aku dah menangis tengok uncle tu. Anak-anak aku pun sedih dah.


"Uncle tu makan dia punya portion sambil cakap-cakap dengan kerusi yang kosong tu. Aku dah sebak sebab tengok reaksi uncle tu. Lepas tu dia makan hidangan 'orang sebelah' pula," ujarnya lagi.


Menurut pekerja itu lagi, lelaki berkenaan mengunjungi restoran ini sekitar dua hingga tiga kali setiap minggu dan melakukan perkara sama.


Malah, lelaki itu akan membayar semua makanan yang dipesannya, walaupun sebahagian besarnya masih belum disentuh.


"Uncle ni wire shot (tidak waras)? Aku tak rasa dia macam tu. Elok je baju dia, pakai mask (pelitup muka), bayar makanan dia, susun kemas meja elok-elok.


"Kita tak tahu sejarah apa yg dia dah tempuh selama nih," kata lelaki tersebut menutupi posting di Facebook dengan spekulasinya sendiri.


Perkongsian itu sehingga kini dikongsi lebih seribu pengguna lain dengan ratusan komen yang rata-ratanya bersimpati dengan lelaki lanjut usia berkenaan.


Telahan mereka, kemungkinan lelaki berkenaan berdepan detik sukar dalam hidup membabitkan lapan individu seperti jumlah kerusi yang diaturnya di restoran mamak itu.


"Dia rindu la tu. Rindu pada yang tiada itu lebih menyakitkan. Mungkin di situ tempat terakhir mereka berkumpul sebelum terjadi apa-apa. Kita tak tahu, doa yang baik-baik saja.


"Mungkin dia hilang famili hampir serentak. Terlalu rindu... hanya Allah yang tahu.


"Doakan yang baik-baik moga di hujung usia dia temui ketenangan dan reda dengan apa sahaja ketentuan Ilahi," demikian kata beberapa netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2022 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya, teringan abang yg hilang 8 ahli keluarga serentak eksiden kena langgar lori hujung tahun lepas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 11:54 AM | Show all posts
pokcik ni wire shot kot..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyebok je hal org siap ambik gmbr
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar la dia, yg ko amik gambar sebar kenapa? Dia tak kacau org pun
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Clout chaser told si zayan FM ni...dan2 buat content
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2022 12:28 PM | Show all posts
ajak la uncle ni memeluk islam...tiada kasih sayang yg paling bererti selain kasih dr Tuhan yang maha esa
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 12:34 PM | Show all posts
ko pukul anak bini ke dulu pakcik? sekadar bertanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2022 12:38 PM | Show all posts
teh ais kaler gitu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 12:43 PM | Show all posts
plot twist: dia makan2 dgn korga buniannya

anyhoo... tak paham maksud privacy ka. sibuk jah rakam muka org utk jd konten.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengade btul amik2 gambo org. Biar lah nk susun kerusi ke ape ke. Yg pntg xkaco org dan bayar semua.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 12:53 PM | Show all posts
mamajawie: pokcik ni wire shot kot..

wireshot dia tak akan membayar.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 01:06 PM | Show all posts
Pada I yang ambil gambar ni yang sesuatu...dah lah kau ambil & post gambar dia tanpa kebenaran. Siapa yang mental sebenarnya di sini ???  
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila lah...
Kerana content semua kau nak snap.pic..
Agaknya ada org korek.hidung sure ko tangkap.gambo n sebarkan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Annoying njirrrr kisah org dibuat content. Kalau kena kat aku mmg aku tak halal ok
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 01:15 PM | Show all posts
Sebab dia bayar semua tak jadi masalah untuk tokey kedai sediakan.  Dari bersangka2 elok tanya dengan dia sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 29-4-2022 11:51 AM
Sedihnya, teringan abang yg hilang 8 ahli keluarga serentak eksiden kena langgar lori hujung tahun l ...

kan.. yg kereta rosak tepi highway Shah Alam tu..semoga abg tu tabah
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 29-4-2022 11:55 AM
Nyebok je hal org siap ambik gmbr

Harap suatu hari nanti org viral kan kisah dia pulak...roda berputar
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm xselamat je bila ada org2 mcm ni kiri kanan..semua nak ambik gmbr n rekod..mnda xda isu pun jadi isu besar..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
apahal la netizen ni semakin hari semakin bangsat ya
semua gerak geri org ko nk jadikan content
ko bodoh sgt ke smpi tak tahu apa tu privacy org
akak harap lps ni kalo ada ummah yg diviralkan sbb privacy dicerobohi,. boleh la saman je tukang viral tu.
harap parlimen buat undang2 ceroboh privasi org tu cepat sikit
makin hari makin melampau
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.050760 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list