CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2465|Reply: 9

Dahlia Shazwan Umum Undur Diri Dari Hlive

[Copy link]
Post time 27-4-2022 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Sumber IG Dahlia


Hampir lapan tahun menggalas tanggungjawab sebagai penerbit dan pengacara program Hlive, Dahlia Shazwan akhirnya membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada rancangan televisyen tersebut.




Pengumuman tersebut dibuat oleh wanita berkenaan menerusi hantaran baharu di Instagram berserta suntingan video yang menggabungkan beberapa rakaman memaparkan dirinya yang sedang bekerja sama ada di hadapan kamera serta di belakang tabir.



"Mengucapkan selamat tinggal kepada kehidupan lapan tahun sebagai pengacara dan penerbit untuk Thinker Studios dan Hlive. Saya bersyukur dengan perjalanan yang Allah berikan sama ada dalam susah mahu pun senang. Selamat tinggal semua. Saya undur diri," tulisnya.



  



Dahlia bagaimanapun tidak menyatakan perancangannya selepas meninggalkan Hlive sama ada berpindah ke program televisyen lain atau pun memberikan tumpuan mengembangkan perniagaan pakaiannya.



Pemilik nama sebenar, Dahlia Shazwan Mohd Amin yang berusia 34 tahun itu adalah salah seorang pengacara pertama yang menyerikan program Hlive tayangan di saluran Astro Ria. Dia juga adalah peserta program realiti TV On Air musim pertama pada tahun 2012.



  



Selain kerjayanya sebagai pengacara, Dahlia turut dikenali sebagai 'gadis Trivago' kerana impak yang dihasilkan selepas menjadi jurucakap dan muncul dalam iklan aplikasi inovasi berkenaan.



Anak ketiga daripada lima adik beradik itu berkahwin pada 23 Julai 2016 dengan Shafiq Ismet dan dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 22 Februari 2018. -CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam banyak2 audition, iolss paling ingat dia ni sorg je. Dia dtg audition simple lepas tu paknil suruh dia tukar gaya. Dia keluar balik pinjam kasut org, ikat rambut lepastu masuk balik dlm audition room semua impressed. Tp dia mmg bagus mengacara
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka la dressing dia. Level scha versi pakai tudung
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 07:20 AM | Show all posts
Dia ni ada vibe classy & bijak la. Elok la tinggal kan program bbnu lagha tu move on to next project yang ada more credibility. Macam azaria tagaya tv3 tu, bulletin utama & money matters
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 12:22 PM | Show all posts
Beribear replied at 27-4-2022 05:41 PM
Dalam banyak2 audition, iolss paling ingat dia ni sorg je. Dia dtg audition simple lepas tu paknil s ...

Kannnn! Meols pun ingat part dia je dalam ON AIR tu... masa datang macam awek kolej nak try main-main je audition, dengan makeup lepak-lepak je, sekali Paknil suruh keluar tukar kasut heels, mekap balik, rambut ikat sanggul...terus wooowwwww....suara pun sedap.
Dekat team Thinker Studios team, meols rasa she je yang classy & bijak, dah la cantik, dia punya cakap pun nampak bijak, orang yang faham je faham gaya dia berfikir.... sebab yang lelain tu acah-acah cool masuk air, tapi sembang kepoh je lah lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 01:54 PM | Show all posts
Pakai apa terletak je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2022 03:58 PM | Show all posts
iols rasa dia kool lepas start follow studio thinkers tu, di kala org lain ketawa sbb benda bodo, dia senyum jer. pastu dia jd pengacara hlive interview fattzura zmn2 hero seorang cinderella, slumber giler dia "kantoikan" fattzura tgh bercinta sbnrnye time tu. hahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 03:59 PM | Show all posts
iols rasa dia kool lepas start follow studio thinkers tu, di kala org lain ketawa sbb benda bodo, dia senyum jer. pastu dia jd pengacara hlive interview fattzura zmn2 hero seorang cinderella, slumber giler dia "kantoikan" fattzura tgh bercinta sbnrnye time tu. hahaha!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2022 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik sgt dia ni minah trivago
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 04:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka dia ni jadi pengacara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.067267 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list