View: 8499|Reply: 113
|
Beli Mee Tonggek RM30, Nak Buka Puasa Nampak Penuh Ulat 'Menari-Nari' Atas Sotong!
[Copy link]
|
|
Bazar Ramadan yang menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan sudah tentu menjadi tarikan utama orang ramai untuk membeli juadah berbuka sepanjang bulan mulia ini.
Namun di sebalik kemeriahan itu, timbul beberapa isu seperti puding berbuih yang menjadi punca keracunan makanan serta pertikaian harga nasi Arab hasil air tangan Cef Ammar Ali.
Pada Khamis, muncul pula satu video tular melibatkan penemuan ulat dalam makanan yang dibeli di Bazar Ramadan Putrajaya.
Menurut pemilik akaun TikTok Mexsimustakasima33, dia mendakwa membeli sebungkus mi goreng ketika berkunjung ke gerai Mee Tonggek di Bazar Ramadan Putrajaya.
Namun apa yang mengejutkan, dia menemui beberapa ekor ulat di dalam hidangan itu ketika hendak berbuka puasa pada hari kejadian.
"Assalamualaikum, tadi aku dah call Perbadanan Putrajaya (PPj) dan aku dah masuk website dia. Sebab semalam ada satu kejadian selepas aku pergi kedai paling viral iaitu Mee Tonggek.
"So kau tengok Mee Tonggek ni, viral tau, sebab kau tengok, dia orang ramai pekerja dan ramai pembeli. Portion dia besar-besar tapi disebabkan ramai pekerja, dia smooth la, line tu smooth.
"ortion dia banyak, dan aku beli satu juadah, aku tak nak membazir. Aku minta cili lebih lagi. Kau tengok sotong dia sebesar alam, panas-panas weh tak tipu.
"ukul 5.20 aku kat sana. Harga RM30. Ada ulat. Kalau RM30 tak sedap aku boleh terima. RM30 kau dapat ulat, nak berbuka puasa.
"Kepada Perbadanan Putrajaya, tolong check kedai, kesian pengguna yang lain... kesian kat budak-budak kalau makan. Nasib baik aku pasang lampu terang. Tengok-tengok ada ulat," ujar pemilik video itu.
Video itu yang dikongsi ke aplikasi TikTok pada Khamis meraih lebih 3.6 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.
Ekoran tular kes berkenaan, PPj turut mengeluarkan satu kenyataan dan memaklumkan pihaknya sudah mengambil tindakan ke atas gerai tersebut.
"Susulan daripada tular video berhubung keadaan kebersihan makanan di gerai bazar Ramadan Putrajaya, Bahagian Kesihatan Persekitaran Perbadanan Putrajaya telah membuat pemantauan dan pemeriksaan rapi di keseluruhan kawasan dan gerai Bazar Ramadan Putrajaya di Presint 3.
"Ia termasuk gerai yang terlibat dengan isu kebersihan seperti yang viral di laman sosial media.
"Pj mengeluarkan notis amaran dibawah UUK 30(1)(c), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WP Putrajaya) 2016 bersabit dengan kesalahan di mana pemegang lesen gagal memastikan kawasan tapak menjaja dalam keadaan bersih," ujar kenyataan itu.
Dalam pada itu, netizen turut memberikan pandangan masing-masing berkaitan kes tular berkenaan.
Selain menggesa peniaga bazar Ramadan menjaga kebersihan serta mutu makanan, ada yang turut membuat spekulasi kononnya kes tersebut ada kaitan dengan unsur mistik.
"Kadang-kadang masa beli kau tengok semua okey. Lepas balik ada ulat. Sihir kedai pun boleh jadi.
"Kalau dia dah lama berniaga dan tiada masalah, tiba-tiba berulat kali ni... macam pelik pula.
"Macam mana (makanan) panas-panas boleh ada ulat ek?
"Saya rasa ulat tu dalam sotong. Mungkin ulat tu daripada cili jeruk," tulis beberapa netizen. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
sbnr nya kan yg bukak gerai2 makanan kat bazar ni, dorg ada attend food handling course & amik typhoid injection tak? pihak berkuasa tak pantau ke benda2 gini?
|
|
|
|
|
|
|
|
Panas2 macam mana boleh ada ulat eh?? Baru je sis terliur tengok sotong sebeso alam tu.. Huhuhu.. Cepat2 la mee tonggek respon dan selesaikan masalah ni. Kesian pelanggan dan peniaga juga. Nanti orang boikot uols.. Hmm.. Tiber aku sedih.. |
|
|
|
|
|
|
|
panas tu maybe kuah sambal tu aja uollsss...
maybe sotong tu dia org kukus siap2 gitu.....
then kat pasar dia org simbah dengan kuah sambal atas tu...
sbb sotong kalau masak lama or dibiarkan berendam dalam kuali panas dia makin liat.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurut komen2 tiktok maybe sihir. Mana ulat nak hidup atas benda panas. |
|
|
|
|
|
|
|
Risiko niaga bende viral camni lah..anytime je bende2 negatif org boleh viralkan jugak..malas aku nak amek port dgn dunia viral2 ni..bising siot |
|
|
|
|
|
|
|
laksmanabentan replied at 15-4-2022 12:23 PM
panas tu maybe kuah sambal tu aja uollsss...
maybe sotong tu dia org kukus siap2 gitu.....
then k ...
Tak sempat arwah pulak eh ulat2 tu disiram dek kuah panas? Huhu.. Tp kalau termakan ulat ni cirit ke eh? |
|
|
|
|
|
|
|
rm30 utk sotong besar, buang gitu je.. |
|
|
|
|
|
|
|
harkktuih replied at 15-4-2022 10:42 AM
sbnr nya kan yg bukak gerai2 makanan kat bazar ni, dorg ada attend food handling course & amik typho ...
owner yang jual Mee Tonggek ni juga merupakan owner Bawal Power Sempoi. Waktu ramadhan je dia buka Mee Tonggek dekat bazar. Jadi, mesti kena tau tentang food handling. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 15-4-2022 05:40 PM
Iols ada tengok video gerai ni kat page The Food Ranger pg tadi
Sotong tu mcm dh siap rebus awal dia cuma gaul ngn kuah je. So tak mustahil je ulat tu dah ada kat sotong awal2.
Jenis masak mee dlm kuali besar2 tu tp kuali tu dorang tak cuci setiap kali nak goreng batch yg baru. Yela abis setalam mee dorang goreng lagi guna kuali sama je.
|
|
|
|
|
|
|
|
takut orang fitnah je...letak ulat dalam tu.benda ni dah berzaman berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
puasa tahun ni mmg tak la nak beli kat bazar..teringin je baru beli,sheram |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai.....klu masak pagi pastu xtutup betul telur lalat pon sempat je parking..ape la nak heran dgn masakan pasar malam yang campur stok baru dgn lama sekali hari2..
Beli mahal level gitu..tp tetap nk tepi jalan tepi longkang bpanas berhujan bersesak..pdhl blh dpt yang berecon bersih siap duduk proper Dan tenang mkn xketibas..
So siapa yang bodo |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka norm rengse tgk org yg "report" kat sosial media ni..
Ko xreti nk p buat aduan secara proper ke..
Yg lg kelakar elok plak gomen seben ni respon..org yang ikut saluran betul ko xlyn plak..Telefon pon asik xbjawab..
Jilake sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nnt dh silap viral..mulala ckp melayu tikam melayu pastu dengki xhbs2 pastu nk Saman fitnah la apa laaa..pdhl benda aduan cara betul blh bt tp masing2 nk kejar likes dgn comments..pfft |
|
|
|
|
|
|
|
Farhaz replied at 15-4-2022 12:31 PM
Tak sempat arwah pulak eh ulat2 tu disiram dek kuah panas? Huhu.. Tp kalau termakan ulat ni cirit ...
atau ulat tu dari cili jeruk |
|
|
|
|
|
|
|
Owner yg sama Bawal Power ke? Huhu.....I dulu ofis sejengkal je dr bawal power tapak lama dia. 3 kali try makan, tak pernah sedap. 2 kali try sotong, liat nak mampus mcm mcm tayar. Try la pulak bawal. Bawal masin sungguh la........meresap garam tu dlm ikan smpi mcm nak jernih dah ikan tu. Last2 iols makan sirip2 je. Mungkin la nasib i yg tak baik asyik dpt batch yg tak bagus. Tapi since then, tak pnah beli dah kat kedai dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
sotong rebus kat ctu juga u
sbb meols beli air kelapa betul2 belakang gerai di hari ahad nan lepas
penampakan pekerja sedang merebus sotong di dalam kuali busat
tapi air rebusan tu kotor amat
pukul 4.30 baru
panjang barisan gerai ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Geli la weh
Btw apa tindakan perbadanan puj. Warning aje atau terus soh tutup gerai |
|
|
|
|
|
|
| |
|