CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4626|Reply: 38

Isu Pensyarah Hina Siswa, Ini Respons Naib Canselor UiTM

[Copy link]
Post time 30-3-2022 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Susulan penularan video di media sosial yang memperlihatkan tindakan pensyarah UiTM, Roshana Takim menghina pelajar miskin ketika mengendalian kelas dalam talian dan sekali gus, turut menghina golongan B40, Naib Canselor universiti berkenaan, Prof. Datuk Ts Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihak universiti telah meneliti isu tersebut.


Beliau berkata, tiada kompromi diberikan kepada mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik UiTM dengan sengaja ataupun tidak.








“UiTM amat mengutamakan kebajikan seluruh warganya khususnya pelajar dalam menyediakan perkhidmatan terbaik bagi persekitaran pendidikan yang kondusif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, kewujudan UiTM adalah untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan meneruskan pembelajaran di peringkat universiti.


“Sememangnya dan sewajarnya UiTM membantu golongan B40. Justeru segala kemudahan pembiayaan melalui dana-dana tertentu disediakan oleh UiTM,” ujarnya.


Beliau berkata, UiTM amat memahami kekangan, kesulitan dan situasi yang dihadapi oleh pelajar dalam menjalani proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.


“Pihak universiti juga telah menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan para pelajar yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kemudahan pembelajaran seperti dana amanah pelajar, bantuan dari pusat zakat serta pihak alumni,” jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada para pelajar yang berhadapan dengan sebarang masalah agar berhubung dengan pihak fakulti dan universiti untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yan sewajarnya bagi membantu melancarkan proses pembelajaran.


Itulah kenyataan daripada Naib Canselor UiTM yang sedikit pun tidak menyebut sama ada akan mengambil sebarang tindakan termasuk kaunseling ke atas pensyarah berkenaan.


Dalam hal ini, bukan sahaja kebajikan pelajar perlu dijaga tetapi sekiranya pensyarah berkenaan bersikap di luar batasan atau luar norma, maka pensyarah berkenaan perlu diberikan bantuan iaitu kaunseling untuk pensyarah yang ada masalah atau tekanan jiwa.




Sumber: Suara Merdeka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Lecturer pun dah pencen. Nak ambil tindakan apa? Camna?

2. Katanya lepas maki2 sheol tolong budak tu dapatkan bantuan beli laptop. Yang viralkan, kawan sekuliah ha. Yang ni pun dah grad, dah kerja. Motif nak viral2 benda lama?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
T20 bekap sesama sendiri
Yelah dalam group wasap mesti seronok dok borak2

Kau rilek je nyah…I cover
Nanti hujung tahun kita p bercuti ke London hokeh
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 05:43 PM | Show all posts
Tapi yang pelik, banyak yang yang mengaku B40 sentap dan meroyan kat FB, tetapi tengaok FB, hidup macam mengalahkan orang ada kilang duit kat rumah plak.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 05:47 PM | Show all posts
kalau dah pencen skrg under contract,
paling paling pun contract tak di renew

kalau dah umur mcm prof ni memang expected lah  senang melenting. Tapi dalam marah tu dia tolong juga budak tu

Sebab budak tu dah grad, kawan dia upkan sbb nak tunjuk kalau bukan sbb prof ni tengking, budak B40 tu tak grad...haha teori aku lah. Tapi backfire plak


Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-3-2022 05:26 PM
1. Lecturer pun dah pencen. Nak ambil tindakan apa? Camna?

2. Katanya lepas maki2 sheol tolong buda ...

Cubaan nk glamer lettew kot2 boleh jd femes & influencer…teruk gile perangai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
So apa citer ni. Menda ni kelas dh lama ke kelas dh baru. Sat ckp konon2 bdk kena tegur xde laptop dh grad, lecturer siap tlg beli lg. Tp knp dari asal petikan xde citer sebelum ( video gmeet) , selepas ( alhamdulillah berkat bantuan laptop selepas diberi kata semangat B40)
Aku fhm maksud lecturer tu, eh dh sem 5 xde laptop lg ( so dia nk maksudkan mana duit Ptptn ko pegi, duit loan yayasan pendidikan ko g belanja mana) gitu. Mcm aku mmg guna duit study loan aku la beli laptop, mmg xpki duit parents. Myb la student tu guna duit study loan/ biasiswa bg ayah dia ke, mcm laptop x bape penting leh g lab komputer , guna phone.
Tp bg aku ayat lecturer tu salah. Yg tu dia perlekehkan B40, klu dia nk sindir budak tu patut ckp eh mana duit ptptn/study loan/biasiswa awak pergi. X pun beli henfon2 mahal2 boleh, xkn nk beli laptop refurbish x boleh.so ssh la org nk pertikaikan sindiran dia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerketahian replied at 30-3-2022 06:06 PM
Kerja kat uITM tpi attitude mcm ko kat King’s College. Yg cikgu2 ..acik2 kepam forum yg harap duit  ...

Acik forum kata bdk2 skrg lembik.

Kena PJJ dgn suami pom da marah2 boss tp ksi pndah. Tk dpt jaga mak ayah pon bsing2 borang pndah tk diluluskan

Cuba tnya acik forum ni brp kli dorg EL kasi alasan anak sakit?

Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 06:45 PM | Show all posts
sambaldurian replied at 30-3-2022 06:37 PM
So apa citer ni. Menda ni kelas dh lama ke kelas dh baru. Sat ckp konon2 bdk kena tegur xde laptop d ...

kenapa loan belajar/biasiswa mesti beri pada bapak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 30-3-2022 06:45 PM
kenapa loan belajar/biasiswa mesti beri pada bapak?

Ada je bdk2 bg mak ayah duit loan dorg. Mungkin mak ayah dorg lg memerlukan. Mana tau terdesak ke. Kita x tau org lain punya keadaan mcm mana.Aku x ckp la bdk ni bg ayah dia. Aku pun x kenal bdk ni. So psl kes dia x beli laptop tu, mungkin dia fikir pki handphone pun boleh nk tgk emel ke, nk wat slide presentation g lab ke. U aku dulu smpai kol 10 mlm lab computer free bukak, nk menapak tu x sanggup la. Dgn processor pun slow. Lgpun waktu exam x pki laptop pun. So mungkin la ada sbb some bdk2 x rs nk beli laptop.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 08:10 PM | Show all posts
Aku tak berapa nak faham sangat etika jadi pensyarah ni. Berapa banyak parallel dengan perguruan dari segi pedagogi, psikologi dan mende2 lain.

Tapi, dah 2022 kot, style menjerit2 melenting semasa mengajar tu dah outdated sangat.

Sebab tu aku emo dengan educators yg tua2 berlagak pro tapi malas nak upgrade diri dan knowledge sendiri.

Come on la, ko set jela private convo later dengan pelajar tu. Yang nak balun masa kelas buat apa.

Ko salah ke ko betul ke zaman2 IT ni semua boleh di record boleh discreen shot kot.

Bawak2 cakna teknologi dan upgrade budi pekerti sikit
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr sumber sana, pensyarah ni dlm kategori ilmuwan budi. Pensyarah pencen yg mengajar atas ehsan. Kira kontrak tanpa bayaran lah. Rsnya xdpt lh nk dikenakn tindakn tatatertib. Habis2 suruh pencen terus duk rumah jg cucu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Normabaru at 30-3-2022 10:22 PM

Berderet buka benang..padahal xmenguntungkan sapa2 Pon..yang viralkan Pon ntah sapa2..Sian lecturer tuwe tu..budak tu plak agaknya HP Pon dh xde skrg..xreti nk buat announcement..biar je viral..hujung2 org lain yang inform laptop budak tu diusahakan oleh lecturer kerepot tuwe nyanyuk Kaki maki(and whatever curse uve got say out loud earlier)


Bukan benda urgent..boleh siasat..tp semua diam semua memilih utk viral sensasi..sebab apa? Sebab nak alih tumpuan



hujung2 keluarga Malaysia Indonesia pak mail juga yang kaya raya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 08:37 PM | Show all posts
Rosak nama UiTM di hatiku dek benda viral. Ironi sungguh, si lecturer yang maki hamun tu plak yang menolong beli laptop RM800. So nanti ada sesi bermaafan kat TV Alhijrah (macam tak biasa). Kes pun settle.

Tapi setinggi mana pun position anda, bukan tiket untuk maki hamun orang lain hokay. Zaman viral ni, orang cepat je menghukum.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbnrnya budak yg kena marah tu rilex2 je

Mber sekelas dia yg rakam lpstu setahun kemudian baru sebarkan

Marah2 tu biasala kan, cuma nper marah direct masa online class lpstu ada unsur2 menghina pulak kan org leh rekod? Apoooo kn dh kna kecam
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pkp patut bole jimat and xde kos utk byr kolej. Duit tuh bole beli laptop yg second. Ak dlu lg la susah. Ayah xde, mak ngn adik merempat sbb kne halau. Ak kne tanggung bagai mase stadi. Kje lpas stadi. Cuti sem xblik kje. Smpn ckit duit beli laptop. Xdpt ptptn sbb tukar kos. Sedihhhh nya nasib aku dodulu. Nasib jd org.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 10:26 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 30-3-2022 12:37 PM
Rosak nama UiTM di hatiku dek benda viral. Ironi sungguh, si lecturer yang maki hamun tu plak yang m ...

kan chuolss? nak tolong tu tolong jelah motip nak kena hina maki hamun bagai macam orang hadap sangat duit sumbangan kau tuh? noreen sangat konsep maki dulu baru tolong? selama ni ko sedekah derma kat orang pon kena maki2 dulu sampai lebam baru hulur ke hah roshanat takimak?

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 11:47 PM | Show all posts
tapi memang ada betulnya perangai B40, nak2 yang takda kelulusan atau spm je, pernagai tak semenggah. Kalau pernah deal dengan mereka, mesti faham maksud meols. Tahap pemahaman mereka tak sama dengan yang ada kelulusan tertier. Iya, ada je kelulusan tertier kerja B40. Iols cakap pasal yang spm dan tiada kelulusan terutamanya. Kritikal thingking mereka tidak konkrit dan membangun, lebih bersifat rapuh dan tidak membina.

Iols tak tengok video prof ni, namun boleh bau mesej yang disampaikan.

Persekitaran kerja iols pon dikelilingin golongan sebegini, so faham je perangai mereka, malas berusaha dan tidak komited dengan tugas diberikan, sekadar lepas batuk di tangga dan tidak faham tugasan hakiki. Datang kerja untuk cukup syarat sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 12:01 AM | Show all posts
missmarvolo replied at 30-3-2022 08:10 PM
Aku tak berapa nak faham sangat etika jadi pensyarah ni. Berapa banyak parallel dengan perguruan dar ...

bergantung uols. Pelajar ni ada macam-macam jenis dan karenah, sama juga macam kerjaya Customer Service, akan kena hadap pelbagai jenis perangai manusia. Jika ada pengalaman kerja CS, akan fahamlah situasi seorang pensyarah. Lebih mudah jika semua pelajar tu adalah pelajar cemerlang macam selalu skor dekan etc. Dia berbeza ya cara pembawakan diri tu, yang result selalu kantoi ni dia macam tak reti berinteraksi secara beretika sikit, mungkin segelintir. Lagi satu, lecturer pun manusia juga, ada hari mood ok dan sebagainya.

Btw, rasanya di setiap uni sekarang ada bantuan daripada pihak zakat uni, namun terhad untuk sejumlah pelajar sahaja. Mungkin pelajar yang kurang berkemampuan boleh datang mohon. Jadi, tiada masalah di situ. Ada juga sumber lain macam dermasiswa, NGO, etc. Mungkin itu maksud pensyarah tu berkenaan usaha.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-3-2022 05:26 PM
1. Lecturer pun dah pencen. Nak ambil tindakan apa? Camna?

2. Katanya lepas maki2 sheol tolong buda ...

Nak malukan uitm kot
Kasi viral
Atau agenda politik?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.088119 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list